YA RASULULLAH

YA RASULULLAH Ya Rasulullah Dikaulah Sohibul Qur’an Hebatnya rohmu Sanggup menanggungnya Sedang gunung pun tak sanggup menanggungnya Ya Rasulullah Nur mu yang suci menyinari Alam dan segala isinya Nur mu adalah asal segalanya Maka dunia hanya harmoni Melalui pentadbiran nur mu Ya Rasulullah Ketika nur mu zahir Ke alam musyahadah Melalui jasad mulia Menangislah seluruh isi alam Merindukanmu Ya Rasulullah Bila nur mu kembali Ke alam ghaib Yakni semasa wafat Menangislah segala makhluk Alam musyahadah ini Ya Rasulullah Dirimu jadi rebutan Antara langit dan bumi Antara malaikat dan manusia Antara dunia dan akhirat Juga alam nyata mahupun ghaib Ya Rasulullah Dikaulah penghulu Segala sohibuzzaman Segala mujaddid Segala aulia’ Dari kalangan umat ini Ya Rasulullah Dikau pemimpin kami Yang sering menangisi Iman kami yang lemah Lantas dikau utuskan Mujaddid penyelamat Ya Rasulullah Kini akhir zaman tiba Manusia sedang huru-hara Tuhan sudah dilupakan Ajaranmu ditinggalkan Kasih sayang sudah hilang Ya Rasulullah Kerana kasihmu maka Dikau utuskan lagi Penyelamat umat ini Abuya Fata At-Tamimi Dan Sayyidi Imam Mahdi Ya Rasulullah Walaupun nur mu itu ghaib Namun nur mu menjadi Penyelamat umatmu Penyelamat manusia Dari Dajal dan pengikutnya Ya Rasulullah Terima Kasih kerana Memilih Negara kami Malaysia tercinta ini Sebagai tapak daulah Khilafah Islamiyah kedua Ya Rasulullah Maafkan dosa kami Kerana telah meninggalkan Ajaranmu yang suci Sunnahmu yang mulia Dan nasihat panduanmu Ya Rasulullah Sudilah ampuni kami Jangan tinggalkan kami Kami perlukanmu Kaulah sumber segala rahsia Kaulah penawar segala penyakit Ya Rasulullah Terimalah salam rindu kami Walapun kami lemah lagi hina Terimalah kami wahai Rasul Kekasihnya kekasih Agung Penghulu segala makhluk

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3 × five =