PANDAI BERMASYARAKAT

Orang yang pandai menyesuaikan diri dan bersikap, boleh hidup di dalam berbagai-bagai peringkat ertinya orang yang pandai bermasyarakat Di mana dia pergi dan bergaul orang suka dan senang Ramah mesra dengan semua orang jadi tabiat, ringan tulang Orang besar atau orang tua dihormati, kanak-kanak dikasihi Pandai membawa diri, mengutamakan orang lain dari diri sendiri Apabila berbual-bual dengan orang dia hormati pandangan orang, walaupun dia ada pandangan sendiri Kesalahan dan kesilapan orang dia tidak ambil hati Bertolak ansur di dalam pergaulan, maaf-bermaafan jika membuat salah dan kesilapan Boleh menerima keuzuran dan kelemahan orang Berlapang dada sesama manusia Sabar dengan kekasaran dan karenah manusia Tidak suka membualkan keaiban orang di tengah ramai Jika ada orang perempuan sama di dalam majlis dia jaga matanya, kecuali melihat yang perlu sahaja Tidak suka mengangkat diri, bahkan suka merendah diri Berlemah lembut di dalam pergaulan, bersopan di dalam percakapan Dia bercakap yang ada memberi manfaat, cakap yang sia-sia dielakkan sama sekali Dia tidak menjatuhkan maruah orang di dalam percakapan Suka menerima jemputan orang, jika menjadi tetamu orang suka membawa buah tangan Tidak melahirkan rasa tidak suka ketika berhadapan dengan hidangan, kalau ada makanan yang dia tidak suka Tidak suka menyindir-nyindir orang di dalam pergaulan sekalipun ada orang yang dia tidak senang Bertemu dengan orang Islam didahului dengan salam, ketika berpisah juga diucap salam

Leave a Reply

Your email address will not be published.

sixteen + nineteen =