MADAH

Kalau hati hendak senang dan tenang, ingatlah Allah banyak-banyak, lebih-lebih lagi mencintaiNya. Kalau nafsu hendak senang dan tenang, cintailah apa yang dimurkai oleh Allah. Kalau hendak mata senang dan tenang, cintai dan lihatlah selalu kehijauan dunia ini.

Kalau hati hendak senang dan tenang, ingatlah Allah banyak-banyak, lebih-lebih lagi mencintaiNya. Kalau nafsu hendak senang dan tenang, cintailah apa yang dimurkai oleh Allah. Kalau hendak mata senang dan tenang, cintai dan lihatlah selalu kehijauan dunia ini.

  • Ingatkanlah lebih dahulu nikmat dari Allah sebelum makan dan sebagainya, agar kita terasa tidak punya apa-apa barulah kita sedar Allah itu siapa.
  • Syukur nikmat dan kesabaran dalam ujian amat mudah diucapkan, tapi amat sulit dilaksanakan.
  • Jika kita marah pada seseorang, jangan sampai tidak nampak lagi kebaikannya. Begitu juga jika suka pada seseorang, jangan sampai tidak nampak lagi kelemahannya.
  • Kalau marah biarlah berpatutan, kalau suka biarlah juga berpatutan, supaya kita berada di dalam pertengahan. Sebaik-baik pekerjaan itu adalah pertengahan.
  • Di antara perkara yang mudah diceritakan susah diamalkan, ialah sifat sabar. Kerana sabar itu ada hubungan dengan hati. Hati ada perasaan, lidah tidak ada perasaan cuma ada sentuhan.
  • Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian, selalu dilakukan hati akan mati, dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
  • Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah, ia tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu, dan berazamlah, tidak akan mengulanginya lagi.
  • Tahu yang diri kita itu hamba, itu adalah ilmu. Merasa yang diri itu hamba, itu penghayatan. Yang kedua-kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, lalu syukur, takut, hina dan lain-lain sifat kehambaan.
  • Tahu Allah itu ada, percaya Ia bersifat ilmu, mendengar, melihat, berkuasa dan lain-lain lagi sifat-sifat Ketuhanan, itu adalah bersifat ilmu (tauhid ilmu). Merasa yang Allah itu sentiasa mengetahui, mendengar, melihat, berkuasa dan lain-lain lagi itu penghayatan (tauhid penghayatan). Daripada perasaan kedua inilah, seseorang itu akan dapat mengawal diri daripada kemungkaran lahir dan batin sekalipun seorang diri.
  • Kuat harap, takut, cinta seseorang itu pada Allah, akan mendorong dirinya mentaati suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Jika salah satu daripada tiga ini tiada, seseorang itu tidak akan menjadi orang yang taat sekalipun dia seorang yang Alim.
  • Di antara kebudayaan yang salah yang sering dilakukan oleh umat Islam tapi sudah tidak terasa lagi satu kesalahan, ialah: Manusia selalu mengucapkan,”Saya ikhlas ni.” Ikhlas bukan boleh diucapkan, ia adalah amalan hati Malaikat pun tidak tahu kerana ia adalah rahsia Allah, hanya Allah saja yang tahu. Kerana itu ikhlas mana boleh diaku-akui.
  • Orang yang ikhlas mengamalkan agama setiap masa, kerana Allah menghendaki demikian. Orang yang tidak ikhlas mengamalkan setelah terdesak, setelah kaedah-kaedah lain gagal berperanan.
  • Rasa kehambaan itu, bukan sekadar di dalam sembahyang saja tapi ia hendaklah dibawa ke mana-mana, kerana kita di mana-mana tetap saja hamba, agar sifat ketuanan tidak mengambil alih di dalam diri kita, supaya kita tidak sombong, megah, pemarah, hasad, sum’ah, ujub dan lupa daratan.
  • Janganlah jadikan Allah itu tempat mendesak tapi, jadikan ia tempat kita merendah diri, inginkan pimpinan, mengaku bersalah, mengaku lemah.
  • Selalu orang menangis kerana suami kurang simpati, isteri tidak menghormati, miskin papa orang tidak perduli, kena marah oleh ibu ayah, suami, bos tidak bertimbang rasa, sakit yang serius, kematian orang yang disayangi. Jarang orang menangis kerana dosa dengan Tuhan, keterlanjuran dengan orang, tidak dapat melaksanakan hukum Tuhan, amalan yang dibuat apakah diterima oleh Tuhan atau sebaliknya.
  • Kalau kita orang yang mewah janganlah kita berbangga. Allah boleh ambil sekelip mata. Kalau kita orang yang susah janganlah bersedih, Allah hendak meringankan bebanan kita dan Allah boleh memberi bila-bila masa.
  • Berzikir menyebut nama Allah, yang bermacam-macam sifatnya, dengan tujuan agar rasa bertuhan itu benar-benar menghayati hati (menghidupkan hati). Moga-moga dengan itu akan menyuburkan rasa kehambaan di dalam hati supaya dengan itu akan menghilangkan sifat sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi. Mazmumah itulah punca penyakit masyarakat.
  • Mukmin sejati (orang bertaqwa) selalu lapang dada, orang bersalah dengannya dimaafkan, dia bersalah kepada orang dia meminta maaf kepadanya, ujian yang tiba sabar menerimanya, ketentuan Allah dia redha, orang jahat didoakan agar mendapat hidayah, orang baik disokongnya, waktu susah dan senang sama saja, seperti mana dia diziarahi orang dia juga suka menziarahi, dengan orang Islam selalu baik sangka.
  • Sekiranya seseorang itu merasa tersiksa dengan pujian-pujian serta meminta ampun kepada Tuhan, dan rasa senang dengan kejian, rasa kehambaan benar-benar menghayati jiwanya.
  • Setiap orang itu dikatakan pemurah tidak sama ukurannya di antara satu sama lain. Perbuatan yang sama di antara beberapa orang di dalam mengorbankan harta, setengah orang sudah boleh dikatakan pemurah, tapi pada orang lain belum boleh dikatakan pemurah kerana kemewahan dan kesenangan di antara satu sama lain tidak sama.
