Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba Hari Raya Fitrah Allah SWT telah mengutuskan para malaikat, maka mereka pun turun di seluruh negeri seluruh pelusuk dunia. Maka mereka pun berkata: Wahai umat Muhammad hendaklah kamu keluar kepada Tuhan yang Maha Pemurah. Maka apabila mereka umat-umat Muhammad itu keluar kepada tempat sembahyang mereka, lantas Allah SWT berfirman: Hendaklah kamu saksikan wahai para malaikatKu. Sesungguhnya Aku telah jadikan pahala mereka itu di atas puasa mereka sebagai keredhaanKu dan keampunan dariKu.

Marilah bersama-sama kita mendengar satu cerita yang diriwayatkan oleh Wahab bin Munabbih: Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya iblis alaihilaknat terpekik berkeriau pada setiap hari raya, maka berhimpunlah keluarganya di sisinya lantas mereka berkata, “Wahai penghulu kami, siapakah yang memarahkan kamu atau siapakah yang memurkakan kamu? Akan kami koyak-koyak dan siat-siatkan mereka itu. Maka berkata Iblis laknatullah. tidak ada satu apa-apa pun cuma Allah SWT telah mengampunkan bagi umat ini (umat Nabi Muhammad SAW) pada Hari Raya ini. Maka wajiblah di atas kamu membimbangkan mereka itu dengan berlazat-lazat, dengan menurutkan syahwat mereka serta dorong mereka itu dengan meminum arak hingga Allah murka kepada mereka.”

Cerita ini memberitahu kepada kita, bahawa pada hariraya, Iblis yang menjadi ketua kepada syaitan-syaitan mengasuh, menyuruh dan mendorong orang-orangnya supaya umat Nabi Muhammad SAW ini, didorong dengan hawa nafsu, didorong kepada berbuat kemungkaran dan maksiat seperti meminum arak, agar pahala yang mereka telah capai di bulan Ramadhan itu terkambus dan terhapus semula.

Oleh yang demikian fungsi hari raya jangan kita tukar, jangan kita jadikan hari raya pada hari ini, hari berpoya-poya, hari memerdekakan hawa nafsu kita, dan melakukan sekehendak hati kita. Hari melakukan maksiat, hari melakukan kederhakaan kepada Allah SWT. Jangan kita jadikan hari ini rasa merdeka. Yang mana pada bulan Ramadhan kita rasa kurang merdeka untuk melakukan kesalahan dan kesilapan, tetapi pada hari ini kita berani untuk melakukan kesalahan pada Allah SWT. Oleh yang demikian pada pagi hariraya ini, hari baik bulan baik, hari setelah kita berpuasa sebulan, jangan kita terjebak dengan perangkap-perangkap syaitan.

Memang pada hari ini kalau kita lihat di mana-mana yang telah biasa kita lihat pada tahun-tahun yang sudah, ramai yang telah mengorbankan pahalanya pada hari ini dengan melakukan maksiat.

Berapa ramai orang yang jiwanya kalaupun tidak bersih tetapi hampir-hampir bersih di bulan Ramadhan, pada hariraya ini dikotorkannya semula. Berapa ramai manusia yang pada bulan Ramadhan fikirannya telah cerah, dicerahkan oleh Al Quranul Karim kerana mereka sedikit sebanyak membaca Al Quranul Karim tetapi pada hari raya ini fikiran mereka telah kabur semula. Mereka telah berpegang semula dengan tahyul-tahyul, dengan khurafat-khurafat, dengan ism-ism, dengan ideologi, dengan fahaman-fahaman keduniaan atau faham sekular. Berapa ramai orang yang pada bulan Ramadhan kalaupun tidak baik betul tetapi hampir-hampir menjadi orang baik, tapi setelah berada pada bulan Syawal, kerana terdorong oleh syaitan dan mereka tidak mengawasi syaitan itu, mereka telah menjadi orang jahat semula. Moga kita yang hadir pada pagi ini terselamat daripada tipu daya syaitan dan moga-moga kita semua dapat menjaga diri kita jangan sampai pada hari ini kita melakukan keingkaran dan kemungkaran kepada Allah SWT. Kita bimbang pahala yang kita capai di bulan Ramadhan itu akan terhapus semula.

Sepertimana yang kita maklum, bulan Ramadhan yang telah kita tempuh itu, ertinya bulan latihan, bulan ujian, bulan seluruh umat Islam memasuki peperiksaan. Setengah umat Islam tidak sanggup memasuki peperiksaan di dalam bulan Ramadhan itu. Yang memasuki peperiksaan di bulan Ramadhan itu pula, ada di kalangan mereka yang berjaya dan ada di kalangan mereka yang tidak berjaya. Jadi pada hari ini, selepas kita menerima anugerah daripada Allah SWT, menerima sijil dan ijazah, menerima hadiah daripada Allah SWT, walaupun pialanya tidak disampaikan pada pagi ini, walaupun sijil dan syahadahnya tidak disampaikan pada hari ini, walaupun anugerahnya tidak disampaikan pada pagi ini, tetapi anugerah itu memang telah siap sedia. Cuma akan diberi kepada kita di hari akhirat kelak.

