ERTI BERJUANG

Berjuang ertinya mengenalkan manusia Allah adalah Tuhannya Agar Tuhan disembah, diagung, dicintai dan diingati Hingga manusia merasakan Tuhan adalah idolanya Supaya hidupnya, matinya, tidak lain melainkan untuk Tuhannya Untuk memuja dan membesarkan Tuhan, syariat adalah jalannya Apabila Tuhan menjadi idola Manusia berlumba-lumba mencintai Tuhan untuk keredhaan-Nya Dari setiap manusia yang sama-sama mencari Tuhan, akan terjalin persaudaraan Makin ghairah manusia mencintai Tuhan, makin rapat manusia berkawan Ukhwah, perpaduan, adalah buah dari manusia sama-sama mencintai Tuhan Kalau begitu persaudaraan tidak perlu dikumandangkan Ukhwah tidak payah dislogankan Kasih sayang sesama manusia tidak perlu disibuk-sibukkan Berjuanglah mengajak manusia mencari Tuhan Berjuanglah mengajak manusia mencintai Tuhan Automatik persaudaraan terjalin Automatik ukhwah dan perpaduan akan berlaku sesama insan Itulah dia rahsia persaudaraan Itulah dia rahsia ukhwah dan perpaduan Iaitu manusia sesama manusia menjadikan Tuhan idolanya Sama-sama meminati Allah sebagai Tuhannya Mencari keredhaan Tuhan adalah rahsia perpaduan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4 × 3 =