ALLAHU AKBAR

Allahu Akbar satu sifat Tuhan, di dalamnya terkandung atau terhimpun seluruh sifat-sifat Allah yang sempurna Sebagai yang terpokok yang wajib diketahui itulah dia sifat Tuhan yang dua puluh Yang lebih terperinci ialah asmaul husna yang 99 Kalau secara detail Maha Besarnya Tuhan itu Dia mempunyai sifat-sifat yang sempurna yang tidak dapat dihinggakan Kerana itulah di dalam sembahyang perpindahan dari rukun ke rukun disuruh menyebut Allahu Akbar Di dalam apa sahaja kemenangan disuruh jangan tinggalkan menyebut Allahu Akbar Fahamlah kita Allahu Akbar, Tuhan ada mempunyai himpunan sifat-sifat yang sempurna tidak berkesudahan Menyebut sahaja Allahu Akbar, ertinya kita mengakui keseluruhan sifat-sifat kesempurnaan-Nya Allahu Akbar ini kalaulah Tuhan rasakan kepada gunung-ganang, hancur-luluhlah gunung Kalau Allah Taala rasakan kepada lautan, akan bergelombang besarlah laut, banjirlah dunia Matilah semua kehidupan di laut dan di daratan Jika kehebatan Allahu Akbar itu dirasakan kepada langit runtuhlah langit Berguguran segala matahari dan bulan dan seluruh planet, kiamatlah dunia sebelum Kiamat Kalau Allah Taala rasakan pula kepada bumi, bergerak dan bergelombanglah bumi, mati semua kehidupan Jika dirasakanlah kepada para binatang, akan matilah bergelimpangan di daratan dan di lautan Allah Taala rasakan kepada orang yang bertaqwa mengikut ketaqwaannya Tuhan sukat rasa itu mengikut peringkat-peringkatnya Kalaulah Tuhan rasakan kepda golongan yang bertaqwa Allahu Akbar itu lebih daripada yang sepatutnya Di waktu itu matilah mereka kerana tidak tahan dengan rasa kehebatan Allahu Akbar Maha Besar Tuhan, Maha Agung, Zat Yang Maha Esa Siapa sahaja tidak terasa kehebatan Tuhan, atau tidak gementar dengan kebesaran Allah Rohnya sudah mati sebelum kematian badannya Marilah kita berlindung dengan Allah, daripada tidak terasa kebesaran Tuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18 + 9 =