Apakah hadiah yang akan diperolehi oleh orang-orang mukmin yang bertaqwa pada hari ini setelah menjalani peperiksaan yang sebaik-baiknya pada bulan Ramadhan itu? Hadiah dan anugerah yang akan diperolehi oleh setiap orang mukmin yang bertaqwa setelah berjaya menempuh peperiksaan dan ujian sebulan Ramadhan itu adalah sepertimana di dalam sabda Rasulullah SAW. Marilah sama-sama kita mendengarnya. Maknanya lebih kurang: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh pada Hari Raya Aidil Fitri ini melakukan sedekah, melakukan segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti melakukan sembahyang, berzakat, bertasbih, bertahlil kerana sesungguhnya hari ini adalah hari yang Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah SWT melihat pada kamu dengan rahmat.

Kemudian mari kita mendengar lagi sabda Rasulullah SAW di lain tempat yang bermaksud: Apabila tiba hari raya fitrah Allah SWT telah mengutuskan para malaikat, maka mereka pun turun di seluruh negeri seluruh pelusuk dunia. Maka mereka pun berkata: Wahai umat Muhammad hendaklah kamu keluar kepada Tuhan yang Maha Pemurah. Maka apabila mereka umat-umat Muhammad itu keluar kepada tempat sembahyang mereka, lantas Allah SWT berfirman: Hendaklah kamu saksikan wahai para malaikatKu. Sesungguhnya Aku telah jadikan pahala mereka itu di atas puasa mereka sebagai keredhaanKu dan keampunan dariKu.

Berdasarkan dua sabda Rasulullah SAW ini para hadirin yang dihormati sekalian, dapatlah kita tahu itulah dia di antara hadiah-hadiah dan anugerah yang Allah akan beri kepada umat Nabi Muhammad SAW yang berjaya di dalam ujiannya di dalam bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Jadi kalau kita senaraikan hadiah dan anugerah itu berdasarkan dua hadis tadi bolehlah kita mengatakan seperti ini:

Pertama: Dapat keampunan dari Allah SWT.
Kedua: Doa umat Muhammad diterima Allah SWT.
Ketiga: Allah memberi rahmat kepada umat Muhammad.
Keempat: Umat Muhammad mendapat keredhaan Allah SWT.

Dapatkah kita tahu siapa di antara orang-orang yang menempuh Ramadhan itu mendapat kejayaan dari Allah SWT? Rasanya tidak ada seorang yang tahu. Tetapi walau bagaimanapun kita boleh menyebut tanda-tanda mereka yang mendapat anugerah dan hadiah dari Allah SWT, lantaran mereka dapat menempuh Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Di antara tanda-tanda mereka yang mendapat hadiah dan anugerah dari Allah SWT pada hariraya ini iaitu: Fikirannya telah dibersihkan oleh Al Quran dari sebarang khurafat, dari sebarang tahyul, dari sebarang ism dan ideologi buatan manusia dan begitu juga bersih daripada sebarang faham-faham kebendaan. Nafsu-nafsu mereka telah terdidik hingga dapat ditundukkan pada perintah Allah dan Rasul-Nya. Hati-hati mereka dapat memiliki sifat mahmudah sifat-sifat yang terpuji seperti pemurah, sabar, redha, tawakal, hubbullah, mencintai sesama manusia terutama sesama orang mukmin, pemurah dan lain-lain lagi. Latihan Ramadhan itu menjadikan mereka dapat menerima sebarang ujian selepas itu nanti.

Itulah di antara tanda-tanda orang yang mendapat anugerah dan hadiah daripada Allah SWT pada hari raya setelah mereka menem-puh Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Kalau berdasarkan sifat-sifat yang telah kita sebutkan tadi cuba kita renung pada diri kita, dan suluh diri kita, suluh hati kita, suluh fikiran kita dan sululilah nafsu kita, apakah sifat-sifat yang telah disebutkan tadi telah kita miliki. Kalau kita rasa sifat-sifat tadi telah kita miliki bersyukurlah kita kepada Allah SWT. Jangan rasa bangga dan jangan rasa ujub dan riak. Dan kalau kita rasa belum memiliki maka pada hari ini marilah kita sama-sama meminta ampun berbanyak-banyak kepada Allah SWT, di atas kesilapan kita yang tidak melakukan dengan sebaik-baiknya dalam menempuh Ramadhan sehingga sifat-sifat yang telah kita perkatakan tadi tidak kita miliki. Dan sama-samalah berdoa moga-moga Allah panjangkan umur kita. Moga-moga kita dapat berhadapan dengan Ramadhan tahun depan agar dapat kita kambus dan qada semula kesalahan kitayang telah lalu. Dan di waktu itu kita akan cuba mengisi Ramadhan itu dengan sebaik-baiknya. Moga-moga Allah akan memberi hadiah kepada kita sebagaimana mereka-mereka yang pemah mendapat kejayaan di dalam menempuh Ramadhan dengan sebaik-baiknya.

