BERBAGAI BENTUK BAKHIL

Bakhil itu bukan hanya susah hendak memberi orang duit Berkira sangat dengan wang ringgit Kalau orang susah pun payah dia hendak memberi bantuan Bakhil semacam ini biasalah Tapi bakhil itu banyak kategori Bakhil itu bukan hanya berkira dengan duit sahaja Ada bakhil selain itu Tidak suka beri ilmu kepada orang kecuali dikenakan bayaran Payah senyum dan mesra dengan orang Payah hendak memberi tenaga untuk berkhidmat kepada orang Termasuk bakhil juga bakhil memberi nasihat kepada orang lebih-lebih lagi orang yang memerlukan Yang lebih besar daripada itu bakhil memberi kasih sayang kepada orang Sedangkan kasih sayang lebih diperlukan daripada wang Bahkan bakhil kasih sayang itu lebih banyak berlaku di zaman sekarang Kerana itu ramai orang sudah kehilangan kasih sayang Sebab zaman ini sudah ramai orang yang bakhil memberi kasih sayang Bahkan orang yang hendakkan kasih sayang pun bakhil memberi kasih sayang pada orang Bakhil kasih sayang adalah kemuncak kebakhilan Sebab itulah ramai manusia yang gersang jiwa daripada kasih sayang Kerana air kasih sayang sudah lama tidak disiram Hari ini berbagai bentuk bakhil telah berlaku Sekalipun di negara-negara umat Islam Sebab utamanya adalah cinta dunia Masing-masing memikirkan diri dan mengutamakan diri Hidup nafsi-nafsi, maka berlakulah berbagai-bagai bentuk kebakhilan di dalam kehidupan Akibatnya kasih sayang sudah semakin hilang Kesannya perpaduan semakin renggang Menjadikan kekuatan bangsa hilang Untuk memulihkan penyakit bakhil ini bukan senang Memerlukan seorang pemimpin membawa bangsanya berjuang ke arah pemurah dan kasih sayang Barulah ada kemungkinan pemurah dan kasih sayang itu berlaku di dalam kehidupan Sifat pemurah di semua aspek sangat diperlukan di dalam kehidupan Kerana itulah ia mesti diperjuangkan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7 + twelve =