KONSEP IBADAH SUDAH TERPESONG

Konsep ibadah sudah terpesong daripada makna asalnya Tujuan ibadah terutama sembahyang hendak menebalkan rasa kehambaan Ibadah dibangunkan supaya subur rasa rendah diri, takut, malu, rasa bertuhan, rasa lemah, harap, rasa diawasi, rasa dikuasai, rasa hina, rasa dilihat, rasa didengar Apa yang telah disebuntukan tadi sebahagian sifat-sifat kehambaan Kalau dari perbuatan ibadah tidak lahir rasa kehambaan Bilakah lagi seorang hamba hendak merasa perasaan hamba di dalam jiwa? Di masa berniaga, di masa bertani, di masa pejabat, di masa berjalan sudah tentu tidak mungkin dapat menajamkan rasa kehambaan Jika ibadah tidak menyuburkan rasa kehambaan, ibadah tidak akan memberi kesan Ibadah yang tidak berkesan tidak akan melahirkan akhlak yang mulia sekalipun banyak ibadahnya Ibadah yang tidak berkesan tidak akan merubah perangai buruk kepada baik Mengapa ibadah tidak berkesan? Ada beberapa sebab di antaranya ibadah itu tidak dihayati makna dan perbuatannya Hanya jadi latihan fizikal sahaja Ibadah itu dibuat dengan tujuan pahala atau fadhilat, kerana Syurga takut Neraka Bukan tujuan mengabdikan diri kepada Tuhan sebagai seorang hamba Tidak hairanlah orang yang beribadah masih mengumpat, menipu, rasuah, menghina, pemarah, hasad dengki, tamak, bakhil, tidak sabar, tidak berkasih sayang, tidak redha, tidak pemaaf dan lain-lainnya Ada lagi cara Tuhan hendak merasakan hamba itu rasa kehambaan Iaitu ujian-ujian yang berbagai-bagai bentuk dan ragam Di antaranya sakit, miskin, bencana alam, orang benci, harta kena curi dan lain-lain lagi Supaya hamba itu rasa lemahnya diri, tidak ada kuasa, tidak mampu menolak yang dibencinya Tidak mampu menolak takdir Tuhan Terasalah Tuhan itu Maha Berkuasa, Maha Hebat yang patut ditakuti Tapi dari ujian yang bermacam-macam ragam tidak melahirkan sifat hamba? Mengapa? Kerana tidak kenal Tuhan, tidak kenal peranan Tuhan Tidak ada ilmu tentang Tuhan, tidak tahu hikmahnya perbuatan Tuhan Maka sebab itulah daripada ujian boleh tidak mampu bersikap seorang hamba Ibadah pun tidak memberi kesan yang positif kepada peribadi Ujian pun demikian juga tidak mendidik manusia Kerana kedua-dua aspek tadi sudah disalah erti Ibadah dengan tujuan melahirkan rasa kehambaan bukan untuk mendapat pahala Ujian dengan tujuan didikan dan keinsafan bukan untuk kecelakaan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

13 + nine =