  • Kita jangan terlalu bangga dengan jawatan tinggi, harta yang banyak, kemajuan yang pesat kerana tidak tahu apakah Allah menganugerahkan itu semua dengan rahmat-Nya atau dengan Istidraj-Nya. Diberi dengan rahmat ertinya diberi dengan kasih sayang. Diberi dengan Istidraj ertinya diberi dengan penipuan dari Allah atau kemurkaan dari Allah.
  • Sekiranya kita serba mewah kerana gaji lumayan, perniagaan besar, jawatan tinggi, serta kemudahan ada di tangan janganlah kita bersenang hati, insaflah! Kita berada dalam kekuasaan Tuhan bila-bila kita boleh dimatikan, sekelip mata kemewahan kita Allah boleh ambil. Oleh itu hendaklah kita sentiasa takut dengan Tuhan, taati Dia, bersyukurlah kepada-Nya agar kita sentiasa berada di dalam keredhaan-Nya selepas itu hendak jadi apa pun tidak mengapa.
  • Dahulukanlah hak Allah, kemudian hak manusia, selepas itu barulah hak kita begitulah yang dituntut oleh syariat kita. Siapa yang boleh melakukannya dia adalah orang yang pandai hidup.
  • Tidakkah kita merasa gerun, selepas nafas turun naik akan ditanya ke mana digunakan, setiap anggota akan dipersoalkan, setiap harta akan ditanya, setiap jawatan akan dipertanggung jawab di hadapan Tuhan. Setiap orang di bawah tanggung jawab kita akan dipersoalkan daripada sekecil-kecil habuk hingga sebesar mana pun semuanya akan digeledah, selongkar apakah kita rasa selamat? Tanyalah diri sendiri berdasarkan sikap dan tindak tanduk kita dari sejak baligh, kita dapat mengagaknya.
  • Manusia memberi makanan kepada binatang bermacam-macam cara adakalanya disuapkan ke dalam mulutnya, adakalanya dilonggokan di satu tempat, adakalanya diletakkan di sebuah bekas, adakalanya dilemparkan ke mukanya, adakalanya dilemparkan dan ditabur merata-rata. Pada haiwan itu mereka tidak terasa apa-apa yang mereka rasa, bangga mendapat makanan. Tidak terasa apa-apa, bagaimana dia diberi makanan. Begitulah Allah memberi rezeki kepada manusia bermacam-macam cara, ada secara bersih, ada secara kotor, ada secara separuh bersih dan separuh kotor, ada secara terhormat, ada secara terhina, ada secara rahmat, ada secara istidraj, tapi kebanyakan manusia tidak sedar. Kenali golongan yang sedikit yang mata hati terbuka.
  • Kalau kita bersandar dan menaruh harapan kepada makhluk seperti kepada suami, isteri, ibu bapa, pemimpin, kawan, kita akan kecewa. Suami boleh mati atau ceraikan kita, isteri boleh lari atau mendatangkan masalah kepada kita, ibu bapa boleh mati atau sakit yang serius yang tidak boleh bertanggung jawab, pemimpin boleh mati atau menzalimi kita, kawan boleh lari atau pergi meninggalkan kita atau sakit yang tiada berupaya membela kita. Oleh itu menyerah dirilah kepada Allah yang sempurna lagi berkuasa, yang tidak mati, tidak sakit, tidak tua dan tidak menzalimi kita.
  • Kalau kita manusia mahu berfikir tidak ada sebab mengapa manusia itu mahu sombong dan berbangga. Kejadian kita sama-sama hina dari air mani yang jijik. Kesusahan sama-sama kena bentuknya sahaja yang tidak sama, setengah orang miskin, ada setengahnya sakit ada setengah orang ditimpa bencana alam, ada setengah orang ditimpa serangan bermacam bala’, sama-sama terpaksa ke jamban. Ilmu bagaimana tinggi pun hakikatnya Allah yang memberi lahirnya ada orang lain mengajarnya bukan dapat sendiri, pangkat besar, harta yang banyak, sepertilah ilmu tadi. Kalau panjang umur sampai tua bangka yang tidak berguna, hanya menyusahkan keluarga menjaganya, selepas itu sama-sama merasa mati. Di dalam kubur belum tentu selamat daripada kena pukul, di Akhirat ke Syurga atau ke Neraka masih menjadi tanda tanya, apakah di dunia ini mahu sombong atau berbangga?
  • Banyak orang mencari kebahagiaan bukan dengan Tuhan tetapi dengan makhluk, padahal lumrah berlaku pada manusia, tapi manusia tidak juga mengambil iktibar dan pengajaran. Ada isteri cantik banyak kerenah pula. Banyak harta, ditimpa penyakit dengan bermacam jenis pula. Ilmu banyak, kerana kesombongan manusia benci pula. Pangkat tinggi, banyak pula orang benci kerana sikapnya. Akhirnya kebahagiaan diburutidak kunjung-kunjung tiba. Setengah orang setelah kemewahan dunia dimiliki, Allah datangkan seribu satu masalah pada diri. Kebahagiaan berkecai di dalam nikmat yang satu ada dan mewah pula. Oleh itu carilah Allah, Dia adalah sumber segala kebahagiaan.
  • Apabila nikmat dianugerahkan oleh Allah dengan rahmat, walaupun sedikit dia akan menjadi berkat. Apabila diberi dengan istidraj, berkatnya hilang masalah akan menimpa-nimpa datang, yang menjadikan nikmat yang banyak itu tidak ada ertinya lagi. Seseorang itu akan hidup sentiasa keluh-kesah di dalam nikmat yang banyak itu.
  • Ketika kita berhadapan dengan nikmat, hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya, tapi Allah telah mengurniakan. Ingatkan dalam hati ia datang dari Allah moga-moga kita bersyukur dan hendaklah rasa takut kerana kita tidak tahu apakah ia diberi dengan rahmat atau istidraj.
  • Janganlah rintihkan sesuatu yang terlepas daripada dunia seperti harta atau peluang naik pangkat, atau terputus cinta dan sebagainya, tapi rintihkanlah sesuatu yang terlepas daripada Akhirat seperti tidak dapat sembahyang jemaah, tidak dapat bangun tahajjud, tidak dapat berbuat baik kepada ibu bapak,tidak dapat bersedekah dan sebagainya.
