Sabda Rasulullah “Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya.” (Riwayat At Tabrani)

Untuk membangunkan satu kehidupan agar selamat di dunia dan selamat di Akhirat, agar masyarakat makmur dapat pula keampunan Tuhan, kemajuan dan tamadun tercapai, akhlak yang mulia juga wujud dan jadi budaya di dalam kehidupan, ia bak bunga yang kembang di taman yang indah yang sangat menarik pandangan dan tempat jatuhnya hati manusia, kekayaan dan makan minum mewah, budi juga mewah dan terserlah, kemudahan-kemudahan hidup cukup, tapi disiplin dan tatasusila manusia juga tinggi, tamadun tinggi tapi manusianya merendah diri, maka roh atau hati atau jiwa manusia hendaklah dibangunkan.

Dari pembangunan jiwa, akan lahir tamadun kerohanian atau akhlak yang mulia dan terpuji atau terbangun insaniah manusia yang dikatakan oleh kita selalu iaitu jati diri.

Di dalam diri manusia, roh adalah sebagai raja, akal sebagai penasihat, nafsu adalah musuhnya manakala anggota lahir (jawarih) adalah rakyat di dalam diri. Kalau raja di dalam diri baik, seluruh anggota (rakyat di dalam diri) menjadi baik. Samalah seperti di dalam sebuah negara, ada keterangan di dalam kitab mengatakan: “Manusia itu mengikut agama pemerintahnya.”

Ertinya bagaimana sikap pemerintah begitulah sikap rakyatnya. Begitulah pemerintah di dalam diri (hati atau roh). Bagaimana keadaannya begitulah anggota lahirnya sebagai rakyat di dalam diri. Kalau hati baik (raja di dalam diri baik), maka baiklah anggota lahir manusia (rakyat di dalam diri). Kalau hati jahat maka jahatlah seluruh anggota lahir manusia.

Ia memang telah ditegaskan oleh Hadis Nabi: “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati atau roh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Justeru itu hati (roh) wajib dibangunkan dengan cara dididik dan diasuh. Ini kerana dari pembangunan jiwa, lahirlah kebudayaan, tamadun kerohanian dan akhlak mulia yang sangat penting. Ia tempat pandangan Allah dan tempat jatuh hati manusia. Dan kerana itulah para rasul dan para nabi alaihimussolatuwassalam diutus oleh Allah SWT demi untuk pembangunan insaniah tersebut. Mereka tidak diutus kerana pembangunan material dan fizikal. Pembangunan material, tanpa rasul dan nabi pun manusia boleh membangunnya. Itu memang telah dibuktikan oleh sejarah, manusia membangun tidak perlu adanya orang kerohanian seperti rasul dan nabi atau ulama ul amilin.

Contohnya bangsa Rom, Yunani, Farsi, bangsa-bangsa yang disebut di dalam Al Quran seperti kaum ‘Aad, kaum Tsamud, kaum Saba’ dan bangsa Babil atau Babylon. Mereka membangun dan menegakkan tamadun tanpa orang-orang kerohanian bahkan mereka menolak para rasul dan menentangnya.

Lantaran itulah juga Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan kerana menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Malik)

Lagi Sabda Baginda: “Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya.” (Riwayat At Tabrani)

Perlu diingatkan bahawa membangunkan insaniah untuk melahirkan akhlak yang mulia pada seorang manusia, tidak semudah yang kita sangka. Betapalah kalau satu keluarga, sebuah sekolah, satu kampung, satu mukim, sebuah daerah, satu negeri, lebih-lebih lagilah satu negara. Membangunkan material seperti membangun sebuah bangunan 100 tingkat mungkin lebih mudah daripada membangunkan insaniah seorang manusia. Membangunkan pencakar langit setinggi 100 tingkat mungkin boleh siap dengab memakan masa tiga tahun, tapi hendak membangunkan insaniah seseorang manusia, mungkin memakan masa 30 tahun, itu pun belum tentu berjaya. Lantaran itulah untuk pembangunan insan ini Allah datangkan orang-orang-Nya iaitu para rasul dan para nabi alaihimussolatuwassalam. Selepas itu mereka yang tunduk kepada ajarannya seperti para auliya, kemudian para ulama ul amilin, paling tidak orang yang soleh.

Apabila disebut akhlak, akhlak yang utama terbahagi kepada dua iaitu:

Pertama: Akhlak kepada Allah.

Kedua: Akhlak kepada manusia.

Akhlak kepada Allah, di antaranya yang paling besar selepas beriman kepada-Nya ialah menyembah-Nya (sembahyang), ikhlas, rasa bertuhan, ertinya hati sentiasa merasa di mana sahaja kita berada, Allah sentiasa mengawasi, melihat dan mendengar terhadap kita, rasa malu, rasa takut, rasa kasih, sabar, redha, tawakal, khusyuk, khuduk.

Akhlak kepada manusia di antaranya kasih sayang, pemurah, mesra, adil, amanah, menunai janji, bercakap benar, merendah diri, bertolak ansur, ziarah-menziarahi, berlemah-lembut, bertolong bantu, baik sangka.

Selain dua bahagian akhlak yang utama ini ada lagi akhlak dengan haiwan dan jamadat seperti pokok, batu dan lain-lain lagi. Kita tidak boleh menyeksa binatang sesuka hati. Kalau kita memeliharanya seperti kambing, disediakan kandangnya, makan minumnya, sakit diubati, jika disembelih gunakan pisau yang tajam. Begitu juga dengan jamadat seperti pokok, kita tidak boleh menebang pokok sesuka hati, mesti ada maksud dan tujuan yang memberi manfaat.

