Imamul Mahdi adalah misteri. Walaupun banyak Hadis yang bercerita. Hendak dihuraikan secara nyata amat sulitnya. Hendak ditolak payah juga. Hadis mengenainya terlalu banyak. Bahkan ada yang bertaraf masyhur...

Rasulullah saw sudah sebutkan di dalam sebuah hadis bahwa Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang mempunyai nama yang sama dengan nama Baginda Rasulullah saw, iaitu Muhammad. Dan nama ayah Imam Mahdi itu seperti nama ayahnya, iaitu Abdullah. Jadi nama lengkap dari Imam Mahdi itu adalah “Muhammad bin Abdullah”.

Rasulullah saw bersabda: “Seandainya tidak tinggal bagi dunia ini melainkan sehari saja, niscaya akan dipanjangkan oleh Allah hari itu sehingga dibangkitkan padanya seorang lelaki dari umatku atau ahli keluargaku, yang sama namanya seperti namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku” (At-Tarmizi)

Imam Mahdi adalah orang yang telah Allah janjikan, kerana disebut dalam hadis, sehingga Allah akan jaga garis keturunannya, sebagaimana Allah menjaga garis keturunan Baginda Rasulullah saw.

Imam Mahdi adalah keturunan orang-orang mulia seperti Rasulullah saw dan Sayyidina Fatimah ra. Rasulullah bersabda:

“Al Mahdi itu adalah salah seorang dari kaum keluargaku, Ahlul-bait” (Ibnu Majah)

“Al Mahdi adalah dari keturunanku, dari anak cucu Fatimah”. (Abu Daud, Ibnu Majah)

Ciri Fizikal Imam Mahdi

Imam Mahdi mempunyai ciri-ciri fizikal iaitu, kulit dan bentuk tubuhnya seperti orang Arab dan di pipi kanannya ada tahi lalat. Gigi seri Imam Mahdi mempunyai jarak, dahinya lebar dan hidungnya mancung. Rasulullah saw bersabda:

“Kulit Al Mahdi adalah seperti kulit orang Arab, bentuk tubuhnya seperti bentuk tubuh orang Bani Israil, pipi kanannya terdapat tahi lalat dan kekhalifahannya diredhai oleh penduduk bumi, penduduk langit dan burung-burung di angkasa”. (Abu Nuaim & At Tabrani)

“Sungguh Allah akan melahirkan seorang lelaki dari keturunanku, yang (antara sifat utamanya ialah) giginya mempunyai jarak, dahinya lebar, keadilannya sangat meliputi seluruh alam ….” (Abu Nuaim)

“Al Mahdi adalah dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung. Dia memenuhkan bumi ini dengan keadilan…..(Abu Daud & Al Hakim)

Cap Kenabian pada Bahu

Dari keterangan Sahabat bahwa di tengah-tengah dua belikat Imam Mahdi terdapat tanda atau cap kenabian. Hal ini mirip dengan tanda yang ada pada Baginda Rasulullah saw. Orang Nasrani dan Yahudi di waktu itu akan membuktikan orang yang bernama Muhammad saw dengan melihat tanda ini.

Cap kenabian itu besarnya seperti telur burung merpati, tulisannya jelas dan berwarna hitam. Bentuk tulisan itu menonjol keluar, bukan seperti tato yang cekung ke dalam. Cap kenabian ini bukan dibuat manusia dan tidak akan hilang. Di sekeliling cap kenabian itu ada bulu halus yang mengelilinginya. Sehingga tanda ini tidak akan ada yang boleh menirunya, hanya Baginda Rasulullah saw dan Imam Mahdi saja yang Allah beri keistimewaan mempuyai cap kenabian di antara dua belikat, di belakang badan mereka.

(Cap kenabian pada Imam Mahdi bukan menandakan dia seorang nabi seperti Nabi Muhammad saw, tetapi tanda dari Allah untuk menentukan bahwa dialah Imam Mahdi).

Imam Mahdi ketika “zahir” wajahnya berseri-seri sehingga menggembirakan siapa saja yang melihatnya.Dan kitika “zahir” nanti usianya 40 tahun.