  • Kutiplah sebanyak pahala yang diberi tanpa diusahakan. Ia merupakan hadiah percuma, daripada Tuhan Al Hannan Wal Mannan, seperti redha dengan ketentuan Tuhan, sabar dengan ujian-Nya, gembira dengan cercaan orang, benci dengan pujian, tawakkal kepada-Nya. Banyak orang tidak dapat mengutipnya, sayang sekali dia hilang percuma.
  • Jika sesuatu yang kita kehendaki belum dapat susah hati kita, sudah dapat bimbang kehilangannya. Kemudian apa yang didapati itu rasa tidak cukup, lebih-lebih lagi apa yang kita dapat itu tidak sebanyak orang lain dapat, timbul pula tamak memburunya. Sampai bilakah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan, sedangkan ketenangan dan kebahagiaan itu, suatu perkara yang tiada nilainya.
  • Seseorang itu menemui cintanya di waktu sunyi dan berdua-duaan, di situlah dia hendak melepaskan rasa cintanya. Begitulah kalau seorang itu menjadikan Allah cinta agungnya, tentu dia suka bersunyi dengan Tuhannya seperti di malam sepi. Di waktu itulah merintih, memuja, mengadu kepada cinta agungnya. Jika sepanjang malam seseorang itu membuat tahi mata membuta bukanlah Allah cinta agungnya, ada selain Allah cinta agungnya.
  • Biasanya seseorang itu jika terlalu cinta kepada isterinya atau kepada seseorang dengan mendalam sangat dia jaga perasaan isterinya atau cintanya. Apa yang diminta diadakannya, bahkan yang tidak diminta pun diberinya, arahannya dipatuhi, janjinya ditepati. Begitulah juga hamba Allah yang sangat cinta kepada-Nya, apa yang diminta ditunaikannya, bahkan yang tidak diminta pun dibuatnya, seluruh arahan-Nya dikerjakannya, segala yang dilarang ditinggalkannya, dicari-carilah apa yang diredhai-Nya, takut sekali kalau terlanggar apa yang dibencinya, Begitukah kita?
  • Daripada meratapi keluarga yang mati atau yang terpisah daripada kita, lebih baik meratapi diri kita sendiri apakah dosa kita diampuni Allah dan amalan kita diterima-Nya.
  • Buatlah baik tapi lupakan saja kerana amalan kita belum tentu diterima. Buat jahat jangan dilupakan, agar kita bertaubat, kerana kejahatan itu akan dihukum di Akhirat.
  • Berbuatlah kebaikan tapi jangan mengaku baik. Kalau kita buat baik mengaku jahat lebih baik daripada mengaku baik.
  • Kepercayaan bertuhan secara rambang semua orang mengakui sekalipun orang kafir, ini aqidah orang kafir. Kepercayaan bertuhan secara ilmu (aqli), setakat mengesahkan aqidah (asas aqidah), aqidah awamul muslimin belum ada kekuatan untuk beramal dengan serius. Rasa bertuhan itu aqidah orang bertaqwa, aqidah ini boleh kontrol diri dan ibadahnya sudah serius dan halus.
  • Orang yang rasa bertuhan setiap masa, orang ini dapat merasakan kehambaan setiap masa dan setiap tempat. Untuk mendapatkan kedudukan ini memerlukan latihan dan memerlukan pimpinan guru yang bertaqwa.
  • Setiap hamba Allah mestilah dapat mengekalkan rasa kehambaan setiap masa, agar dapat menghilangkan rasa kebesaran, sombong, riak, ujub, pemarah, yang sangat dilarang oleh Allah.
  • Banyak orang percaya dengan Tuhan, tapi acuh tak acuh dengan Tuhan, seolah-olah macam Tuhan tidak ada, justeru tidak merujuk kepada Tuhan, di dalam sebarang hal.
  • Setiap orang yang diberi kekayaan yang banyak, pangkat yang tinggi, kuasa yang besar, ilmu yang banyak, janganlah berbangga, justeru apa yang diberi oleh Allah itu, belum tentu dengan rahmat-Nya boleh jadi dengan istidraj-Nya.
  • Setiap satu ulasan nasi yang kita makan, walaupun yang menciptanya Tuhan Yang Maha Esa, tapi orang yang terlibat dengan satu ulas nasi itu mungkin puluhan atau ratusan atau ribuan orang, baru sampai ke mulut kita. Ertinya baru satu ulas nasi, sudah berapa banyak orang yang telah berjasa kepada kita, belum lagi perkara-perkara lain, tapi pernahkah kita berfikir dan sedar.
  • Setiap nikmat dari Allah yang sampai kepada kita itu, ribuan orang yang terlibat mengusahakannya. Kalau kita menggunakan akal pun, sudah cukup menginsafkan dan menyedarkan kita, yang mana kita patut malu hendak sombong dengan mereka, justeru kalau bukan kerja sama mereka, nikmat itu tidak akan sampai kepada kita.
  • Di antara kelebihan orang mukmin itu, ialah musuh sentiasa gelisah, dan tidak tenang berhadapan dengannya, sekalipun musuh-musuh itu sudah dapat mengalahkannya,betapa pula kalau mereka dikalahkan oleh orang mukmin.
  • Orang yang kuat jiwa kerana dengan Tuhan, mukanya selalu ceria sekalipun ia di dalam ujian, seolah-olah dia macam tidak ada masalah, yang dia selalu susahkan ialah dosanya.
  • Setiap nikmat dari Allah yang sampai kepada kita itu, ribuan orang yang terlibat mengusahakannya. Kalau kita menggunakan akal pun, sudah cukup menginsafkan dan menyedarkan kita, yang mana kita patut malu hendak sombong dengan mereka, justeru kalau bukan kerja sama mereka, nikmat itu tidak akan sampai kepada kita.
  • Di antara kelebihan orang mukmin itu, ialah musuh sentiasa gelisah, dan tidak tenang berhadapan dengannya, sekalipun musuh-musuh itu sudah dapat mengalahkannya, betapa pula kalau mereka dikalahkan oleh orang mukmin.
  • Orang yang kuat jiwa kerana dengan Tuhan, mukanya selalu ceria sekalipun ia di dalam ujian, seolah-olah dia macam tidak ada masalah, yang dia selalu susahkan ialah dosanya.

