SATU KEBANGKITAN

Lihatlah satu kebangkitan telah berlaku Membuktikan jadual Tuhan yang telah dijanjikan di akhir zaman Tanpa riuh rendah seperti orang politik berjuang Ia berjalan secara senyap-senyap, tidak perasan tapi sangat berkesan Bagi orang yang tidak peka kelihatan tidak nampak Ia ibarat api dalam sekam Tidak begitu nampak dia makan dalam Makin hari semakin merebak Menjalar merata-rata ia semakin meluas Sekarang asap kebangkitan itu sudah mula kelihatan Sudah ramai orang perasan Suatu hari nanti nyalanya akan terserlah menyemarak Di waktu itu musuh-musuhnya terkejut Tiba-tiba api menyala di mana datangnya, bila dia tiba Di masa itu musuh-musuhnya tidak mampu lagi untuk memadamnya Kerana sudah terlambat dan terlewat Mereka akan terbakar Begitulah satu kebangkitan di akhir zaman Ia bangkit dengan penuh tenang dan menenangkan Tanpa riuh rendah Ia berlaku dengan aman Ia mendapat kemenangan kerana pergaduhan musuh sesama sendiri Ia menang tanpa bunuh orang, ajaib sekali Ini adalah satu bantuan Tuhan secara khawariqul adah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 × two =