Pengertian maksum mengikut istilah bahasa ialah terpelihara lagi terkawal. Mengikut pengertian syariat pula, maksum ialah orang yang hatinya terlalu bersih kerana tidak pernah melakukan dosa-dosa besar dan dosa kecil sama ada dosa lahir mahupun dosa batin. Pengertian mengikut istilah syariat inilah yang akan kita perkatakan.

MAKSUM

Maksum bermakna terpelihara daripada dosa dan terkawal daripada kesalahan dan kesilapan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil sekalipun perkara makruh, lahir atau batin serta terjamin terpelihara hingga ke akhir hayatnya. Maksum ini hanya berlaku kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Kalaupun mereka melakukan kesalahan, bukanlah kesalahan-kesalahan yang terjatuh kepada haram atau dosa. Bahkan makruh pun tidak berlaku. Tetapi kalaupun tersalah, kesalahan yang berlaku itu mengikut istilah syariat dipanggil khilaful aula, yang bererti menyalahi yang utama.

Maksudnya begini; bila hendak melakukan kebaikan, mereka pilih yang kurang utama. Sebagai contohnya, katakanlah ada dua kebaikan. Satu kebaikan itu dibuat dapat 10 pahala dan satu lagi dapat 70 pahala. Kedua-duanya baik tetapi ada sesetengah rasul itu tertempuh jalan kebaikan yang dibuat hanya dapat 10 pahala. Inilah yang dikatakan menyalahi yang utama. Yang utamanya elok dia menempuh jalan yang dapat 70 pahala. Tetapi dia menempuh jalan yang dapat 10 pahala saja. Walaupun 10 tetapi masih baik dan berpahala. Ini yang dinamakan khilaful aula atau menyalahi utama. Atau contoh yang lain, satu perkara itu kalau ditinggalkan lebih utama dan mendapat pahala daripada dilakukan kerana melakukannya harus (mubah) sahaja.

Apa hikmahnya para rasul dan para nabi tidak membuat dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil dan juga yang makruh, sama ada yang lahir atau batin? Hikmahnya ialah kalau sedikit sahaja kecacatan yang dilakukannya, risikonya amat berat. Mereka adalah pemimpin, pendidik, sumber rujuk, sumber ilmu, tempat sandaran, tempat contoh agung seluruh umat di zamannya. Maka segala-galanya yang dilaksanakan oleh mereka akan ditiru oleh umatnya. Jika dia tersilap, umatnya akan meniru kesilapan dengan alasan rasul mereka berbuat demikian. Selain itu, orang ramai juga akan meragui keadilan dan kewarakan mereka. Sebab itulah Allah jadikan mereka tidak pernah melakukan dosa besar dan dosa kecil, juga perkara yang makruh sama ada kesalahan lahir mahupun batin. Allahlah yang menjaga dan mengawal orang-orang-Nya ini, yang kerana itu mereka digelar maksum atau terpelihara dan terkawal.

MAHFUZ

Pengertian mahfuz mengikut istilah bahasa ialah dijaga tetapi mengikut istilah syariat ialah seseorang yang hatinya bersih kerana terkawal daripada dosa besar dan banyak meninggalkan dosa-dosa kecil kecuali terlalu sedikit sahaja. Itu pun dia terlalu menyesal, lantaran itu cepat-cepat meminta ampun dan terlalu sedikit pula membuat yang makruh. Perbahasan ilmu ini hakikatnya memperkatakan tentang hati wali-wali Allah yang berbeza dengan hati para rasul dan nabi-nabi. Kalau maksum bermaksud terpelihara lagi terkawal dan terjamin daripada kesalahan hingga sampai ke hujung umurnya. Sementara mahfuz hanya terkawal tetapi tidak ada jaminan sepertimana kawalan yang diberi pada rasul dan nabi yang memang benar-benar terjamin. Maksudnya, hati mereka bersih kerana terpelihara daripada dosa-dosa besar dan kecil kecuali sedikit sahaja serta terlalu kurang terlibat yang makruh. Yang sedikit itu pun tidak istiqamah dan tidak kekal. Mungkin terlupa atau terlalai sahaja.

Walau bagaimanapun mereka tidak dijamin daripada melakukan kesalahan hingga ke akhir hayatnya. Kerana itulah mereka tidak dianggap maksum tetapi hanya mahfuz sahaja. Mereka bukan rasul dan nabi tetapi hanya wali sahaja. Bila mereka terbuat dosa kecil, Allah rasakan dalam hatinya amat terseksa sekali dengan dosa yang sangat sedikit itu. Hatinya rasa parah dan menderita. Mungkin barangkali penderitaannya sepanjang masa tetapi orang lain tidak mengetahuinya. Yang empunya diri sahaja yang tahu. Hati yang rasa teruk menderita dengan dosa itulah yang dikatakan mahfuz iaitu terkawal atau dijaga. Kerana itu dosanya diampunkan oleh Allah. Orang yang diampunkan dosanya oleh Allah macamlah orang yang tidak berdosa. Itulah yang dikatakan dijaga. Macam orang yang kena lumpur, kemudian dibersihkan. Jadilah dia bersih macam tidak terkena lumpur. Kalau kena lumpur lagi tanpa dirancang, dibasuh lagi, maka bersih lagi. Ketika membasuh dan membersihkan itu, hati mereka terlalu susah dan menderita kerana takut-takut kalau terbuat dosa lagi. Rasa terseksa dengan dosa itulah mendatangkan kasih sayang Allah. Yang mana Allah rindu dengannya. Itulah yang menjadikan Allah ambil perhatian terhadap mereka. Begitulah hati para waliyullah.

