
Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)
Kejayaan besar seorang Rasul yang tidak mampu dibuat oleh mana-mana tokoh pun selainnya ialah menyelamatkan kehidupan manusia di dunia lagi dan memberi syafaat kepada umatnya di Akhirat. Rasul penyelamat roh dan fizikal manusia, membangunkan tamadun rohaniah dan tamadun material yang selamat dan menyelamatkan. Hingga dengan itu manusia dan dunia yang sudah rosak dengan dahsyatnya berjaya dipulihkan.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (At Taubah: 128)
Kalaulah pemimpin-pemimpin ideologi, politik dan falsafah boleh buat kerja yang paling rumit ini tidak perlulah Allah mengutuskan rasul ke bumi ini. Peranan rasul adalah paling penting, yang tiada tandingannya. Hanya rasul yang boleh selesaikan masalah dunia jahiliah yang sesekali melanda dunia. Dalam sejarah, Allah SWT mengutuskan seorang rasul hanya setiap 700 tahun sekali atau 500 tahun sekali atau 300 tahun sekali. Yakni di waktu semua sistem hidup manusia di dunia benar-benar sudah jammed, buntu dan koma yang tiada seorang ahli fikir lagi yang boleh memberi jalan keluar.
BAGAIMANA RASULULLAH MENERIMA WAHYU
Rasulullah SAW mempunyai roh yang sangat suci dan kuat hingga Baginda dapat melakukan sesuatu yang mustahil dapat dibuat oleh seorang filasuf. Sebagai utusan Allah SWT, Baginda beroleh pimpinan langsung dari Allah. Caranya adalah:
1. Baginda dapat melihat dan mendengar Jibril, pembawa ilmu wahyu dari Allah. Cara itulah Rasul belajar dengan mendapat ilmu melalui perantaraan Jibril.
Firman Allah SWT: “Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya), yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat.” (An Najm: 4-5)
2. Kadang-kadang hatinya yang amat terang itu, menerima langsung gelombang ilmu Allah yang jatuh ke hatinya, tanpa perantaraan Jibril.
Bagi ulama-ulama mujtahid atau mujaddid pewaris Rasul pula, hati mereka yang sangat bertaqwa kepada Allah membolehkan roh Rasulullah menjatuhkan terus ilmu Allah ke hati mereka. Ini dinamakan ilmu ilham.
Rasulullah sangat kenal Allah dan berhubung rapat dengan malaikat. Tahap kenalnya Rasulullah kepada Allah begitu tinggi sekali sehingga bagindalah makhluk yang paling takut dan cinta kepada Allah SWT. Itulah satu-satunya keistimewaan seorang rasul yang tidak mampu ditiru oleh seorang manusia biasa yang bukan rasul.
Kerana itulah Rasulullah mampu melahirkan manusia yang bertaqwa kepada Allah. Para Sahabat bukan sekadar percaya bahkan terlalu cinta dan terlalu takut kepada Allah Taala. Berbeza sekali dengan kelompok-kelompok lain, para Sahabat mendapat sebesar-besar rahmat dan nikmat yang tiada tandingannya, yakni mendapat Allah SWT. Hati mereka sangat kenal Allah, hingga Allah begitu dicintai, ditakuti, disembah, disucikan dan diagungkan. Firman Allah SWT: “Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (Al Anbiya’: 107)
BUDAYA HIDUP PARA SAHABAT YANG BERTAQWA
Bila hati manusia sudah mendapat sifat taqwa, maka dari pokok taqwa itu akan lahirlah buah-buah kehidupan dengan banyaknya. Akan lahirlah sebuah tamadun insaniah yang sangat cemerlang. Manusia sesamanya akan mampu berkasih sayang, rasa bersama, saling bekerjasama dan boleh bertimbang rasa walau apa pun bangsa dan agama manusia itu.
Hati manusia yang dibangunkan dengan perasaan takut dan cintakan Allah oleh guru rohaniah yang pakar, yang rohnya aktif dan boleh pula mengaktifkan roh-roh pengikutnya, sungguh akan melahirkan manusia-manusia yang baik-baik, yang soleh dan solehah. Pokok taqwa yang tumbuh di hati akan melahirkan manusia yang berkasih sayang, rasa bersama, saling bekerjasama, bertimbang rasa sesama manusia sekalipun berlainan bangsa, agama, bahasa, warna kulit, budaya dan sebagainya.
