TANDA IKHLAS

Ikhlas adalah roh ibadah Tidak ada ikhlas, ibadah tidak ada roh Ibadah tidak ada roh, ibadah yang mati Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh Nyawa sudah tidak berguna Ertinya ibadah dan kebajikan yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak, ikhlasnya tidak ada tertolak semuanya Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga Kerana ia penentu ibadah atau kebaikan kita ditolak atau diterima Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan hendak ikhlas Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata kerana Allah Taala Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima Tanda seseorang itu ikhlas: 1.  Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji, hati tidak berbunga. Dikeji, hati tidak pula derita. 2.  Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang atau di waktu ramai, sama saja. 3.  Kerana rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah kalau orang lain tidak menolongnya. 4.  Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak buat kerja. 5.  Kalau dia membuat ibadah atau buat kerja, hatinya tidaklah pula berkata moga-moga ada orang melihat supaya ada orang memujinya. 6.  Setiap kebaikan yang dia buat dia tidak suka orang lain melihatnya takut hatinya berbunga. 7.  Kalau dia dipuji susah hatinya, kalau di dikeji hatinya boleh menerimanya, hati kecilnya berkata, “Aku hamba, memanglah ada cacat celanya.” 8.  Dia membuat baik bukan kerana digesa-gesa, kemudian membuatnya kerana malu dengan manusia. 9.  Dia membuat bukan kerana sudah kehendak masyarakat, kalau tidak dibuat apa kata orang pula. 10.Dia tidak bersikap: kalau dipuji, dia rajin atau buat, kalau dia dicaci, dia tidak rajin atau tidak buat. 11.Dia juga bukan orang yang kebaikannya suka sangat hendak menyebut-nyebutnya supaya orang tahu. 12.Bukan pula di hadapan orang dia rajin, bertertib dan berakhlak. Jika seorang, dia buat hendak cepat-cepat dan cincai-cincai. Untuk kita dapat tahu kita ini ikhlas atau tidak atau kurang ikhlas padankan yang 12 tadi dengan hati

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9 + 9 =