KEMENANGAN PERJUANGAN KEBENARAN

Hendak takutkan Tuhan lebih-lebih lagi cinta kepada-Nya tidak mudah seperti yang dikata Taat kepada pemimpin juga tidak mudah semua pengikut setia Mungkin yang ringan-ringannya mudah ikut, yang berat tidak mudah diterima Hendak berkorban gila-gila  berhabis-habisan mudah  dicerita payah dikota Berkorban termasuk perjuangan Tidak sanggup berkorban, ertinya bukanlah perjuangan Tidak sanggup berkorban itu hanya menumpang Hendak ikut semua prinsip jemaah bukan mudah sekalipun faham Yang ringan, yang tidaklah merugikan sangat dunia, kita sangguplah Yang rasa merugikan paling baik teragak-agak Berjalan atau berbuat separuh hendak Masih berbelah bagi, masih teragak-agak Kerana itulah setengah ahli sulit melaksanakan prinsip jemaah Setengah ahli lagi masih sebahagian sahaja prinsip dapat dilaksana Kerana itulah di dalam jemaah kebenaran daripada masa ke semasa ditapis agar dapat yang pure Tuhan hendak memberi kemenangan secara total atau global bukan kerana pengikut yang banyak Kemenangan yang diberi di waktu pengikut sedikit yang berkualiti Kualiti itu adalah iman dan taqwa tapi tidak nampak Cukup minda yang diberi pemimpin jemaah Taat setia kepada pemimpin yang tidak berbelah bagi Bertanggungjawab kepada tugas yang diberi Ruhbanunbillail wafursanunbinnahar berlaku setiap hari Berkorban berhabis-habisan untuk Tuhan melalui jemaah seolah-olah membakar diri Bekasih sayang sesama ahli laksana adik-beradik seibu seayah Tidak ada kepentingan diri bahkan sanggup menyusahkan diri kerana prinsip jemaah Fikiran di kalangan ahli selari, perasaan sama serasa Kalau ada kesalahan dan kelemahan sesama ahli boleh maaf-bermaafan Sabar apabila berhadapan dengan ujian yang mencabar Kalau ada yang keliru di dalam jemaah tidak bertindak sendiri atau mentafsir sendiri tapi dirujuk kepada pemimpin sendiri Jika ada sesetengah hal berlaku kegagalan masing-masing koreksi diri Masing-masing melihat dosa sendiri bukan menuding jari Apabila di setengah hal mendapat kemenangan atau kejayaan malu dengan Tuhan Dia bertasbih memuji Tuhan dan meminta ampun kepada Tuhan Kejayaan atau kemenangan yang dicapai tidaklah bersorak, terlonjak-lonjak kesukaan Setiap orang lebih memikirkan diri daripada melihat diri orang Tapi kalau dia nampak kesalahan kawan tidak pula menghina tapi menasihati Itulah dia sebahagian daripada ciri-ciri atau sifat-sifat ahli yang berkualiti Ciri-ciri ini apakah mudah didapati di dalam jemaah? Tentulah tidak semudah hendak dikota sekalipun boleh cerita Kerana itulah perjuangan kebenaran lambat menang, tanpa melalui perjuangan yang panjang sejak dahulu tapisan demi tapisan terjadi Akhirnya ia akan terjadi juga, kemenangan pun diberi

Leave a Reply

Your email address will not be published.

17 − two =