Golongan kaya menolong yang miskin. Golongan miskin sabar dan tidak meminta-minta. Orang yang bersalah meminta maaf. Orang yang tidak bersalah memberi maaf. Orang-orang besar, para ulama, guru-guru, ibu bapa dihormati dan dimuliakan. Golongan bawahan disayangi, diberi simpati, diperhati dan diambil peduli.
Tiada kasta miskin kaya dalam masyarakat orang bertaqwa, kerana mereka menganut fahaman bahawa miskin dan kaya sama sahaja di sisi Allah. Mulia dan hina bukan ditentukan oleh kaya atau miskin tetapi oleh taqwa. Sistem dan budaya ini bermula dalam masyarakat Rasulullah SAW, sangat subur dalam tempoh 300 tahun berikutnya dan terus diwarisi oleh masyarakat Islam selama 700 tahun yakni sebelum empayar Islam jatuh ke tangan Barat.
Kalau masyarakat kita hari ini penuh dengan kes-kes jenayah, pergaduhan, pembunuhan, jatuh-menjatuhkan, hasad dengki, pencurian, penipuan, rasuah, penzaliman, penindasan, pengkhianatan, perogolan, penzinaan, benci-membenci, fitnah-memfitnah, hina-menghina dan sebagainya, masyarakat Islam di zaman Rasulullah dan 300 tahun selepas Rasulullah sunyi dari semua kezaliman seperti seperti yang disebut di atas. Kalau ada pun terlalu kecil angkanya hingga tidaklah menjadi ancaman apa-apa kepada majoriti masyarakat. Kehidupan manusia bolehlah dikategorikan sebagai aman, damai, selamat, tenang dan makmur. Allah SWT menamakan masyarakat seperti ini di dalam firman-Nya: “Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan.” (Saba: 13)
Di dalamnya manusia mengecapi syurga dunia yang penuh kebahagiaan, kasih sayang, persaudaraan dan keharmonian. Yakni syurga sementara sebelum Syurga hakiki yang abadi di Akhirat, hasil dari pembangunan material yang diimbangi dengan pembangunan insaniah.













Dalam proses untuk Allah menyatakan KehendakNya untuk menyampaikan PerintahNya bagi melengkapkan Amanah kehidupan yang ditanggung Manusia dan Jin untuk mengabdikan diri kepadaNya . Maka untuk umat Muhammad saw ini Allah turunkan Al Quran sebagai Mukjizat kerana sesuai dengan perkembangan keilmuan yang semakin moden dalam hidup Umat Muhammad.
Mengikut pecahan sebagaimana yang telah Allah atur untuk disampaikan dan perlaksanaannya maka peringkat Al Quran adalah seperti berikut:
Peringkat 1 (Siddiq) – Syarah Allah (Al Quran)
Ayat Quran >> sebagai Penyampaian Perintah terkandung 4 perkara;
1) Kehendak Allah
2) Perintah Allah
3) Cara Allah – Ilmu
4) Kaedah Allah – melaksanakan tuntutan
Al Quran(Al Alaq) diturunkan kepada Rasul SAW pada malam 17 Ramadan / 6 Ogos 621M di Gua Hiraq ketika usia Rasul SAW 40 tahun.
