NIKMAT TUHAN KEPADA ORANG BERTAQWA

Tuhan memberi nikmat kepada orang yang bertaqwa kerana kasih sayang-Nya Jika diberi kepada mereka sedikit, kasih sayang-Nya juga Kerana Tuhan hendakkan mereka lebih mulia dan disimpan aset itu sebagai harta di Syurga Kalau diberi banyak pula itu juga adalah kasih sayang-Nya Kerana dengan nikmat yang banyak itu dapat diagih-agih kepada orang lain pula Dapat pula melahirkan syukur dan ramai pula orang terbela Sekiranya orang yang bertaqwa itu diuji dan dibala Itu juga adalah kasih sayang Tuhan kepada mereka Agar dosanya diampun atau ditinggikan darjat mereka di Syurga Sungguh indah perbuatan Tuhan kepada orang yang bertaqwa Senang dan susah, miskin dan kaya, sakit dan sihat ada nilainya di sisi Tuhan Kerana itulah orang yang bertaqwa di dalam keadaan apa pun dia tenang sahaja Susah dan senang sama sahaja Di waktu senang tidak pula terlonjak-lonjak, di waktu susah tidak pula rasa derita Mereka faham kerja-kerja Tuhan kepada mereka Mereka boleh menerima apa sahaja dari Tuhannya, jiwanya senang dan tenang sahaja Begitulah hidup orang mukmin bersama Tuhannya 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 − 4 =