BERJUANGLAH UNTUK ALLAH

Berjuanglah hingga orang kenal Allah itu adalah pencipta segala-galanya Berjuanglah sehingga orang faham Allah itu adalah Tuhannya Berjuanglah hingga Tuhan disembah, ditakuti dan dicintai orang Berjuanglah hingga orang berbangga Bahawa Allah itu adalah Tuhannya, pemimpinnya, idolanya Bahkan Kawan Setianya Berjuanglah hingga orang menyerahkan Seluruh harta, tenaga dan jiwa raganya untuk-Nya Berjuanglah hingga syariat Tuhan sahaja Yang menjadi disiplin hidup mereka Selain syariat-Nya adalah tertolak Bahkan perosak manusia dan dunia Berjuanglah hingga manusia menyerahkan Seluruh hidup matinya untuk-Nya Berjuanglah hingga manusia merasakan bahawa Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa Kuasanya yang diberi sedikit oleh Tuhannya Bila-bila sahaja boleh ditarik balik oleh Tuhan pencipta manusia Berjuanglah hingga manusia Sabarnya, redhanya, syukurnya untuk Tuhannya Penyerahan diri kepada Tuhan secara total Berjuanglah hingga manusia membawa Tuhan ke mana-mana Hingga manusia menganggap Kawan Setianya yang membelanya Tidur bersama Tuhan, duduk bersama Tuhan, makan bersama Tuhan Berjalan bersama Tuhan, bermusafir bersama Tuhan Di waktu rehat bersama Tuhan Di waktu aman dan damai bersama Tuhan Di masa susah dan payah bersama Tuhan Berjuanglah hingga dirasakan Tuhan itu amat diperlukan Bahkan manusia tidak akan selamat dan hidup tanpa Tuhan Berjuanglah hingga manusia merasakan Tuhan adalah segala-galanya Berjuanglah hingga manusia seluruhnya Memburu keredhaan dan kasih sayang-Nya Hingga dengan itu manusia akan berkasih sayang sesama manusia Begitulah berjuang yang dikehendaki Tuhan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

one × 5 =