Oleh itu tidak semua orang berhak berhariraya pada hari ini. Cuma kita tidak tahu, tapi Allah tahu. Kerana orang yang memasuki ujian bulan Ramadhan ataupun yang ada memasuki ujian di bulan Ramadhan bukan semuanya berjaya. Ada di kalangan mereka berjaya dan ada di kalangan mereka tidak berjaya. Yang berjaya layak menerima hariraya pada hari ini. Yang tidak berjaya tak layak menerima hariraya pada pagi ini. Kita tidak tahu, cuma Allah yang mengetahuinya. Sebab. itulah kalau kita membaca riwayat salafus soleh zaman dahulu ada setengah mereka apabila berhadapan dengan 1 Syawal pada pagi Aidilfitri mereka menangis, mereka bersedih hati, mereka berdukacita. Bila ada yang bertanya kepada mereka, “Kenapa pada hari raya ini hari gembira ini, kamu berdukacita, kamu bersedih.” Maka mereka memberi jawapan, “Kami rasa tak layak menerima hariraya pada pagi ini, kami rasa tak layak berhariraya pada pagi ini, kami rasa bulan Ramadhan yang lalu tidak berjaya kami tempuh dcngan sebaik-baiknya. Kami tak yakin kami diampunkan oleh Allah SWT.” Jadi lantaran itu hati mereka penuh dukacita dan penuh sugul. Tapi bagi orang yang tidak me-ngetahui hakikat hari raya dan tak dapat menilai diri masing-masing, bila berhadapan dengan hari raya masyaAllah! Amat gembira, bersukaria lantas terlajak mclakukan dosa dan noda. Bertambah dosa kepada Allah SWT. Kadang-kadang terlebih dosa daripada dosa di bulan-bulan atau.tahun-tahun yang sudah.

Sebenarnya hari raya pada pagi ini bukan hari raya yang sejati. Sebenamya hari raya ini bukan hari raya yang mutlak. Yang sebenamya banyak lagi hari raya yang ada pada orang mukmin. Cuma kita tak sedar dan tidak ada dalam pengetahuan kita selama ini. Oleh yang demikian marilah kita mendengar satu riwayat yang menceritakan selain daripada hari raya ada hari-hari raya yang lain yang lebih sejati lagi daripada hari raya.

Sabda Rasulullah SAW: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh pada Hari Raya Aidil Fitri ini melakukan sedekah, melakukan segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti melakukan sembahyang, berzakat, bertasbih, bertahlil kerana sesungguhnya hari ini adalah hari yang Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah SWT melihat pada kamu dengan rahmat.

Anas bin Malik pernah berkata:
Bagi setiap orang mukmin itu ada lima hariraya:

Pertamanya:
Setiap hari yang dilakukan oleh orang mukmin itu tak ditulis di atasnya dosa.

Kedua:
Hari yang ia keluar daripada dunia ini dengan membawa iman, dapat mengucapkan syaha¬dah dan terpelihara daripada tipudaya syaitan.

Ketiga:
Hari yang dia berjaya menempuh siratulmus-taqim, aman daripada huru-hara kiamat, lepas dari tangan permusuhan dan Zabaniah.

Keempat:
Hari yang dia masuk ke dalam syurga dan aman daripada neraka jahim.

Kelima:
Di hari yang dia dapat melihat Tuhannya. lnilah dia yang dikatakan hariraya. (Abul Laits)

Siapa dapat menempuh kelima-lima hari raya ini dengan sebaik-baiknya inilah hari raya yang maha besar. Inilah yang dikatakan kejayaan yang maha besar Kejayaan yang dia mendapat keampunan daripada Allah SWT, mendapat pahala daripada Allah, dapat syurga Allah dan dapat melihat Allah. Melihat Allah itu nikmat yang paling nikmat. Nikmat yang paling besar dan tidak ada tandingnya. Dan tidak ada taranya nikmat-nikmat yang lain dengan nikmat melihat Allah SWT. Moga-moga kita yang hadir pada pagi ini, dapat menempuh hari-hari yang telah disebutkan tadi dengan sebaik-baiknya supaya kita mcnerima hariraya. Sebab jika hari-hari yang lima yang kita sebutkan tadi dapat kita tempuh dengan sebaik-baiknya, itulah ertinya hariraya pada kita. Tetapi kalau tidak berjaya menempuh hati-hati yang telah kita sebutkan tadi maka itu bukan hari raya tapi hari ria namanya. Itu bukan hari raya tetapi hari gembira. Bukan hari raya namanya tetapi hari berpoya-poya. Itu bukan hari kejayaan namanya tapi hari kegagalan dalam hidup kita.

