HARTA BENDA DUNIA UNTUK TUHAN

Marilah kita berusaha mencari harta benda dunia untuk Tuhan Di sini ada pahala, di sini juga ada kemajuan di sini ada keredhaan Tuhan di sini juga ada jalinan kasih sayang sesama insan Ia bukan untuk dicinta ia untuk ditadbir dan diagih-agihkan sesama insan untuk kasih sayang sesama Dari kasih sayang lahirlah perpaduan sesama insan Apabila diagih-agihkan untuk keperluan manusia kerana Tuhan di situ ada pahala Apabila diagih-agihkan untuk kepentingan manusia menjelmalah kemajuan bersama Oleh kerana agihan itu ada tujuan kerana Tuhan keredhaan Tuhan pun datang Agihan itu juga menjalinkan kasih sayang sesama manusia atau insan Sungguh indahnya hidup bersama harta kerana Tuhan Sekiranya ia ditadbir dengan bijaksana Faedahnya begitu global mencakup dunia dan Akhirat Dapat pahala, dapat keredhaan Tuhan dapat kemajuan dapat jalinkan kasih sayang sesama insan Hilanglah hasad dengki, hilanglah iri hati hilang benci-membenci hilanglah permusuhan Hari ini yang terjadi kerana harta datang hasad dengki menyerang Kerana harta datang berebut-rebutan pecah ukhwah, retak perpaduan Pecah-belah keluarga, renggang persaudaraan hilang kasih sayang sesama hamba Tuhan Kerana harta tercetus permusuhan datang perbalahan berlakulah pergaduhan Jadikanlah harta untuk keredhaan Tuhan jadikanlah harta untuk kasih sayang Jadikanlah harta untuk kemajuan jadikanlah harta untuk kepentingan bersama Dunia aman, damai, hidup rasa bersama bahagia dan harmoni Sungguh indah hidup bersama dunia untuk Tuhan ia selamat-menyelamatkan Rahsianya adalah cintakan Tuhan maka dunia ini akan dapat diagih-agihkan sesama insan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16 + 7 =