Apa hikmahnya dijadikan wali-wali Allah ini terbuat sedikit dosa kecil, yang dosanya itu tidak pula dikekalkan? Ia hanya tersalah, tersilap dan terbuat dosa-dosa tetapi itu pun tidak dirancang pula.

Hikmahnya ialah:

1. Supaya kewaliannya tertutup

Kalau Allah bukakan rahsia kewaliannya akan berlaku nanti pada sesetengah orang itu rosak binasa. Sama ada orang yang bencikannya menjadi terlalu benci dan orang yang sayang juga terlalu sayang atau cinta secara melulu. Kedua-duanya merosakkan. Yang terlalu benci, dia akan caci maki, hina, fitnah dan membinasakan wali itu. Sebab itulah ada amaran dari Allah tentang hal ini melalui Hadis Rasulullah SAW.  “Barang siapa yang bermusuh dengan wali-Ku, Aku mengizinkan memeranginya.” (Riwayat Bukhari)

Terdapat juga dalam Hadis lain, ulama yang bertaraf wali kedudukannya macam racun. Siapa yang memakan racun yakni cuba membinasa, mencerca, menyusah-nyusahkan mereka, dia akan binasa. Siapa makan racun pasti akan binasa. Penentangan mereka itu kepada para waliyullah akan merosakkan mereka sendiri. Allah SWT akan tetap membela wali-Nya. Walaupun nyawa mereka diancam, diugut, dicaci dan dihina oleh musuhmusuhnya tetapi syariat dan imannya tetap dapat ditegakkan. Walaupun kadang-kadang dia mati terbunuh namun perjuangannya tetap diterima umum. Matinya pun Allah golongkan dalam golongan orang-orang yang mati syahid. Tetapi orang yang menentang itu pula, di dunia dan di Akhirat akan terhina.

Manakala di pihak orang-orang yang jahil yang suka dan cinta kepadanya, terlalu memberi kasih sayang sampai hilang pertimbangan dan melulu. Ini juga akan menyusahkan wali tersebut dan orang itu terjatuh kepada kesalahan yang tidak disedari. Contohnya, mereka ingin berjumpa dengan wali itu tidak kira waktu, ziarahnya tidak kira masa, minta didoakan, minta jampi air, minta sembahyang hajat, minta bermacam-macam sehingga tidak ada kerehatan dan mengganggu urusan wali itu. Kebanyakan orang jahil yang datang kerana mahukan berkat bukan mahu mencontohi akhlaknya, ibadahnya, perjuangannya, jihadnya, mindanya dan lain-lain lagi. Di situlah salahnya. Kalau sampai mengganggu wali itu, orang yang mengganggu itu dianggap berdosa. Walaupun asalnya niatnya baik tetapi dalam cara berhubung dan bergaul dengannya tidak berakhlak dan beradab. Kerana itu tetap Allah kira sebagai satu kesalahan atau dosa. Kesimpulannya, kedua-dua golongan ini dikira berdosa. Orang yang jahil, yang terlalu suka tetapi tidak pandai beradab dengannya pun berdosa manakala yang terlalu benci pun lebihlebih lagi berdosa. Inilah rahsia besar kenapa kewalian seseorang itu tertutup rapat. Sengaja Allah sorokkan dengan menampakkan ada kesalahan-kesalahan kecil yang bukan dirancang dan sebagainya. Supaya orang ramai menganggap dia bukan wali kerana pada mereka wali itu tidak pernah buat salah. Tentu mereka akan berkata: “Takkan wali begitu. Mana wali boleh bersalah?”

2. Mengekalkan rasa hamba

Di antara hikmahnya lagi kenapa para wali itu Allah lakukan sedikit kesalahan kerana dengan ini akan menyedarkan wali itu bahawa dia tetap hamba yang hina dan lemah serta berdosa. Jadi dia tidak rasa dirinya sempurna. Agar hatinya tidak dicelahi oleh ujub, riyak, sombong dan sebagainya. Kalau mereka tidak mempunyai kesalahan langsung, ditakuti dan dibimbangi hati mereka akan dicelahi riyak, sombong dan ujub memandangkan mereka tidak terjamin terpelihara iaitu tidak maksum. Ini sangat merbahaya kepada mereka.

