HATI ORANG MUKMIN

Orang mukmin itu hatinya senantiasa gelisah Bukan gelisah kerana dunia dan bagaimana nasib di dunia di masa tuanya Resah dan gelisah dengan Tuhan dan hari Akhiratnya Berbagai-bagai perasaanlah yang dia rasa, Hingga harinya sibuk dengan Tuhannya Susah dengan dosa sama ada yag sudah dilakukan mahupun kalau terbuat di masa depannya Apakah Tuhan sudah terima taubatnya, hatinya berkata-kata senantiasa Ibadahnya apakah Tuhan terima? Amal kebajikannya apakah ikhlas dia membuatnya, Kerana tipuan syaitan dan hati amat halus Ikhlas di pangkal, rosak di dalam perjalanannya Selamat di dalam perjalanan, rosak pula di hujungnya Bagaimana nanti penutup hidupnya? Atau penutup umurnya Apakah husnul khaimah atau suul khatimah Sedangkan menuju Akhirat gangguan terlalu banyaknya Bukan saja ganguan luarnya tapi gangguan batinnya lagilah amat halus Kesalahan batin banyak yang tidak sedar berlaku Aduh hatinya gundah gulana saja selalu Selalu saja berombak, macam air laut Senantiasa berkocak tidak henti-hentinya Walaupun badan lahir sesama manusia, makan sama, berjalan sama, berbual sama, Tapi lautan hatinya bergelobang tidk sama Begelombang kerana takut dengan Tuhannya Kalaulah tidak gelombng besar, gelombang kecil pasti ada Kalaulah gelombang hati orang mukmin itu diperlihatkan kepada manusia bersamanya nescaya manusia tidak minat hendak bergaul bersamanya kerana orang yang bersamanya terganggu sama hatinya begitulah hati orang mukmin, walaupun bibirnya senyum tapi hatinya takut dengan Tuhan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

11 + sixteen =