Sajak Nukilan Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi

Bagi kita selaku hamba ciptaan Tuhan, yang paling utama ialah menjaga hubungan dengan Tuhan. Allah swt tidak jadikan kita ini kecuali Allah mahu kita menyembah dan mengabdikan diri kepada Maha Pencipta. Banyak cara atau banyak jalan bagi setiap hambanya agar terus dapat menjaga hubungan dengan Allah SWT yang mana cara atau jalan itu semuanya di tunjuki oleh Allah sendiri.

Diantaranya:

1. Sentiasa bertaubat. Terdapat dua jenis taubat iaitu:

a. Taubat sebagai hamba

Taubat jenis ini dilakukan oleh para Nabi dan Rasul termasuk Rasulullah saw yang maksum. Taubat jenis ini ialah rintihan rasa berdosa, rasa bersalah, rasa lemah, rasa cacat cela, rasa dhaif, rasa kekurangan dalam bersyukur. Lantas hati merasa bimbang akan kedudukan diri disisi Tuhan.

b. Taubat orang yang berdosa

Taubat jenis ini memang satu perintah Allah swt. Lebih baik ditaubatkan setiap dosa yang dilakukan. Oleh itu setiap hamba hendaklah mengetahui apakah sudah terbuat dosa atau tidak samada dosa terhadap Allah atau dosa terhadap sesama manusia. Lebih sempurna sekiranya kita merasakan memang banyak terbuat dosa, lantas tidak membataskan taubat. Yakni sentiasa merintih kepada Allah, memohon ampun samada dosa kecil atau besar, samada dosa yang lepas atau yang akan datang, samada disedari atau tidak, samada disengajakan atau tidak.

Satu aspek yang sering dilupakan atau mungkin tidak diketahui kerana tidak di perkatakan iaitu mengenai kesempurnaan taubat. Setelah menepati syarat-syarat taubat kepada Allah swt dan kepada manusia, sempurnanya taubat itu hendaklah di iringi dengan berbagai bentuk tebusan. Menebus dosa yang sudah ditaubatkan itu ialah dengan membanyak dan mempelbagaikan kebaikan. Contohnya istiqamahkan bangun malam untuk beramal, banyakkan sedekah, berkhidmat kepada kedua ibu bapa, membuat khidmat masyarakat, membantu anak-anak yatim, meringankan beban golongan miskin, menziarahi orang sakit serta menghulurkan bantuan, menziarahi saudara mara dan kawan-kawan, memberi nasihat, berjuang dan berkorban untuk menegakkan Islam. Disini kita dapat lihat betapa indahnya ajaran Islam itu. Melalui para hambanya yang sering bertaubat, hasilnya meriah dan makmur kehidupan bermasyarakat.

2. Sentiasa bersyukur atas nikmat

Bersyukur ertinya rasa terhutang budi dan jasa terhadap Tuhan lantas rasa berterima kasih diatas anugerah, rezeki, pemberian serta kurniaan Tuhan. Kita kena faham dan insaf bahawa nikmat anugerah Allah keatas hambanya tidak pernah sedetik pun terhenti atau terputus. Sebab itu nikmat Tuhan tidak dapat dihitung. Dapatkah kita hitung nikmat yang ada pada diri kita seperti nikmat mata, hidung mulut, telinga, tangan, kaki, lidah, akal. Nikmat luar diri pula seperti makan minum, pakaian, harta benda, rumah, kenderaan, bumi tempat tinggal, udara, matahari, lautan, sungai, bulan, bintang dan sebagainya. Tiada suatu apa pun yang bukan anugerah Tuhan. Semuanya kita nikmati dengan bebas. Cuba kita renungkan, seluruh alam semesta ini Allah swt buat utk dimanfaatkan atau untuk dinikmati oleh seluruh makhluk. Maha Suci Tuhan, sedikit pun Tuhan tidak mengambil faedah dari barang ciptaanNya.

Oleh kerana nikmat Allah swt tidak pernah putus, maka rasa bersyukur atau berterima kasih kepada Tuhan juga sewajarnya tiada boleh ada batas atau had. Cara terbaik sebagai tanda syukur ialah mengembalikan semua nikmat Tuhan itu kepada Tuhan, kepada jalan Tuhan, kepada kebaikan dan kebajikan, gunakan seluruh nikmat Tuhan itu sebagai alat untuk mengabdikan diri atau untuk jalan taat kepada Tuhan. Ini termasuk untuk berbakti kepada sesama manusia, mendatangkan manfaat kepada manusia.

