Usaha Taqwa Blog

APA TUJUAN BERKENAL-KENALAN SESAMA MANUSIA

Dalam Al Quran ada menyebutkan perkara yang berkaitan dengan berkenal-kenalan sesama manusia yang ayat ini nampaknya pendek tetapi ilmunya banyak. Ia dapat menggambarkan hidup manusia yang syumul dan global. Ia menggambarkan kehidupan manusia secara menyeluruh dan menggambarkan manusia di dalam pelbagai aspek kehidupan di dunia ini.

HIKMAH SETIAP KEJADIAN DARI TUHAN

Mari kita kita melihat apakah hikmah setiap kejadian yang berlaku pada diri kita dan sekeliling kita yang semuanya datang dari Tuhan untuk kita meningkatkan lagi rasa-rasa kehambaan dan rasa-rasa berTuhankan Allah supaya kita mendapat manafaat di sebalik kejadian, peristiwa dan perlakuan.

APA RAHSIA UNTUK BERSATU-PADU?

Telah menjadi fitrah atau tabiat semula jadi manusia, setiap orang, setiap kaum atau bangsa ingin bersatu-padu. Bahkan sebaliknya, tidak ada sesiapa pun walau apa kaum dan bangsanya, yang suka pada perpecahan. Lebih-lebih lagi kalau perpecahan itu hingga sampai membawa permusuhan dan peperangan.

KENAPA MINTA TOLONG DENGAN ALLAH UNTUK SABAR

Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah Ayat 45 yang bermaksud: Meminta tolonglah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya perkara ini sangat berat kecuali bagi orang yang khusyuk. Huraian ayat yang dipangkalnya iaitu meminta tolonglah kepada Allah.Tuhan menganjurkan kepada kita supaya kita meminta pertolongan kepada-Nya, supaya kita boleh bersabar.