Usaha Taqwa Blog

MASALAH SEBENAR ADALAH TIDAK TAKUT TUHAN

Orang yang tidak takut dengan Tuhan, ia akan mempertuhankan dirinya sendiri. Sekalipun mulutnya tidak membuat pengakuan. Sedangkan bersikap ketuanan pun satu kesalahan, betapalah bersikap ketuhanan tentulah lebih salah, kerana dia telah melakukan perbuatan syirik yang tersembunyi.

MEMISKINKAN DIRI ITU ADALAH PERLU

Dunia ini Allah punya. Segala-gala yang ada di dalam dunia ini pun Allah punya. Bahkan, kita manusia ini pun Allah yang punya. Justeru itu pada hakikatnya, kita manusia tidak memiliki apa-apa. Sebaliknya kita dimiliki.

MENGAPA KITA MESTI UTAMAKAN AKHIRAT?

ALLAH SWT menyuruh kita utamakan Akhirat. Banyak sekali ayat ALLAH dalam Al Quran yang menyebut kebesaran Akhirat dibandingkan dengan dunia. Hingga kerana itu ALLAH sangat mengutamakan Akhirat dan memerintahkan kita berbuat begitu. Hal ini janganlah diragukan lagi. Dan jangan berdolak-dalih atau serba salah lagi.

APA ITU SEDERHANA DALAM ISLAM

Umumnya sebahagian ulama hari ini mentafsirkan kesederhanaan itu ialah 50-50. Dengan istilah yang masyhur itu, iaitu fifty-fifty, mereka pun membenarkan hal-hal seperti berikut berlaku dalam masyarakat umat Islam.