POLIGAMI ADALAH UBAT

WAHAI TUHAN Sebenarnya kami jahil Tentang kenapa Engkau benarkan poligami Kerana ia cukup pahit rasanya Wahai Nabi Kami amat yakin Bahawa kata-katamu itu adalah benar-benar baik Justeru itu kami mahu perjuangkan… Sunnahmu itu Wahai Yang Mencipta diriku Di tengah gelombang penentangan yang riuh-rendah Oleh wanita dan lelaki yang mengaku Islam Mengaku beriman Yang berhujah berputar-putar, berbelit-belit Kami hamba-hamba perintis sunnah ini Telah juga jadi pejuang poligami Aneh! Kenapa kami yang engkau pilih Terlalu kerdil rasanya untuk berhadapan Dengan penentang-penentang yang gagah Wahai Yang Memelihara daku Akan diterimakah apa yang kutulis ini? Bahawa poligami adalah ubat Adalah iman Adalah taqwa Adalah syurga…? Kerana di akhir zaman ini iman tidak dianggap penting Taqwa tidak dikira bahagia Mazmumah macam tidak perlu diubati Dan Syurga-Mu bagaikan tiada Justeru itu poligami dianggap karut belaka Diejek –ejek dan diketawakan Tuhan Kalau bukanlah kerana-Mu Untuk apa kami lakukan semua ini Setiap kali menghadap-Mu Kami ulang-ulangkan sumpah dan janji Hidup dan mati adalah untuk-Mu Lalu, janganlah Kau persia-siakan usaha kecil ini Sudilah menerimanya Dan menolongnya Moga-moga pulihlah dendam manusia Terhadap poligami Moga-moga menanglah agama Engkau ini Dan moga-moga berlakulah Kebangkitan Islam akhir zaman Di abad ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

two × one =