 

Kemudahan hidup yang tiada ketenangan tidak ada erti apa-apa ketenangan. Yang tiada kemudahan hidup masih memberi erti kepada manusia. Alangkah indahnya kalau dapat memiliki kemudahan dan ketenangan kedua-dua sekali.

  • Orang mukmin bagaimana hebatnya sekalipun, akan hilang terasa hebatnya kerana tenggelam di bawah kehebatan Tuhan.
  • Orang mukmin kalau dia dihina orang, dia tetap dapat menahan kemarahannya kerana dia merasa memang dia adalah hamba yang hina dan tidak ada harga, patutlah dihina.
  • Orang mukmin sejati itu kalaulah menasihat itu bukan satu kewajipan, rasanya hendak meninggalkan sahaja kerana sibuk menasihati diri sendiri.
  • Orang mukmin tidak terlonjak-lonjak dengan nikmat. Tidak menderita jiwanya dengan kesusahan. Tidak hilang pertimbangannya dengan lawan. Sentiasa senang, tenang dan dalam kebenaran.
  • Orang mukmin yang sejati itu bukan sahaja sangat menjaga mulut, mata, telinga dan lain-lain anggota lahir, tetapi gerakan hati dan fikiran pun sangat-sangat dijaga kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.
  • Orang mukmin yang sejati itu walaupun dia tidak menolak nikmat dunia, tetapi nikmat itu dia tidak jadikan rebutan. Dia boleh bertolak ansur dengan orang lain.
  • Orang yang ada empat isteri, ia sentiasa berada dalam suasana pengantin baru.
  • Orang yang alim kitab tapi bukan ahli fikir laksana mempunyai emas sebesar tempayan, orang ramai tidak dapat manafaat dari emas tersebut.
  • Orang yang baik itu, sesuatu dasar yang tidak baik itu akan diubah menjadi baik dan akan dijadikan landasan perjuangannya. Orang yang jahat itu walaupun sesuatu dasar itu baik, tetapi dia tidak akan mengambilnya sebagai jalan dalam perjuangan.
  • Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman,orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu.
  • Orang yang berakal tanpa agama adalah sesat, orang yang beragama tanpa akal adalah beku. Kahwinkanlah antara akal dan agama, maka akan lahirlah hikmah.
  • Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah.
  • Orang yang berlajar dengan kehidupan mendapat pengalaman. Orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu.
  • Orang yang bermadu itu macam orang makan madu, sekali-sekala tersedak juga oleh kerana manisnya.
  • Orang yang bertaqwa di dalam keadaan apa pun dia tenang sahaja.Susah dan senang sama sahaja. Di waktu senang tidak pula terlonjak-lonjak,di waktu susah tidak pula rasa derita. Mereka faham kerja-kerja Tuhan kepada mereka. Mereka boleh menerima apa sahaja dari Tuhannya.
  • Orang yang ego atau sombong dengan tujuan hendak jaga wibawa, padahal dia telah menjatuhkan wibawa diri, menjadikan orang bertambah benci dan menjauhkan diri.
  • Orang yang gila dunia diserahkan dunia kepadanya,nescaya dunia itu untuk dia.Bila seorang itu telah benci dengan dunia, serahkanlah dunia kepadanya, nescaya dunia itu dia akan agih-agihkan sesama manusia.
  • Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa.
  • Orang yang ingin hidup kerana hidup, tidak sama dengan orang yang mahu mati kerana hidup. Lebih-lebih lagi tidak sama orang yang mahu hidup untuk mati.
  • Orang yang jiwanya mati, lebih susah untuk diurus daripada orang mati. Orang mati ditanam saja, orang yang jiwanya mati, hendak ditanam nyawanya ada. Hendak dimanafaatkan tidak memberi guna. Hendak dipasung akalnya ada. Akibatnya menyusahkan masyarakat.
  • Orang yang jiwanya rasa kehambaan sangat tajam, atau rasa bertuhannya sangat tebal, apa sahaja yang berlaku pada dirinya, sama ada yang dia lihat, dengar, rasa, tahu semuanya menjadi pengajaran kepadanya.
  • Orang yang jiwanya rosak, jika berkumpul padanya harta dan kuasa, ia akan banyak merosakkan orang lain.
  • Orang yang jujur dan berakhlak itu, setiap hati tetap mengakui kejujurannya dan kebaikannya, sekalipun yang menentangnya. Orang yang khianat dan rosak akhlaknya itu, setiap hati tetap menganggap jahat dan khianat, sekalipun orang yang menyokongnya.
  • Orang yang kenal orang yang membawa kebenaran, tapi menentangnya kerana hasad dengki, orang ini lebih jahat daripada seseorang yang menentang pembawa kebenaran kerana jahil tentang kebenaran yang dibawanya. Orang ini setelah dia kenal kebenaran orang itu dia akan menyokongnya.
  • Orang yang kuat jiwa (kerana kuat dengan Tuhan) mukanya sentiasa ceria sekalipun ia di dalam ujian seolah-olah dia macam tidak ada masalah, yang dia selalu susahkan ialah dengan dosanya.
  • Orang yang mementingkan diri, hakikatnya ia mempertuhankan dan menyembah diri sendiri, tapi ia tidak sedari.
  • Orang yang menentang kebenaran yang dia tahu orang itu membawa kebenaran tapi kerana hasad dengki. Dia menentang orang itu. Biasanya orang ini mudah jatuh kepada sifat munafik.

