SAHABAT-SAHABAT RASULULLAH

Sahabat-sahabat Rasulullah apabila bertemu satu sama lain Tidak akan bercerita tentang dunia Mereka tidak akan bercakap tentang makan minum, rumah dan pakaian Kecuali menceritakan terhadap sahabatnya yang lain, jika mereka mendapat kesusahan Agar sahabat-sahabat bersimpati dan memberi bantuan Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri Untuk diketahui dan dibaiki Bertanyakan khabar Rasulullah, keluarganya dan tentang keadaannya Lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu yang baru turun Apakah sabdanya yang baru diterima darinya Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama Para Sahabat bertemu, berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja Namun hal-hal dunia tidak dijadikan perbincangan dan perbualan Apatah lagi hendak bercerita-cerita hal keburukan orang Mereka kalau ramai berada di dalam masjid Orang yang lalu di tepi masjid menyangka tidak ada orang di dalam masjid Kerana sunyi sepi daripada perbualan Kalau adapun Al Quran dibaca orang, Sahabat tidak menguatkan suara Agar tidak mengganggu orang macam masjid di zaman kita Mereka di dalam masjid sangat tawadhuk, tadharuk dan khusyuk Membanyakkan sembahyang, zikir, tasbih, selawat Membaca Al-Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia Masing-masing dengan dirinya masing-masing Hening, tenang dan sepi Orang menyangka di masjid tidak ada orang Mereka sangat menjaga kehormatan masjid dan kesuciannya

Leave a Reply

Your email address will not be published.

seventeen − eight =