TUHAN DAN AKHIRAT TIDAK DIPROMOSIKAN

Setiap hari dunia dipromosikan orang Orang benar-benar kenal keindahan dunia walaupun tidak seindah mana Semua golongan memperkenalkannya Orang yang berkuasa mahupun rakyat jelata Bahkan ulama turut memperkenalkannya hingga ramai yang terpesona Sedangkan Akhirat sedikit sekali yang memperkenalkannya Akibatnya ramai yang tidak kenal Akhirat yang sungguh mulia Akhirnya ramailah orang yang buru dunia, habis masa, habis tenaga kerananya Siapa yang memperkenal Akhirat seolah-olah musuh mereka, orang tidak suka Dianggap golongan yang mengajak umat membawa kemunduran atau jumud atau tinggal dunia Apabila dunia diburu maka side effect yang negatif terlalulah banyaknya Timbullah dengki, jatuh-menjatuhkan, bakhil, tamak, megah, sombong, rasuah, tuduh-menuduh sesama Terjadilah bermusuh, pergaduhan bahkan peperangan sesama manusia Lahirlah gejala masyarakat yang sama-sama susah dibuatnya Vandalism, budaya lepak, rokok, dadah, rogol, zina, samun, rompak Tipu-menipu, tidak amanah, culik, ragut, pukul, bunuh Hasil semuanya ini setiap golongan di dalam ketakutan, resah dan gelisah sahaja Itulah neraka dunia sebelum Neraka Akhirat di sana Buru dunia mana ada keselamatan, keamanan dan kedamaian Buru Tuhan dan Akhirat rahsia keamanan dunia Akhirat Tapi Tuhan dan Akhirat tidak dipromosikan, orang tidak faham

Leave a Reply

Your email address will not be published.

one × 4 =