Begitu sekali luas akhlak di dalam ajaran Islam dan begitu indah sekali akhlak yang dianjurkan oleh agama akhir zaman ini. Ia bersifat sejagat, ia disukai oleh semua manusia sekalipun orang bukan Islam. Justeru itulah kalau umat Islam kembali berakhlak seperti zaman tiga kurun selepas Rasulullah SAW, umat Islam akan dihormati semula oleh dunia kerana dengan akhlak yang mulia terlalu sedikit orang hasad dengki. Kerana akhlak bersifat sejagat laksana bunga yang indah, tidak ada orang yang tidak suka dan tertarik.

Kisah menarik di sini...

  • akhlak kepada Allah (83)
  • akhlak terhadap allah (55)
  • akhlak mulia (42)
  • akhlak manusia (29)
  • akhlak dengan allah (24)
  • ahlak manusia (15)
  • akhlak kepada manusia (11)
  • ahlak kepada allah (11)
  • akhlak manusia dengan Allah (10)
  • pengertian akhlak kepada allah (10)
  • akhlak mulia terhadap allah (9)
  • kerohanian dan akhlak (9)
  • Akhlak manusia kepada allah (8)
  • akhlak yang mulia (8)
  • akhlak manusia terhadap allah (7)
  • pengertian akhlak dan taqwa (6)
  • Cara berakhlak mulia kepada Allah (5)
  • akhlak dengan manusia (5)
  • sebaik baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya (4)
  • maksud berakhlak mulia terhadap allah dan manusia (4)
  • akhlak pada allah (4)
  • cara berakhlak terhadap allah (4)
  • ahlak msnusia (4)
  • akhlaq kepada allah (4)
  • akhlak kpda allah (3)
  • orang yang berakhlak mulia (3)
  • akhlak kepada tuhan (3)
  • memahami konsep akhlak terhadap allah (3)
  • ahklak manusia (3)
  • kaedah berakhlak dengan allah (3)
  • maksud berakhlak mulia terhadap manusia (3)
  • Cara berakhlak baik kepada allah (3)
  • empat akhlak manusia terhadap allah (3)
  • pengertianakhlak dan taqwa (3)
  • bagaimana berakhlak kepada allah (3)
  • cara berakhlak pada manusia (2)
  • hadis nabi tentang akhlak (2)
  • berakhlak mulia kepada allah (2)
  • Aklak manusia (2)
  • hadist ahlak kpd allah (2)
  • Bagaimana cara berakhlak kepada allah dan manusia (2)
  • akhlak terhadap allah yang paling utama (2)
  • akhlak mulia kepada allah (2)
  • bagaimana akhlak kepada allah (2)
  • akhlak mulia terhadap manusia (2)
  • konsep akhlak terhadap allah (2)
  • akhlak rasulullah terhadap allah (2)
  • ahlak kepada ALLOH (2)
  • Pegertian ahlak kepada allah (2)
  • dalil tentang akhlak rasulullah (2)
  • akhlak kpd allah (2)
  • akhlak dan taqwa (2)
  • ahklak terhadap allah (2)
  • 5 akhlak kepada allah (2)
  • sabda nabi (2)
  • Tentang ahlak manusia (2)
  • resume akhlak dan taqwa (2)
  • AHLAK PADA MANUSIA (2)
  • akhlak beriman kepada allah (2)
  • ahlak yang mulia (2)
  • ahlak terhadap allah taqwa (2)
  • takwa dan akhlak (2)
  • akhlak kepada alloh (2)
  • ahlak yang mulia kepada tuhan (2)
  • Ahklak kepada manusia (2)
  • taqwa akhlak kepada allah (1)
  • hadis rasulullah tentang akhlak (1)
  • hadis navi sebaik baik akhalak seorsng muslim (1)
  • hadis rasulullah tentang pembangunan ahlak (1)
  • hadis rasulullah tentang akhlak mulia (1)
  • http//akhlak kepada alloh dan manusia com (1)
  • hadist akhlak kepada manusia (1)
  • maksud berakhlak mulia terhadap allah (1)
  • hadist akhlak (1)
  • tantang ahklak yang paling utama (1)
  • hadis tentang takwa kepada allah (1)
  • hadis tabrani (1)
  • hadis nabi sebaik baik manusia (1)
  • hadis nabi tentang taqwa (1)
  • dalil tentang orang yg berakhlak mulia (1)
  • definisi akhlak kepada allah (1)
  • definisi takwa dan akhlak (1)
  • doa melemahkan hati dan mulia dmata orang (1)
  • tentang akhlak manusia (1)
  • empat akhlak terhadap allah (1)
  • gambar ahlak (1)
  • hadis berakhlak dengan manusia (1)
  • hadis berkaitan akhlak dengan Allah (1)
  • hadis nabi berakhlak baik dengan (1)
  • tentang akhlak kepada allah dan manusia (1)
  • hadis nabi kalau baik daging maka baik (1)
  • hadis nabi mengenai akhlak yang baik (1)
  • terangkan maksud berakhlak mulia terhadap allah dan manusia beserta contoh (1)
  • tentang ahlak (1)
  • taqwa dan berakhlak baik (1)
  • hadis nabi tentang cara berakhlak (1)
  • dalil tentang berakhlak mazmumah kepada allah (1)
  • Huraian akhlak terhadap allah (1)
  • indah akhlaknya kerana Allah tumblr (1)
  • sebaik baik akhlak rasul (1)