MARI MENGENAL TUHAN

Mari kita mengenal Tuhan. Tuhan kita ialah Allah, Nama-Nya yang paling agung yang dikatakan Lafzul Jalalah Dia adalah zat yang Maha Suci lagi Maha Tinggi Suci daripada sebarang penyerupaan dengan makhluk-Nya di dalam semua hal Kerana itulah Dia tidak dapat hendak dibayangkan, Kalau dibayangkan satu pendustaan yang maha besar Wujud-Nya sediakala, tidak ada permulaan, tidak ada kesudahan Kerana Dia bukan jenis ciptaan, bahkan Pencipta seluruh alam Menjadi Pentadbir, Pendidik dan Penyelamat Takkan Pencipta dengan yang dicipta ada persamaannya Zat-Nya Maha Esa, satu atau tunggal Tapi Esa-Nya tidak boleh dibelah bagi Yang boleh dibelah bagi itu adalah benda atau barang ciptaan, atau sesuatu yang kena cipta atau diwujudkan Maha Suci dan Maha Tinggi Tuhan daripada perlu kepada tempat, tidak mengambil ruang Tidak ada di dalam pihak, atau di luar pihak, kerana di luar pihak juga adalah pihak Tidak terlibat dengan masa Tidak terlibat dengan malam dan siang Tidak terlibat dengan musim yang empat Kerana semuanya itu adalah makhluk dan ciptaan-Nya Tuhan tidak berhajat kepada ciptaan-Nya Tapi makhluk-Nya berhajat kepada Tuhan Kudrat-Nya adalah mutlak dan tidak terbatas Kerana kudrat-Nya bukan dari tenaga, Ia dari zat-Nya yang Maha Kuasa dan Maha Daya dan Upaya Iradah-Nya atau kehendak-Nya bukan daripada dorongan nafsu-Nya Tuhan tidak ada nafsu seperti haiwan dan manusia Setiap yang terjadi dan yang akan terjadi kemudian adalah dengan kehendak-Nya Ciptaannya kecil dan besar sama sahaja, Dia kata "Jadi", jadilah benda itu Dia mentadbir, mengawal dan menjaga bukan hasil berfikir-fikir dan meneliti Kerana berfikir dan meneliti adalah dari akal Dia memang sudah sedia tahu dan bijaksana Tuhan tidak ada akal seperti malaikat dan manusia Setiap yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia Sekalipun debu yang halus ada hikmahnya Sama ada kita dapat fikirkan mahupun yang tersembunyi hikmahnya Ilmu-Nya maha luas tidak terbatas dan tidak berkesudahan Mengetahui yang ada dahulu, yang sedang ada mahupun yang akan ada, Sekalipun yang tiada Tuhan tahu Tidak ada sebesar habuk pun yang dilupakan Hidup-Nya tidak ada berkesudahan, kerana Dia hidup bukan dengan nyawa Dan tidak ada yang menamatkan kerana Dia adalah Tuhan, tiada Tuhan selain-Nya Ertinya tiada siapa yang berkuasa ke atas zat-Nya yang hendak mematikan Dia mendengar bukan dengan telinga, Tapi daripada zat-Nya yang bersifat mendengar Dia melihat tapi bukan dengan mata, tapi daripada zat-Nya yang bersifat melihat Sifat mendengar dan melihat-Nya Esa tidak berperingkat-peringkat Jauh dan dekat sama sahaja Tuhan bercakap atau mempunyai bahasa yang tersendiri Yang tiada siapa yang mengetahui sekalipun para malaikat Bahasa-Nya tiada yang dahulu dan tiada yang kemudian, tiada berlafaz dan tiada berhuruf, tiada perkataan Tiada bunyi dan suara, tiada koma dan full-stop Tiada permulaan dan tiada berkesudahan Tiada tanda tanya dan tiada tanda seruan Al Quran adalah bahasa malaikat dan bahasa rasul maksud dan mafhum daripada bahasa Tuhan Jadi bahasa juga tidak ada penyerupaan Maha Suci Tuhan Dia menghukum dengan keadilan-Nya, Memberi nikmat dengan rahmat-Nya Kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya mengatasi segala sifat-sifat-Nya yang lain Nikmat dan rahmat-Nya terus mengalir tidak pernah berhenti-henti sekalipun sedetik atau sekelip mata Kerana itulah nikmat-Nya tidak mampu untuk dihitung Nikmat nafas turun naik pun kita tidak dapat mengiranya Betapalah nikmat-nikmat yang lain lagilah terlalu banyaknya Dia adalah Pemberi rezeki, Pentadbir, Penjaga, Penyelamat, Pengawal, Dan menentukan segala nasib makhluk-makhluk-Nya Kalau satu detik pun kita terlepas daripada Tuhan pasti binasa. Aduh siapa Tuhan?! Dia adalah Maha Besar, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Perkasa Maha Gagah, Maha Hebat, Maha Pengasih Kasih-Nya kepada hamba-hamba-Nya lebih kasih daripada seorang ibu kepada anak-anaknya Patut kita jatuh hati kepada-Nya Bahkan cinta kepada-Nya Patut kita membesarkan, memuja, mengagungkan, menyanjung dan menyembah dan menakuti-Nya Dia adalah idola daripada segala idola yang ada di dunia Kita sangat perlu kepada Tuhan Kerana itulah kita mesti memperjuangkannya Hingga seluruh manusia mengenal-Nya dan mencintai-Nya dan menyembah-Nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

11 + nineteen =