PAHALA PERCUMA BAGI ORANG BERTAQWA

Dengan rahmat Allah ada orang bertaqwa banyak dapat pahala yang bukan amalannya atau bukan amalan lahirnya Bukan pahala hasil usahanya Niat yang baik tetapi dia tidak dapat berbuat diberi pahala Seperti penderitaan, kesusahan, kesakitan yang ditimpakan kepadanya sabar dia menerimanya Niat jahat tetapi tidak jadi hendak buat pun dapat pahala Orang mencacinya, memfitnahnya, menghinanya, hasad dengki dengannya dia tidak membalasnya bahkan mendoakannya Kehendak-kehendaknya yang tidak tercapai, kadar yang dia mahu tidak sampai, dia redha menerimanya Ilmu yang diajarkan kemudian orang yang mendengar itu mengamalkan, pahala baginya yang mengajar Kebaikan yang seseorang itu lakukan, kemudian diikut orang dianggap macam dia melaksanakannya Anak yang soleh hasil didikan ibu bapanya, setiap apa yang diamalkan oleh anak-anaknya dia dapat pahalanya Fakir, miskin ada yang diinginkan kerana susahnya tidak dapat dia hasilkan pahala baginya Bahkan setiap apa sahaja yang dia inginkan tidak mampu mendapatkannya Tuhan beri pahala Ada godaan-godaan dunia yang haram mempengaruhinya kerana demi Tuhannya dia jauhi pahala pula baginya Doa yang tidak dikabulkan di dunia pahalanya diberi di Syurga Rasa kehambaan seseorang hamba, malunya kepada Tuhan, rasa bertuhan semuanya pahala, ia bukan perbuatan Rasa takut, cinta kepada Tuhan yang mempengaruhi hatinya juga pahala yang juga bukan bentuk amalan Lihat orang susah rasa kasihan, melihat orang derita dia rasa derita Melihat orang senang atau mendapati kejayaan dia turut gembira juga pahala Itulah dia sebahagian pahala percuma yang didapati oleh orang bertaqwa yang bukan hasil perbuatan Pahala-pahala percuma itu adakalanya lebih banyak daripada pahala yang dibuatnya Begitulah rahmat Tuhan kepada orang yang bertaqwa

Leave a Reply

Your email address will not be published.

17 − 2 =