PASANG NIAT DALAM SEBARANG KERJA

Kalau kita keluar rumah tidak memasang apa-apa niat Rugi sekali Kalau kita membuat sebarang kerja tidak ada niat apa-apa Kita membuang masa Jika kita membaca tidak ada apa-apa matlamat hanya sekadar ingin ilmu Termasuk mensia-siakan umur kita Sekali-sekala kita rehat-rehat tidak mempunyai niat Terbuang sahaja masa kita Kita makan, minum, berpakaian hanya berlaku begitu sahaja Kita telah merugikan kebiasaan Kita berseronok-seronok dengan anak isteri tidak ada tujuan apa-apa Masa kita percuma sahaja Sekalipun apa yang kita buat, usaha, makan dan minum belum termasuk kawasan dosa Tapi kita telah mensia-siakan itu semua Kalau kita pasang niat dihubungkaitkan dengan Tuhan, bukankah ia jadi ibadah Berapa banyak ibadah-ibadah tambahan yang kita perolehi Jika di dalam satu perkara itu memasang niat yang banyak, lebih-lebih lagi bertambah banyak pahala kita Hanya yang kita pasang niat ibadah-ibadah asas Selain itu kita membuatnya bersahaja tanpa apa-apa matlamat Kalau begitu apa matlamat hidup kita sebenarnya? Mengapa matlamat hidup kita, kita bataskan Sedangkan apa yang kita buat terlibat dengan masa Padahal sebahagian kecil amalan kita yang mempunyai niat Ertinya berapa banyak masa kita yang terbuang begitu sahaja Di sinilah nanti kita akan menyesal tidak sudah-sudah di Akhirat kelak Itu kalau masa yang terbuang itu tidak di dalam lingkungan dosa Jika sudah termasuk kawasan dosa lebih-lebih lagilah kita akan menyesal dan menderita Kerana itulah apa sahaja yang hendak kita buat biar ada matlamat Kerana kita datang ke dunia ini dengan tujuan beribadah kepada Allah Taala Kalau begitu biarlah seluruh hidup kita menepati ibadah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 + six =