Allah telah memberi peluang kita hidup hingga kita dapat bersama-sama berhari raya, marilah kita merenung keadaan masyarakat kita. Yang mana masih ada di kalangan masyarakat kita terutama mereka yang seperjuangan dengan kita masih lagi miskin, susah, menderita dalam hidup mereka. Maka oleh yang demikian pada hari baik dan bulan baik ini, marilah kita sama-sama mengikut kadar kemampuan kita, membela mereka, bersedekah dan menolong mereka. Moga-moga mereka dapat hidup sepertimana orang biasa. Moga-moga mereka hidup gembira sepertimana mereka yang sama-sama dapat bergembira pada hariraya. Selain daripada itu, mari kita renung lebih jauh daripada itu dalam masyarakat Malaysia kita yang tercinta ini dan di luar tanahair kita di Malaysia iaitu di negara-negara yang mana banyak penduduk Islam. Yang mana kita sedar keadaan masyarakal umat Islam pada hari ini adalah dalam porak peranda. Mereka tidak mempunyai perpaduan, mereka tertindas dan melarat. Iman mereka telah longgar, akhlak mereka telah hancur dan lebur. Musuh mereka telah dapat mempermainkan dan menekan mereka.

Apa yang terjadi pada masyarakat Islam, sama ada di tanahair kita ini mahupun yang di luar, kita tidak boleh memejam mata terhadapnya. Kita tidak boleh bersikap tidak ambil pusing, kita tidak boleh menganggap biasa saja. Itu semua adalah tanggungjawab kita bersama. Masyarakat Islam hari ini memerlukan adanya orang yang boleh membaiki semula perpaduan mereka, membaiki semula iman mereka, membaiki semula akhlak mereka, membaiki semula semua sudut dan semua aspek kehidupan mereka di samping kita mesti sentiasa berusaha dan berikhtiar walaupun tenaga kita kecil agar kita dapat membendung kejahatan-kejahatan yang telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam terhadap umat Islam.

Selain daripada itu pada pagi hari raya, pada hari baik bulan baik ini, marilah kita berazam marilah kita sematkan dalam hati kita yang mana selepas ini nanti kita akan melipat gandakan tenaga kita untuk memberi, untuk lebih kuat berjuang, untuk lebih kuat berkorban, untuk lebih gigih lagi datang ke tengah masyarakat. Berdakwah, berjuang dan berjihad membaiki keadaan umat Islam. Moga-moga dengan itu nanti Allah akan membela umat Islam di dunia ini dan lebih-lebih lagi di akhirat. Selain daripada itu, kita sebagai anggota yang ada jemaah, yang ada harakah ini, eloklah kita ambil kesempatan pada hari raya ini.

Moga-moga dengan berkat Ramadhan yang sudah, kita renung ke dalam diri kita, kita renung ke dalam jemaah kita, kita renung ke dalam harakah kita, apakah kebaikan yang ada di dalam jemaah kita itu dan apakah kelemahan-kelemahan dan kecacatan-kecacatan yang ada dalam jemaah kita. Kalau kita dapati ada kebaikan yang berlaku dalam jemaah kita itu kita cuba pertahankan dengan sebaik-baiknya, kalaupun tidak dapat dipesatkan lagi. Tetapi mana-mana kekurangan dan kesilapan serta kesalahan yang kita dapati, marilah bersama-sama kita membaikinya. Moga-moga dengan itu kita dapat membangunkan jemaah sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul. Jemaah yang akan memberi rahmat kepada seluruh umat Islam.

Kalau begitu tugas di hadapan kita amat berat. Tugas jemaah, tugas diri kita, tugas terhadap rumahtangga kita, tugas kepada masyarakat yang lebih umum dari itu termasuk yang di luar tanahair. Yang memerlukan adanya pengislah, yang memerlukan tenaga-tenaga pejuang untuk membaiki keadaan ini agar jangan sampai kemurkaan Allah terus berpanjangan terhadap umat Islam. Agar umat Islam selamat di dunia lebih-lebih lagi selamat daripada neraka Allah di akhirat. Moga-moga Allah sentiasa memimpin kita dan moga-moga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya kepada kita hingga kita sentiasa dapat membaiki diri, dapat membaiki rumahtangga kita, dapat membaiki jemaah dan harakah kita, dapat membaiki masyarakat kita dan dapat membaiki umum masyarakat Islam seluruhnya.