Orang mukmin itu hatinya senantiasa gelisah
Bukan gelisah kerana dunia
dan bagaimana nasib di dunia di masa tuanya
Resah dan gelisah dengan Tuhan dan hari Akhiratnya
Berbagai-bagai perasaanlah yang dia rasa,
Hingga harinya sibuk dengan Tuhannya
Susah dengan dosa sama ada yag sudah dilakukan
mahupun kalau terbuat di masa depannya
Apakah Tuhan sudah terima taubatnya,
hatinya berkata-kata senantiasa
Ibadahnya apakah Tuhan terima?

Amal kebajikannya apakah ikhlas dia membuatnya,
Kerana tipuan syaitan dan hati amat halus
Ikhlas di pangkal, rosak di dalam perjalanannya
Selamat di dalam perjalanan, rosak pula di hujungnya
Bagaimana nanti penutup hidupnya?
Atau penutup umurnya
Apakah husnul khaimah atau suul khatimah
Sedangkan menuju Akhirat gangguan terlalu banyaknya
Bukan saja ganguan luarnya
tapi gangguan batinnya lagilah amat halus
Kesalahan batin banyak yang tidak sedar berlaku

Aduh hatinya gundah gulana saja selalu
Selalu saja berombak, macam air laut
Senantiasa berkocak tidak henti-hentinya
Walaupun badan lahir sesama manusia,
makan sama, berjalan sama, berbual sama,
Tapi lautan hatinya bergelobang tidk sama
Begelombang kerana takut dengan Tuhannya
Kalaulah tidak gelombng besar, gelombang kecil pasti ada
Kalaulah gelombang hati orang mukmin itu
diperlihatkan kepada manusia bersamanya
nescaya manusia tidak minat hendak bergaul bersamanya
kerana orang yang bersamanya terganggu sama hatinya
begitulah hati orang mukmin,
walaupun bibirnya senyum tapi hatinya takut dengan Tuhan

Kisah menarik di sini...

  • orang mukmin (3)
  • hati mukmin (2)