Usaha Taqwa Blog

FAHAMI SYAHADAH UNTUK IBADAH YANG BERKESAN

Syahadah itu intipati dari Islam. Bila manusia sudah bersaksi bahwa Allah sebagai Tuhan, ertinya bukan mengaku begitu saja, tetapi mengakui seluruh sifat kesempurnaan Tuhan. Bukan saja mengaku, tetapi mesti faham dan yakin setidak-tidaknya 20 sifat yang wajib bagi Allah. Kalau begitu barulah dia akan menyembah dan beribadah kepada...

SIAPA SEBENARNYA PEMIMPIN KITA?

Di dalam Al Quran Surah Al Maidah ayat 55 hingga 56, menyebutkan 3 kategori pemimpin iaitu Allah, Rasulullah, orang Mukmin, iaitu orang mukmin yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan yang rukuk kepada Allah, yang tunduk dan patuh pada Allah.

DOSA YANG TIDAK DIPEDULIKAN

Semua umat Islam faham bahwa yang dimaksud dengan berdosa adalah bila manusia melanggar larangan-larangan Allah SWT dan meninggalkan perintah-perintah Allah yang berkaitan dengan amalan-amalan lahiriah. Tetapi berapa ramai umat Islam yang tidak mempedulikan dosa-dosa yang berkaitan dengan amalan batiniah.

PANDUAN MENYULUH DOSA LAHIR DAN BATIN

Kerana ilmu kita tak banyak, tak halus, banyak benda silap yang kita tak tahu, banyak ilmu yang seni-seni kita tak faham. Kita telah buat kesalahan tanpa kita sedar. Kita telah buat dosa-dosa besar tapi tak tahu. Kita banyak buat kesalahan dengan Tuhan tapi tak sedar. Jadi yang kurang...