3. Bersabar

Bagi orang mukmin yang sabar, ganjarannya ialah Allah swt akan cepatkan mereka masuk ke syurga. Takrif sabar ialah tahan terhadap sesuatu untuk mendapat balasan Allah swt. Tahan yang dimaksudkan ialah tidak keluh kesah, tidak menderita, tidak putus asa atau kecewa, tenang, rela, senang hati dalam apa keadaan sekali pun. Sabar terbahagi kepada tiga peringkat iaitu,

a. Sabar dalam mentaati Allah. Mengamalkan segala perintah atau suruhan Allah swt dengan penuh kerelaan, senang hati, istiqamah, ikhlas hingga akhir hayat.

b. Sabar dalam meninggalkan maksiat. Dengan rela, senang hati, tidak rasa terpaksa, terasa indah, lazat dalam meninggalkan tegahan atau larangan Allah swt.

c. Sabar dalam menghadapi ujian Allah swt. Mengapa Tuhan suruh sabar? Kalau kita faham hakikat kehidupan sementara ini, sememangnya munasabah untuk bersabar diatas ujian yang Tuhan datangkan. Ini kerana sudah menjadi sunnatullah manusia tidak dapat lari dari ujian. Namun Tuhan datangkan ujian sekali sekala sahaja. Dan kadang-kadang sementara dan sekejap sahaja. Dalam ujian itu pula ada maksud baik dari Tuhan, ada hikmah, ada pengajaran, ada didikan dan ada iktibar, sekurangnya setiap ujian itu menjadi suis otamatik untuk manusia ingat dan kembali kepada Tuhan. Atau juga sekurang-kurangnya sebagai penghapusan dosa atau Tuhan mahu tingkatkan darjat.

4. Redha

Redha terhadap musibah atau bencana. Redha bermaksud hati menerima dengan rela, senang hati, berlapang dada kerana hati benar-benar merasai kehambaan dan merasa bertuhan. Hamba serba lemah dan tiada apa-apa. Manakala Tuhan adalah segala-galanya, semuanya miilik Allah swt. Apabila Allah minta Nabi Ibrahim sembelih anak kesayangannya Nabi Ismail, maka Nabi Ibrahim berbuat dengan patuh dan redha kerana Nabi Ismail serta nyawa Nabi Ismail adalah milik Allah. Nabi Ismail juga dengan senang hati menyerahkan diri dan lehernya kerana Nabi Ismail merasakan dirinya adalah milik Allah. Cuba kita renungkan adakah apa-apa yang bukan milik Allah swt. Kita buat rumah daripada bahan-bahan milik Allah. Diatas bukit yang juga milik Allah, cuaca dan hujan ribut kilat petir juga milik Allah. Kalau Tuhan turunkan hujan lebat, runtuhkan bukit dan kambuskan banglo apa yang kita boleh buat? Semuanya Allah punya dan Allah ambil semula milikNya. Kita dituntut supaya redha, dan kita juga perlu faham hakikat bahawa musibah atau bencana bukan selalu berlaku dalam hidup ini. Itu pun ianya berlaku kerana kesalahan manusia atas sebab lahiriahnya adalah rakus. Atas sebab maknawiyahnya adalah dosa. Redhalah apa saja ketentuan Tuhan dan baikilah diri dengan mendekatkan hati kepada Allah swt yang maha bijaksana.

Kisah menarik di sini...

  • bagaimana cara menjalin hubungan baik dengan allah swt (3)
  • doa jaga hubungan (2)
  • cara menjalin hubungan baik dengan allah swt (2)
  • doa untuk menjaga hubungan (1)
  • hubungan takwa dengan allah (1)
  • hubungan taqwa dengan allah (1)
  • indahnya menanam (1)
  • jaga hubungan dengan Allah (1)
  • puisi nukilan anugerah makmur (1)
  • tak menjaga hubungan dgn allah (1)
  • Doa Jaga hubungan dengan Allah (1)
  • Allah menjaga kita (1)
  • cara mnjalin hubungan dngan allah swt (1)
  • cara menjalin hubungan baik dengan allah s w t (1)
  • cara menjalin hubungan baik dengan allah (1)
  • cara menjaga hubungan dengan allah dan manusia (1)
  • cara menjaga hubungan baik sesama manusia (1)
  • Bagaimna cara menjalin hubungan baik dengan allah swt (1)
  • bagaimana cara menjalin hubungan dengan allah swt? (1)
  • yang menjaga kita ialah Allah (1)