Madah Abuya Ashaari Muhammad

  • Mata lahir macamlah lampu kereta, kalau selalu sahaja main-main lampu itu akan melemahkan bateri, begitulah kalau mata lahir selalu sahaja main-main tengok yang haram ia akan melemahkan mata hati.
  • Mata lahir nampak. Mata hati tidak nampak tapi pandangannya tembus.
  • Melahirkan orang pandai sahaja mudah, tapi melahirkan orang pandai yang jujur dan merendah diri, payah. Melahirkan para pemimpin mudah, melahirkan pemimpin yang adil, jujur, merendah diri, penyayang payah. Melahirkan orang kaya mudah, tapi melahirkan orang kaya yang pemurah dan tawadhuk payah.
  • Melihat orang susah biasa sahaja,tidak terasa simpati dengan kesusahan adalah salah,kalau mampu membantu tetapi tidak membantu lagilah bersalah.bukan sahaja sikap itu dibenci Tuhan,dia sudah tidak lagi perikemanusiaan.
  • Memadailah seorang pemimpin itu mempunyai seorang sahabat yang setia daripada peminat yang ramai tetapi hanya mabuk dengan pidato-pidatonya.
  • Membangunkan insaniah manusia, hingga dapat melahirkan hamba Allah yang berilmu dan bertaqwa. Ini memerlukan kesedaran, kefahaman, keyakinan, penghayatan, latihan istiqamah, guru yang bertaqwa dan doa.
  • Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya,membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak dapat mencurinya, kalau dibahagikan kepada orang ia akan bertambah.Ilmu tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.
  • Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya. Membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak dapat mencurinya. Kalau dibahagikan kepada orang ia akan bertambah. Ilmu tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.
  • Membuang sifat marah tidak mungkin kerana ia fitrah semulajadi manusia. Yang salah melajakkan sifat marah. Allah berfirman maksudnya: “Orang Mukmin itu membenamkan sifat marah.”
  • Membuat kesalahan kerana tidak tahu, adalah satu kesalahan, salah kerana tidak belajar. Membuat salah sesudah belajar, yakni buat salah setelah sedar, adalah salah besar.
  • Memikirkan kebaikan lebih mudah daripada membuat kebaikan. Membuat dan menjiwai kebaikan lebih susah lagi daripada itu.
  • Mencari ilmu tidak ada salahnya, yang salah kerana ilmu korbankan iman. Mencari rezeki memang tidak salah, yang salahnya kerana rezeki korbankan maruah. Membangun tidak dilarang adakalanya fardhu kifayah, yang dilarang ialah kerana membangun rosak syariat dan akhlak. Bergaul dengan orang kafir atau fasik tidak menjadi satu kesalahan, yang menjadi kesalahan itu bila bergaul dengan mereka korbankan prinsip. Mencari kekayaan bukanlah satu kesalahan, yang salah itu mencari kekayaan tidak kira halal haram. Kita mendapat pangkat bukanlah satu kesalahan, yang salah itu kerana pangkat melanggar tata susila dan menjatuhkan orang lain.
  • Mengawal mulut lebih mudah daripada mengawal mata. Mengawal mata lebih mudah dari mengawal hati.
  • Mengetahui itu dengan akal, dan mengenal itu dengan hati, sebab itu orang yang kenal Allah akan takut Allah, orang yang tahu dengan Allah dia tidak rasa takut dengan Allah.
  • Menghimpun orang untuk mendengar kebaikan adalah mudah, tetapi menghimpun orang untuk membuat kebaikan adalah payah.
  • Menjaga dan mengurus harimau, ular dan perkara atau makhluk yang merbahaya lebih selamat daripada menjaga dan mengurus dunia. Kerana orang sedar makhluk-makhluk tadi merbahaya, orang sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak memudaratkannya tapi dunia hati manusia cenderung, mata senang melihat, nafsu suka dan kebanyakan manusia tidak terfikir merbahaya akibatnya dunia merosakkannya.
  • Menuntut ilmu walau dibidang apa sekalipun disuruh Tuhan, bukan menuntut ilmu dengan tujuan makan gaji atau cari makan. Menuntut ilmu itu satu kewajiban dari perintah Tuhan.

Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah.