Di sudut tafsiran tasawuf mengatakan: “Kesalahan yang sedikit yang dilakukan oleh Allah kepada seseorang itu, itulah yang lebih menyelamatkan dia dari Neraka daripada seseorang yang langsung tidak berdosa kerana dengan itu dibimbangi datangnya sifat ujub, sum‘ah dan sebagainya.” Tetapi perlu diingatkan bahawa, kesalahan yang berlaku itu bukan kesalahan yang ditempah seperti berkata: “Nanti aku buat dosalah. Kemudian boleh bertaubat.” Ini kesalahan yang dirancang namanya. Berlakunya salah itu bukan sengaja dirancang tetapi terlalai, terlupa dan tidak istiqamah. Disangkanya perkara itu tidak salah, rupa-rupanya termasuk ke kawasan salah. Kesalahan itu menjadikan hatinya menderita dengan teruk. Lantas dia bertaubat. Itulah yang menyelamatkannya. Orang ini tidak sempat dicelahi ujub, sombong dan riyak kerana mereka merasa sentiasa bersalah. Sedangkan orang yang tidak pernah melakukan kesalahan mudah didatangi riyak, sombong dan ujub yang berkemungkinan menyebabkan dia tidak selamat.

Kisah menarik di sini...

  • pengertian maksum (184)
  • hati yang bersih (51)
  • maksud maksum (46)
  • Arti maksum (43)
  • hati bersih (31)
  • arti sifat maksum (27)
  • bersih hati (24)
  • maksum artinya (23)
  • sifat maksum (20)
  • maksum (20)
  • hati yg bersih (18)
  • hikmah sifat maksum para rasul (15)
  • Pengertian sifat maksum (14)
  • apa itu maksum (13)
  • arti dari maksum (13)
  • definisi maksum (11)
  • dosa hati (11)
  • Cara bersih hati (11)
  • arti kata maksum (10)
  • apa yang dimaksud dengan maksum (10)
  • pengertian sifat maksum bagi rasul (9)
  • apakah maksud maksum (9)
  • maksud sifat maksum (9)
  • sifat bersih dari dosa yang dimiliki rasul (9)
  • makna maksum (8)
  • sifat maksum bagi rasul (7)
  • apa yang dimaksud maksum (7)
  • pengertian maksum bagi rasul (7)
  • maksum adalah (7)
  • pengertian masum (7)
  • erti maksum (7)
  • istilah maksum (6)
  • doa hati bersih (6)
  • arti masum (6)
  • apa makna maksum (6)
  • maksum maksud (6)
  • doa bersih hati (5)
  • arti dari sifat maksum (5)
  • sifat bersih dari dosa yang dimiliki rasul adalah (5)
  • arti maksum dalam islam (5)
  • Arti sifat masum (4)
  • apa yang dimaksud sifat maksum bagi rasul (4)
  • arti maksum adalah (4)
  • cara hati bersih (4)
  • Bersih dari dosa (4)
  • apa maksud maksum (4)
  • sifat maksum para rasul (4)
  • apa erti maksum (4)
  • pengertian dari maksum (4)
  • maksud sifat maksum nabi (4)
  • apa itu sifat maksum (4)
  • makna maksum adalah (4)
  • arti sifat maksum bagi rasul (3)
  • cerita hati yang bersih (3)
  • apa yang di maksud maksum (3)
  • apa itu maksum? (3)
  • maksud hati yang bersih (3)
  • pengertian sifat maksum pada rasul (3)
  • arti maksum bagi rasul (3)
  • maksud sifat maksum bagi rasul (3)
  • hati yang bersih dari dosa (3)
  • contoh maksum (3)
  • sifat maksum artinya (3)
  • cara mendapatkan hati yang bersih (3)
  • apa itu sifat maksum bagi rasul (3)
  • masum adalah (2)
  • Pengertian dari masum (2)
  • pengertian maksum dan mahfudz (2)
  • pengertian dari sifat maksum (2)
  • makna maksum artinya (2)
  • maksud dari maksum (2)
  • maksud hati bersih (2)
  • hikmah sifat maksum (2)
  • penertian maksum (2)
  • pengertian maksum dalam islam (2)
  • arti sifat maksum nabi (2)
  • hati tidak bersih (2)
  • arti sifat maksum adalah (2)
  • sifat maksum pada diri nabi dan rosul (2)
  • pengertian maksum menurut islam (2)
  • orang yang hatinya bersih (2)
  • orang yang terpelihara dari dosa (2)
  • pengertian mashum (2)
  • apa pengertian sifat maksum (2)
  • pernah ke rasullah buat dosa (2)
  • terpelihara dari dosa (2)
  • apa yang dimaksud dengan sifat maksum (2)
  • apa yang dimaksud dengan sifat maksum bagi rasul (2)
  • Apa yang di maksud dengan maksum (2)
  • apa yang di maksud dengan sifat maksum bagi rasul (2)
  • sifat masum (2)
  • apa yang di maksud hati bersih (2)
  • apa itu masum (2)
  • apakah sifat masum itu? (2)
  • sifat bersih dari dosa yg dimiliki rasul (2)
  • sifat maksum bagi rasul adalah (2)
  • sifat maksum nabi (2)
  • www hati yang bersih (2)
  • apa yang dimaksud dengan maksum? (2)
  • adakah wali allah buat dosa (2)