Rasulullah saw bersabda: “Al Mahdi adalah dari anakku, dia berusia 40 tahun. Wajahnya bagaikan bintang yang gemerlapan, pipi kanannya terdapat tahi lalat, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah dia adalah keturunan Bani Israil, dia akan mengelurkan harta karun dan akan menundukkan kota-kota maksiat”. (Abu Nuaim)

Keturunan Suku Quraisy

Imam Mahdi berasal dari suku Quraisy, kerana semua khalifah berasal dari suku Quraisy.

Dan Baginda Rasulullah saw sebutkan akan ada 12 khalifah sepeninggalnya nanti. Dan para ulama sudah mencatat ke 12 khalifah itu iaitu:

1. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ra,

2. Umar bin al Khattab ra,

3. Khalifah Ustman bin Affan ra,

4. Khalifah Ali bin Abi Talib kmw,

5. Sayyidina Hasan bin Ali ra,

6. Sayyidina Muawiyah bin Abu Sofyan,

7. Sayyidina Abdullah bin az Zubair ra,

8. Khalifah Umar bin Abdul Aziz,

9. Sultan Muhammad Al Fateh,

10.Syuaib bin Shaleh At-Tamimi,

11.Imam Mahdi, Muhammad bin Abdullah,

12. Al Qahtani.

Rasulullah saw bersabda: “Agama ini akan terus berkuasa sehingga naik memerintah kamu sebanyak 12 orang Amir (Khalifah), dan setiap manusia amat mencintai setiap mereka itu. “

Kemudian aku mendengar Nabi saw menyebutkan sesuatu yang aku tidak seberapa jelas lalu aku bertanya kepada bapakku, “Apa yang Baginda sebutkan?”

Jawabnya,”Mereka semua adalah dari kaum Quraisy”. (Abu Daud)

Al Mahdi al Muntazar, Imam yang kita tunggu-tunggu itu adalah pemimpin kebangkitan Islam di akhir zaman. Di tangannya dunia dan seluruh alam akan makmur, aman dan damai. Dialah pemimpin yang akan mengembalikan sistem dunia yang karut-marut, kepada sistem Islam yang selamat menyelamatkan. Berbahagialah orang yang hidup di zamannya dan berjuang bersamanya

Kisah menarik di sini...

  • siapakah imam mahdi (13)
  • siapa imam mahdi (8)
  • nama ibu imam mahdi (4)
  • imam mahdi (3)
  • ciri fizikal imam mahdi (3)
  • sifat peribadi imam mahdi (3)
  • ciri ciri imam mahdi (2)
  • ibu bapa imam mahdi (2)
  • imam mahdi berasal dari keturunanku akan memberi harta kepada orang (2)
  • ciri imamul mahdi (2)
  • peribadi imam mahdi (2)
  • iman mahadi zahir 2013 (2)
  • pipi mahdi (1)
  • siapa ibu bapata imam mahdi (1)
  • tahi lalat kat pipi imam mahdi (1)
  • tanda fizikal imam mahdi (1)
  • siapa umum imam mahdi (1)
  • tanda ciri-ciri imam mahadi (1)
  • sifat fizikal imam mahdi (1)
  • sifat imam mahdi (1)
  • sifat mahdi (1)
  • al mahdi dan ciri ciri fizikal (1)
  • mahdi tahi lalat (1)
  • kelebihan tahi lalat di pipi imam mahdi (1)
  • bagaimana ibu dan bapa imam mahdi (1)
  • bagaimana sifat iman mahdi (1)
  • bagaimana tahi lalat di pipi imam mahdi (1)
  • belikat imam mahdi (1)
  • ciri ciri imim mahdi 2014 (1)
  • ciri ciri lelaki yang bernama imam al mahdi (1)
  • ciri fizikal bangsa arab (1)
  • fizikal imam mahadi (1)
  • hadis imam mahdi cap kenabian (1)
  • ibu kepada imam mahdi (1)
  • imam mahdi 2013 (1)
  • imam mahdi siapa (1)
  • iman mahadi sudah zahir 2013 (1)
  • zahir fizikal imam mahdi (1)