  • Merintihlah atas dosa, kerana itu lebih baik daripada bertasbih kepada Allah.
  • Miskin harta tidak mengapa, tapi jangan miskin idea dan jiwa. Miskin idea buntu di dalam kehidupan. Miskin jiwa mudah kecewa dan derita akhirnya putus asa yang sangat berdosa.
  • Nafsu cuma mengajak kepada kejahatan,tapi tidak kepada kebahagiaan. Sebab itu orang jahat selalu sahaja gelisah,walaupun ia dikelilingi oleh kemewahan hidup.
  • Nilaian pandangan di antara mata, akal, nafsu, jiwa tidak sama. Masing-masing ada ukuran yang tersendiri, tapi pandangan hati yang bersih itulah yang benar dan hakiki
  • Orang kampung banyak bersandar kepada tradisi manakala orang bandar banyak bersandar kepada pengetahuan dan pegalaman.
  • Orang kaya yang paling malang ialah yang suka menyimpan saja hartanya. Bakhil dengan diri sendiri dan dengan orang lain apatah lagi.

 

Masa itu adalah umur kita, kalau kita tidak mengisi masa dengan sebaik-baiknya bererti kita telah mensia-siakan umur kita.

• Kesusahan yang belum tiba,jangan diandai-andaikan, hati menderita sebelum masanya. Kesenangan-kesenangan yang akan datang, jangan difikirkan. Nanti bila sampai masa tidak kunjung tiba kita kecewa. Yang baik terimalah dan redhalah apa yang ada di depan kita, hati kita akan senang sepanjang masa.

• Ketenangan akan datang dalam diri bilamana dapat dirasakan, segala yang datang itu hakikatnya dari Allah jua.

• Kita beribadah dengan tujuan menyembah Allah yang memang patut disembah. Jangan pula kita beribadah itu untuk menyembah nafsu kita dengan cara membina mazmumah.

• Kita ini ibarat kereta yang sedang berjalan menuju ke distinasinya, yang dibelakang makin jauh ditinggalkan, yang dituju makin dekat. Begitulah manusia, perjalanannya makin dekat ke kubur, rumah, keluarga dan harta makin jauh ditinggalkan tapi manusia tidak terasa pun hendak mencari bekal untuk di bawa kesana.

• Kita jangan terlalu bangga dengan jawatan tinggi, harta yang banyak, kemajuan yang pesat kerana tidak tahu apakah Allah menganugerahkan itu semua dengan rahmatNya atau dengan istidrajNya. Diberi dengan rahmat ertinya diberi dengan kasih sayang.

• Kita perlu pada orang yang pandai, tapi biasanya orang yang pandai susah dipimpin.

• Korbankan hak adalah sifat bertolak ansur,korbankan hak ada unsur-unsur berlapang dada, korbankan hak jiwa terbuka, korbankan hak memberi manusia atau orang lain gembira,korbankan hak ramai orang senang dan suka. Orang yang korbankan hak orang yang tiada kepentingan peribadi didunia. Korbankan hak boleh melahirkan kasih sayang sesama manusia.

• Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

• Lebih baik kena nasihat daripada memberi nasihat, kerana memberi nasihat susah hendak menjaga daripada merasa kelebihan diri. Baik di luar rosak di dalam, tiang nampak di luar bersih dan berkilat, di dalam penuh dengan bubuk dan ulat.

• Letakkan dunia itu di tangan,Akhirat di hati,supaya dunia itu senang dibagi-bagi dan akhirat dibawa mati

• Lidah walaupun lembut tidak bertulang, peranannya hebat sekali, boleh membunuh dan boleh menghidupkan. Boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan. Boleh menghina dan boleh memuliakan. Boleh mempesona dan boleh meliarkan. Boleh menghasut dan boleh memujuk. Maka gunakanlah lidah dengan sebaik-baiknya.

• Lupakan saja amal bakti kita kepada Tuhan, dan budi kita kepada manusia, kerana semuanya itu kepunyaan Allah yang disalurkan kepada kita. Tugas kita, syukurlah kepada Allah banyak-banyak, kerana rahmat dan nikmat-nikmat itu disalurkan kepada kita.

Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa.

• Lupakanlah nikmat dunia yang sudah luput, jangan susahkan hati dengan nikmat yang belum ada, gunakanlah nikmat dunia yang dalam tangan untuk kebajikan, agar hati tenang.

• Luruskanlah perjalanan lahir dan batinmu kerana jalan Allah itu adalah lurus. Jalan syaitan dan kekufuran itu banyak, pilihlah yang mana satu hendak ditempuh. Tapi jalan Tuhan itu hanya satu, tidak ada pilihan. Kalau tidak boleh menempuhnya pasti terpilih salah satu jalan syaitan dan kekufuran

• Mabuk arak dilaknat. Mabuk betina dimurkai. Mabuk Allah disukai.

• Mabuk cinta hingga menjadi gila, adalah dibenarkan tapi hanya kepada Tuhan.

• Makanan dan minuman makanan jasad. Ilmu dan pengalaman makanan akal. Iman makanan roh.

• Makhluk yang lemah selalunya hidup bermasyarakat,atau beramai-ramai.Buktinya seperti semut. Makhluk yang gagah selalunya hidup bersendirian,seperti singa. Begitulah keadaan para ulama dan orang besar,Susah hendak disatukan, kerana dia rasa dirinya besar dan mulia.

• Maksiat hati kerana ia bersifat maknawiah dan rohaniah yang tidak dapat dilihat oleh mata yang susah hendak difikirkan oleh akal, selalu sahaja terabai dan terbiar. Tidak ada orang bahkan yang punya diri sekalipun sibuk-sibuk hendak membanteras gejala-gejala hati ini. Padahal penyakit masyarakat pokoknya dari sini. Kalau penyakit sahaja yang hendak dibanteras ibarat pokok kayu yang merbahaya, hanya kita buang daun-daun dan ranting-rantingnya sahaja sedangkan pokoknya masih dibiarkan hidup.