Mengandungi 30 juzuk – 114 Surah – 6666 ayat dan 324 354 huruf dengan pecahannya:
1000 – ayat perintah
1000 – ayat larangan
1000 – ayat balasan baik
1000 – ayat balasan jahat
1000 – ayat akhirat
1000 – ayat sejarah
600 – ayat tentang hukum hakam
60 – ayat mutasyabihat
6 – ayat rahsia
Peringkat 2 (Amanah) – Syarah Rasul
Surah Quran >> sebagai Susunan Perintah (Sirah Rasul)
Dalam Quran terdapat 13 surah teras dan dipecah kepada 4 bahagian utama iaitu :
1. Al Fatihah – Kepala Al Quran
2. Ya Siin – Hati Al Quran
3. Kahfi – Jantung Al Quran
4. 10 surah akhir – umpama anggota Al Quran(mengamal surah-surah ini bererti mengamalkan seluruh isi kandungan 6666 ayat Al Quran)
Peringkat 3 (Tabligh) – Syarah Sahabat
Sirah Quran >> Perlaksanaan Perintah (Sirah Sahabat)
Untuk memahami Hakikat Islam sebagai cara hidup manusia, perlu di perhatikan perkembangan hidup para sahabat kerana merekalah kelompok atau golongan yang menjadi penyebar kepada segala ajaran yang di sampaikan oleh Rasullah SAW.
Mereka inilah yang mengamalkan hidup dan mati mereka semata – mata hanya Islam.Segala ketulinan ajaran Rasullullah SAW ada pada para SAHABAT. Pengetahuan tentang hidup mereka adalah perlu kerana ciri kemasyarakatan mereka yang wujud.
Inilah gambaran dan bukti usaha dan perjuangan Rasulullah SAW maka usaha dan perjuangan Rasullullah SAW inilah yang disebut SIRAH (Perjalanan).
Para sahabat walaupun pada rata-rata ummi/buta huruf tetapi mereka tidak JAHIL tentang agama. Mereka menghadiri majlis ILMU Rasullullah, mendengar perkataan,menyaksi amal perbuatan serta mengajukan soalan – soalan kepada Baginda SAW.Dengan demikian mereka berjaya mempelajari ilmu agama secara luas dan dalam. Dengan demikian mereka dapat menghafal seluruh isi kandungan Al Quran
Sirah Rasulullah SAW telah melalui 4 Era dan keseluruhannya Para Sahabat RA menyaksikan dan berada di dalam setiap Era. Era tersebut ialah :
1. Era Pertama(Era Siddiq)
Di sebut juga Era Mekah yang membawa kepada BERSAKSI atas 2 Kalimah Syahadah ,Solat, Puasa, Zakat dan Haji
2. Era Ke Dua(Era Amanah)
Di Sebut juga Era Madinah setelah hijrah dari Mekah. Membawa kepada pembentukan Masyarakat Islam
3. Era Ke Tiga(Era Tabliqh)
Di sebut juga Dunia Islam(Benua Islam) iaitu hasil pengorbanan dsn penyebaran Islam oleh 124 000 sahabat
4. Era Ke Empat(Era Fatonah)
Di sebut juga Era Akhir Zaman. Perkembangan mengikut Gugusan dan peranan 4 bangsa Pendokong Agama di akhir zaman iaitu Arab, Melayu,Habsy dan Farsi-Khurasan. 4 bangsa ini akan menyatu menjadi satu UMMAH
Dengan berpandukan Al Quran yang ada Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA berjaya menakluk ¾ dunia. Tetapi bagi kita zaman ini Al Quran hanya tinggal cerita. Dan tidak pernah terfikir pada kita untuk kembali kepada Usul/Asal Agama
Peringkat 4 (Fatonah) – Syarah Raqim
Rumusan Quran – Menyentuh mengenai USUL berteraskan Al Quran, Sunnah dan Sirah.
Sebagaimana susunan tubuh pada Manusia dan Jin ,maka 10 surah inilah sebagai anggota yang akan mengambarkan keseluruhan apa saja yang Terfikir/terbayang dalam Kepala(Al Fatihah) , terlintas dalam Hati- Niat(Ya Siin) , lalu cetusan hati itu digerak oleh jantung(Kahfi) untuk proses penzahiran perlaksanaannya pada anggota tubuh(10 Surah). Maka 101 surah yang lain itu merupakan perincian atau merupakan keterangan perlaksanaannya, sebagaimana bahagian lain didalam tubuh.
