TIDAK TAKUTKAN TUHAN

Apabila manusia tidak takutkan Tuhan atau tidak fikir Tuhan dia akan hidup tidak kira cara apa Yang penting boleh hidup senang-senang, selesa-selesa, mewah dan kaya Mereka tidak kira tergadai maruah dan agama Padahal agama dan maruah sangatlah mahalnya, tidak boleh ditukar dengan apa sahaja Ia mesti dipertahankan sekalipun terpaksa menggadai nyawa Itulah harga agama dan maruah kalau manusia faham nilaiannya Yang muka cantik dia menjual mukanya, dia dedah auratnya, mungkin zina pun dibuatnya Yang sedap suaranya menjual suaranya, terlonjak-lonjak di atas pentas, menggoyang-goyangkan punggungnya untuk kesenangannya Yang miskin pula kerana hendak hidup menipu dan merompak kerjanya Yang berkuasa menyalahgunakan kuasanya Menindas, memerah, menzalim, rasuah, songlap wang rakyat dan negara Yang berniaga menipu, hutang tidak dibayar, tidak jujur, menaikkan harga Yang berkongsi, berkawan tidak setia Di dalam berkawan menipu kawannya Kawan makan kawan, macam ikan makan ikan Begitulah setiap golongan mahu hidup buat apa sahaja halal haram tak usah kira Yang penting senang, mewah, kaya Kalau perlu anak dan bini dijualnya Bagaimana dunia tidak huru-hara dibuatnya

Leave a Reply

Your email address will not be published.

17 − seventeen =