• Manusia bukan tidak tahu selepas muda pasti tua. Tapi dia lupa tua akan datang diwaktu mudanya. Dia pun membuang-buang tenaga dan masa diwaktu mudanya, seolah-olah merasakan masa muda selama-lamanya. Apabila tua datang, baru dia menyesal ingin kembali kepada zaman mudanya untuk menebus kembali segala yang disia-siakan tapi angan-angan yang sia-sia itu tiada gunanya. Menyesal tidak berkesudahan

• Manusia yang selalu berubah ialah kaum wanita sebab jiwanya lemah, fikirannya cetek. Sebab itulah sikapnya selalu mengecewakan kita kecuali perempuan yang beriman.

• Marilah kita menjadi orang yang berilmu supaya kenal Tuhan, cinta kepadaNya, takut terhadapNya, tunduk kepadaNya.

• Masa itu adalah umur kita, kalau kita tidak mengisi masa dengan sebaik-baiknya bererti kita telah mensia-siakan umur kita.

• Masa yang berlalu jarang di rasakan telah hilang dari kita. Masa yang akan datang terlalu yakin kita menguasainya.

 

Masa itu adalah umur kita, kalau kita tidak mengisi masa dengan sebaik-baiknya bererti kita telah mensia-siakan umur kita

• Kalaulah kejahatan dan kebaikan itu dinilai dengan akal, seluruh kebaikan dan kejahatan tidak akan dapat dinilai dengan tepat, akan berlakulah sebahagian kebaikan dianggap kejahatan, dan sebahagian kejahatan dianggap kebaikan, dan berlakulah krisis nilai yang akan membawa krisis moral dan masyarakat. Oleh itu ukurlah dengan neraca iman dan syariat.

• Kalaulah makanan itu, ubat pun dicampur, racun pun dicampur, kemudian disajikan. Yang berpengaruh adalah racun, bukan ubat. Begitulah apabila masyarakat itu, yang negatif pun disajikan, yang positif pun disogokkan. Maka yang berpengaruh kepada masyarakat ialah yang negatifnya.

• Kalaulah manusia di dunia ini merasakan manusia satu sama lain perlu-memerlukan, secara langsung atau tidak secara langsung. Ya, memang begitu keadaan manusia hakikatnya. Sudah tentu manusia ini akan hidup sebagai satu keluarga dengan penuh kasih sayang dan timbangrasa serta kerjasama.

• Kalaulah manusia di dunia ini merasakan manusia satu sama lain perlu-memerlukan, secara langsung atau tidak secara langsung. Ya, memang begitu keadaan manusia hakikatnya. Sudah tentu manusia ini akan hidup sebagai satu keluarga dengan penuh kasih sayang dan timbangrasa serta kerjasama.

• Kalaulah terpaksa memilih salah satu daripada dua perkara, jika ditinggalkan dosa kurang berkemajuan, jika membuat dosa pesat kemajuan, orang mukmin memilih biarlah kurang kemajuan asalkan dosa dapat ditinggalkan.

• Kasih sesama manusia saluran hiburan bagi jiwa.

• Kasih terhadap ibu ayah kerana fitrah semula jadi. Kasih terhadap isteri kerana nafsu. Kasih terhadap orang yang pernah menolong kita kerana budi atau kerana akal.

• Kaya hati lebih baik daripada kaya harta, kerana kaya hati membawa ketenangan. Kaya harta membawa keresahan, Cuma ia memberi kemudahan hidup.

• Keamanan tidak akan wujud selagi pengawal keselamatan dan penjaga keamanan sendiri belum selamat dan aman.

• Kebanyakan manusia berbangga dengan kemerdekaan dan kebebasannya, tapi mereka tidak sedar setiap hari mereka menjadi tawanan nafsu dan syaitan.

• Kebanyakan manusia, antara satu sama lain dekat di mata jauh di hati.Sedikit sekali yang jauh di mata dekat di hati. Dan lagi sedikit dekat di mata dan dekat di hati.

• Kebanyakan orang menghias diri lahirnya dengan pakaian yang cantik dan indah, kerana hati setiap orang minta dipuji. Tetapi badan lahir mereka iaitu hati tidak dihias dengan sifat mahmudah tetapi dihias dengan sifat mazmumah. Kerana kebanyakan manusia tidak perlu Tuhan memujinya. Ini menunjukan aqidah orang ramai sudah punah.

• Kebanyakan pemimpin rosak selepas berkuasa, kerana tidak tahan berhadapan dengan pangkat dan harta, sebab itu jangan terlalu ghairah dengan kuasa. Jika kita lihat pihak berkuasa salah menggunakan kuasa, nasihatkan saja serta doakannya, tidak payah rebut kuasa yang ada ditangannya.

• Kebenaran itu sangat mahal harganya, siapa hendak memilikinya terpaksa menempuh jalan-jalan yang bahaya, menyusahkan, menjemukan, siapa tidak tahan menempuh jalan itu tidak akan dapat dimiliki kebenaran itu.

• Kebenaran itu sebenarnya indah. Untuk memilikinya tidaklah mudah, terpaksa menempuh jalan yang susah. Jalan yang susah itulah ramai orang yang gagal menempuhnya.

• Kebenaran itu sebenarnya indah. Untuk memilikinya tidaklah mudah, terpaksa menempuh jalan yang susah.Jalan yang susah itulah ramai orang yang gagal menempuhnya.

• Kebiasaan ulama tidak rasmi terutama golongan sufi ada pengikut dan dihormati. Sebaliknya ulama rasmi tidak ada pengikut, cuma ia ditakuti kerana ada cemeti.

• Kehendak nafsu nampak lahirnya seronok, tapi apabila dilaksanakan tidak ada kepuasan. Kehendak hati yang murni nampak pada lahirnya mendapat kepuasan dan ketenangan.

• Keindahan beristeri itu akan terasa selalu kalau ia ditinggal-tinggalkan sebab kasih akan berbunga kembali.

