BUKAN SENANG

Bukan senang orang yang berkuasa hendak adil, Tidak menyalahgunakan kuasa ketika berkuasa, Bukan mudah orang yang kaya hendak pemurah Kerana harta itu dicintai Bukan senang orang yang pandai hendak merendah diri, Kerana kepandaian itu membawa kemegahan, Mendorong sombong dan meninggi diri, Bukan senang hendak lahirkan rasa bertimbang rasa, Kerana manusia itu sifatnya mementingkan diri, Memikirkan diri sendiri, sayang dengan diri, Kalau berlaku juga ada beberapa faktor, Mungkin kerana nama, disayangi, takut tidak dihormati, takut tidak dipeduli, Atau takut dibenci atau takut dimusuhi, Kalau ia berlaku kerana faktor-faktor tadi, Ini tidak aci, tidak dapat pahala atau Tuhan tidak meredhai, Sungguh rugi tidak sampai dibawa mati, Jika ia terjadi kerana keredhaan Ilahi, Kerana takutkan Tuhan atau cintakan Rabbul izzati, Ia diberi pahala, Tuhan redha side effectnya manusia suka, Oleh itu buatlah kebaikan jangan kerana manusia, jangan kerana bangsa dan negara, Biarlah ia dibuat kerana Tuhan pencipta manusia, Manusia tetap ikut suka, Kita adalah ciptaan Tuhan, Biarlah hidup mati kita kerana Tuhan, Bukan kerana manusia dan negara Kalau mendapat untung hanya di dunia sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1 + 9 =