SABAR DISUKAI OLEH ALLAH

Bukan senang hendak menjadi orang yang sabar Sekalipun yang tukang syarahkan tentang sabar juga tidak boleh sabar Kerana di antara sifat manusia itu pemarah sangat menonjol Sifat marah manusia itulah manusia menjadi pemberang susah dikawal Apabila tercabar sahaja tidak sempat berfikir dia pun bingkas melenting mencabar Sekalipun orang yang alim payah hendak sabar Orang yang sabar orang yang mampu menahan marah walaupun tercabar Orang yang boleh sabar orang yang kuat mujahadah Orang yang sabar kuat menahan marah pahalanya besar diberi oleh Allah Di dalam Al Quran disebutkan balasan orang yang sabar diberi pahala tanpa hisab Kerana sifat sabar itu payah ada pada seseorang sekalipun orang alim dan abid Di dalam Hadis ada disebutkan wira itu adalah orang yang boleh menahan marah Orang yang kuat menahan marah sahaja mampu berlaku sabar Kalau payah juga hendak sabar kurangkan marah Atau dia sembunyikan kemarahan hingga orang tidak perasan, ia dipuji Allah Kalau di dalam pimpinannya marah-marah sahaja orang akan lari bertempiaran Kasih sayang mudah hilang Orang jemu berkawan dan hilang simpati orang Bahkan hilang bahagia berkawan dengan orang pemarah dan pemberang Usahakanlah dan bermujahadahlah agar jangan pemarah supaya mudah bersabar Sabar adalah disukai oleh Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

sixteen − four =