MEMBURU TAQWA

Memburu dunia seperti memburu pangkat, nama, glamor, jawatan, kekayaan, projek, kemajuan Side effect negatifnya terlalu banyak Seperti berlaku hasad dengki, rasuah, jatuh-menjatuhkan, perbalahan, pergaduhan dan peperangan Ditambah lagi dengan bertambahnya gejala masyarakat terjadi seperti vandalism, budaya lepak, ragut, tipu, buli, zina, rogol, krisis dan perbalahan Di antara yang kita sebutkan tadi tidak pernah melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dan harmoni Itu menunjukkan apa yang disebutkan tadi bukan itu yang diperintahkan oleh Allah dalam hidup Allah suruh hidup memburu taqwa Takut kepada-Nya dan cinta kepada-Nya Hidup mengikut jalan syariat-Nya, barulah Tuhan redha Bila Tuhan redha, barulah dapat rahmat daripada Tuhan dan berkat dari-Nya Iaitu aman damai, jauh daripada ketakutan dan kesusahan Lahirlan hidup masyarakat yang berkasih sayang dan harmoni Itulah dia syurga dunia sebelum Syurga di Akhirat Itulah juga kebahagiaan dunia sebelum kebahagiaan di Akhirat Tapi manusia tidak faham bagaimana hendak mencari kebahagiaan di dunia Kecuali orang yang kenal Tuhan, takut dan cinta kepada-Nya Faham tentang Tuhan dan menjadikan syariat jalan hidupnya Itulah jalan bahagia di Akhirat Tapi Tuhan nyatakan ia berlaku di dunia Kemudian barulah Tuhan kurniakan di Akhirat Yang tiada tara dan bandingannya

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6 + 12 =