IBADAH HAJI YANG TIDAK MENGUBAH PERANGAI

Ibadah haji adalah kemuncak ibadah Bermula daripada pengakuan: Allah adalah Tuhan yang patut disembah, Nabi Muhammad Rasulullah Kemudian dimulai dengan ibadah sembahyang yang menjadi tiang seri seluruh ibadah Disusul pula ibadah puasa, kemudian zakat, penutupnya ibadah haji, semuanya menjadi rukun Islam, haji kemuncak ibadah Tujuan ibadah untuk melahirkan dua perkara yang utama Menajamkan rasa bertuhan, menebalkan rasa kehambaan Dua perkara ini ia lazim-melazimi, tidak boleh kedua-duanya bercerai perasaan Jika rasa bertuhan tajam, rasa kehambaan menebal Kalau rasa bertuhan tidak ada atau tipis, rasa kehambaan juga ikut sama tidak ada Dengan kata-kata yang lain jika wujud cintakan Tuhan dari ibadah, takutkan Tuhan ikut serta Hasil ibadah itulah yang menjadikan Tuhan redha pada seseorang hamba Di sini fahamlah kita tujuan ibadah untuk menebalkan rasa bertuhan, dan untuk menebalkan rasa hamba Side effectnya: Hamba itu merendah diri, pemurah, bertimbang rasa, pemaaf dan meminta maaf Ditambah lagi dengan sifat-sifat sabar, redha, tawakkal, bertolak ansur, kasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama Maka sombong, pemarah, riyak, ujub, bakhil, tamak, dengki, mementingkan diri, dendam dan lain-lain lagi sifat negatif secara otomatik musnah Di dalam sajak ini fokus kita adalah ibadah haji Haji ertinya menuju Allah secara rohaniah dan maknawiyah Ingin mencintai Tuhan yang bersifat kasih sayang kepada manusia Menuju Allah tafsirannya adalah hendak menebalkan lagi rasa bertuhan dan sekaligus menebalkan lagi rasa kehambaan Hasil dari itu dapat memiliki sifat-sifat mahmudah, sekaligus sifat-sifat mazmumah pun musnah Kalaulah ibadah dari sembahyang hingga ibadah haji dihayati Ia sangat berkesan di dalam jiwa dan hati, akhirnya di dalam kehidupan manusia Apabila sampai ke ibadah haji ia telah sampai ke kemuncak ibadah Rohaniahnya juga sepatutnya turut memuncak Pulang ke tanah air membawa jiwa yang suci murni Membawa sifat mahmudah yang tinggi, akhlak yang mulia, peribadi contoh Memiliki rasa cintakan Tuhan dan takutkan Tuhan telah sebati menjadi jati diri Mempunyai sifat dan rasa bertuhan memenuhi hati nurani Dapat merasa kehambaan menghayati hati sanubari Mereka pulang membawa sebahagian besar sifat-sifat malaikat berupa manusia Mereka menjadi role model di kalangan bangsanya untuk ditiru dan dicontohi Kalaulah mereka setiap pulang dari haji membawa sifat-sifat dan sikap seperti yang telah digambarkan tadi Makin ramailah bilangan bangsa itu menjadi role model untuk diikuti setiap tahun oleh bangsanya Jangka panjang bangsa itu akan berkasih sayang, rasa bersama, bekerjasama, bersatu padu Lahirlah kemajuan, bangunlah tamadun, bangsa bermoral dan bermaruah tinggi Semua golongan hidup aman damai dan harmoni Tapi ini yang terjadi kepada kebanyakan jemaah haji umat Islam seluruh dunia? Mereka pulang ke tanah air membawa perangai lama juga Ibadah mereka walaupun sudah sampai ke kemuncaknya iaitu ibadah haji perubahan sikap tidak ada Kerana itulah kehidupan umat Islam seluruh dunia berpecah-belah, mundur, akhlak rosak, hina, hidup porak-peranda Ibadah mereka tidak membawa erti apa-apa di dalam kehidupan mereka Kerana ibadah itu dibuat tidak dihayati bahkan sekadar faham tidak ada Ibadah yang tidak dihayati itu tidak dapat membangunkan jiwa bangsa seterusnya tidak dapat membangunkan kekuatan bangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15 − 8 =