Category: KASIH SAYANG

APA TUJUAN BERKENAL-KENALAN SESAMA MANUSIA

Dalam Al Quran ada menyebutkan perkara yang berkaitan dengan berkenal-kenalan sesama manusia yang ayat ini nampaknya pendek tetapi ilmunya banyak. Ia dapat menggambarkan hidup manusia yang syumul dan global. Ia menggambarkan kehidupan manusia secara menyeluruh dan menggambarkan manusia di dalam pelbagai aspek kehidupan di dunia ini.

APA RAHSIA UNTUK BERSATU-PADU?

Telah menjadi fitrah atau tabiat semula jadi manusia, setiap orang, setiap kaum atau bangsa ingin bersatu-padu. Bahkan sebaliknya, tidak ada sesiapa pun walau apa kaum dan bangsanya, yang suka pada perpecahan. Lebih-lebih lagi kalau perpecahan itu hingga sampai membawa permusuhan dan peperangan.

BUKTI MANUSIA TIDAK MEMPUNYAI APA-APA

Betulkah manusia yang merasakan dia memiliki itu benar-benar ia memiliki? Kerana adanya benda-benda yang ia miliki itu adalah melalui usahanya. Kalau dia tidak memiliki, apa pula buktinya? Mari bersama-sama memecahkan persoalan-persoalan tersebut. Moga-moga diizinkan ALLAH SWT sesuai dengan tajuk yang sedang diperkatakan ini. Kebiasaannya dalam kehidupan kita sehari-hari,...

BAGAIMANA RASULULLAH MENYELAMATKAN MANUSIA

Kejayaan besar seorang Rasul yang tidak mampu dibuat oleh mana-mana tokoh pun selainnya ialah menyelamatkan kehidupan manusia di dunia lagi dan memberi syafaat kepada umatnya di Akhirat. Rasul penyelamat roh dan fizikal manusia, membangunkan tamadun rohaniah dan tamadun material yang selamat dan menyelamatkan. Hingga dengan itu manusia dan...