KATEGORI 10 SURAH(LAZIM) – Susunan Pengamalan
1. 10 Surah Sirah Rasulullah SAW dan Sahabat RA
2. 10 Surah Sumber Asas Rukun Hidup
3. 10 Surah Nabi dan Rasul
4. 10 Surah Langit
10 SURAH SUMBER ASAS RUKUN HIDUP
Dalam membina Hidup diatas Amanah Insan sebagai Utusan Allah bertaraf KHALIFAH dibumi maka Allah utuskan Panduan sebagai Pemberi Pertunjuk dan Pedoman. Panduan yang Allah utuskan diberi didalam 2 bentuk iaitu Rasul sebagai Pembimbing / Penunjuk dan Kitab sebagai Panduan.
Dalam pada Al Quran sebagai Panduan Hidup dan Rasul sebagai Pembimbing dan Penunjuk Jalan Hidup maka setiap Ayat yang diturunkan, disurahkan (diterang/dijelaskan) oleh Malaikat Jibril AS kepada Nabi SAW bagaimana untuk mengamalkan Quran. Apabila Nabi SAW memahami dan mengamalkan Quran itulah dikatakan SUNNAH Nabi.
Maka segala ayat yang terhimpun dalam diri Nabi Muhammad SAW itulah dinamakan Quran dan diri Nabi Muhammad SAW itulah Kitab/Bekas Quran (Bekas yang menghimpun Quran). Maka perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW yang berpandukan Al Quran disebut Sirah Rasul
Apabila Rasulullah SAW mengajar kepada Sahabat RA, cara dan kaedah mengamalkan Quran itulah disebut Hadis Nabi. Apabila Sahabat RA mengamalkan segala apa yang diajar oleh Rasulullah SAW itulah disebutkan Sirah Sahabat(Perjalanan Hidup Sahabat).
Dalam pada Rasulullah SAW merangka untuk membentuk diri, bangsa dan negara untuk hidup berpandukan Quran, maka ada cara dan kaedah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Cara dan Kaedah itulah disebut Kerangka/Pelan atau disebut Rukun. Maka untuk membentuk hidup dan membina diri itulah disebut Rukun Hidup. Daripada Rukun Diri (Hidup) inilah terdiri Rukun Bangsa seterusnya terdiri Rukun Negara. Rumusan inilah terdiri Rukun Agama
Maka Rukun Agama inilah Rumusan Al Quran, disebut Al Fatihah atau Umul Kitab. Keseluruhan cara dan kaedah untuk membentuk Quran pada diri, bangsa dan negara inilah disebut Piagam Madinah atau Pelan Madinah. Daripada Al Quran Piagam Madinah dibentuk
Oleh kerana yang akan menghidupkan Piagam Madinah itu ialah diri iaitu manusia dan jin maka ada cara dan kaedah yang telah dipanduankan oleh Allah didalam Al Quran. Panduan inilah yang disebut SUSUNAN/SISTEM atau Rukun, Untuk Mendirikan Rukun Hidup mesti ada Sumber Asas Rukun Hidup (Modal Insan). Maka Al Quran inilah Sumber Asas Rukun Hidup.
Inilah cara dan kaedah (susunan) bagaimana Al Quran diamalkan, bagaimana cara dan kaedah menjadikan Al Quran sumber Panduan Hidup. Maka inilah cara dan kaedah yang telah diterima, diajar dan diamal oleh Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA untuk Membina Syaksiah Diri, Bangsa, Negara dan Agama berpandukan Quran.
Surah Sumber Asas Rukun Hidup iaitu:
1.Surah al Fiil sebagai Sumber Rukun Iman
2.Surah al-Quraisy sebagai Sumber Rukun Islam
3.Surah al-Ma’un Sumber Rukun Hati (ehsan)
4.Surah al-Kautsar Sumber Rukun Yakin
5.Surah al-Kafirun Sumber Rukun Quddus (kesucian)
6.Surah an Nasroh Sumber Rukun Ruhul Amri
7.Surah al-Lahab Sumber Rukun Perang Cinta Dunia
8.Surah al-Ikhlas Sumber Rukun Perpaduan
9.Surah al-Falaq Sumber Rukun Harian
10.Surah an-Nas Sumber Rukun Kehidupan
http://mimmelayu.blogspot.com/p/jadual-10-surah.html