• Kejahatan lahir boleh ditumpaskan dengan peraturan, larangan dan hukuman. Kejahatan hati hendaklah ditumpaskan dengan didikan iman.

• Kejahatan-kejahatan yang lahir di tengah masyarakat atau kehidupan ini bermula daripada kejahatan hati. Oleh itu di samping memikirkan kejahatan lahir jangan lupa memikirkan kejahatan hati.

• Kejayaan puasa itu diukur setakat mana nafsu dapat dikembalikan kepada fitrah semulajadinya yang suci murni. Pantang larang puasa itu hanyalah untuk mengekang dan menyakitkan nafsu supaya ia terdidik. Yang menghijab kita dengan Tuhan ialah nafsu, kita ikut kehendaknya yang akhirnya kita mengangkatnya menjadi Tuhan

• Kejayaan sewaktu perjuangan kebenaran itu, hanya akan tercapai, bilamana anggota-anggotanya terhindar daripada dosa. Berhikmah dalam bertindak dan ada melakukan khidmat masyarakat.

• Kekayaan dan kesenangan kalau diberi dengan cara rahmat, ia akan diberkati sekiranya ia diberi dengan secara istidraj, ia akan dilaknat dan akan berlaku nanti bermacam-macam masalah yang menyusahkan.

• Kekuasaan seseorang pemimpin itu sebenarnya bukan melambangkan kekuasaan dan kebesaran dirinya tapi menggambarkan kekuasaan dan kebesaran Allah Taala. Kalau seseorang pemimpin itu bersikap kuasa yang ada padanya menggambarkan kekuasaan dan kebesaran dirinya dia adalah seorang yang sombong dan takabur.

• Kemudaan akan hilang. Kecantikan akan pudar. Kekuatan akan lemah. Tua akan datang. Kematian pun datang tiba-tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan?

• Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kepada kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

• Keseronokan nafsu selalunya diakhiri dengan penderitaan dan penyesalan. Keseronokan jiwa membawa kebahagiaan yang abadi.

• Kesusahan adalah pengajaran dan didikan,kesenanagan adakalanya merosakkan iman.

 

Kebenaran itu sangat mahal harganya, siapa hendak memilikinya terpaksa menempuh jalan-jalan yang bahaya, menyusahkan, menjemukan, siapa tidak tahan menempuh jalan itu tidak akan dapat dimiliki kebenaran itu.

• Kalau dia baik, maka dia menyangka baik pada orang lain. Kalau dia jahat, dia akan sangka jahat pada orang lain.

• Kalau hiburan itu dirangsang oleh nafsu, selepas berhibur jiwa rasa gelisah. Jika hiburan itu mendarah daging, jiwa resah tidak tentu punca, akhirnya mudah marah-marah, jiwa sensitif, mudah tersinggung, mudah merajuk, mudah kecewa, kemuncaknya mudah putus asa.

• Kalau isteri-isteri yang bermadu itu boleh tolak ansur tentang haknya kerana sesuai dengan kedudukannya, ini menunjukkan perempuan luar biasa. Tapi kalau hanya sanggup sama rata menerima haknya semata-mata ini perempuan biasa, dan kalau meminta lebih dari haknya, ini perempuan mementingkan diri.

• Kalau kita meminta kepada Allah begian-begian selagi halal, iaitu kita menentukan kehendak kita, kita harap Allah tunaikan bukanlah satu kesalahan. Tapi yang baiknya sebagai beradab kita meminta kepada Allah menentukan apa yang baik untuk kita, justeru kehendak-kehendak kita tidak terlepas daripada nafsu.

• Kalau kita berjaya dalam sesuatu pimpinan atau berjaya dan dapat bantuan dalam satu-satu hal jangan mudah dikaitkan dengan keutamaan diri kita kerana pernah pemuda bertemu dengan Nabi Khidir a.s. lantas bertanya: “Mengapa saya dapat bertemu tuan?”. Nabi Khidir menjawab,”Dengan berkat ibumu.”

• Kalau kita bersandar dan menaruh harapan kepada makhluk seperti kepada suami, isteri, ibu bapa, pemimpin, kawan, kita akan kecewa. Suami boleh mati atau ceraikan kita. Isteri boleh lari atau mendatangkan masalah kepada kita. Ibu atau bapa boleh mati atau sakit yang serius yang tidak boleh bertanggungjawab. Pemimpin boleh mati atau menzalimi kita. Kawan boleh mati atau pergi meninggalkan kita, atau sakit yang tiada berupaya membela kita. Oleh itu menyerah dirilah kepada Allah yang Sempurna lagi Berkuasa yang tidak mati, tidak sakit, tidak tua dan tidak menzalimi kita.

• Kalau kita hendak bandingkan perjuangan untuk memburu dunia dengan memburu Akhirat,memburu dunia lebih lagi susah dan payah. Tapi manusia itu kerana memburu dunia sanggup bersusah-susah. Apabila memburu Akhirat banyak berhelah. Contohnya untuk mengerjakan sembahyang Subuh, lebih ringan dan mudah jika dibandingkan dengan pergi ke laut menangkap ikan. Tapi orang lebih sanggup ke laut daripada sembahyang Subuh.

• Kalau kita kuat apalah salahnya kita mengaku lemah,lebih-lebih lagi kalau kita lemah.Bukankah mengaku lemah itu sifat hamba? Mengekalkan sifat hamba itu kesukaan Allah.

• Kalau kita memberi nasihat tidak merubah jiwa orang, samada, kita yang bersalah atau para yang mendengar yang salah atau kedua-duanya yang bersalah. Di antara sebabnya kerana hati kita cinta dunia.

• Kalau kita orang yang mewah, janganlah kita berbangga Allah boleh mengambil sekelip mata, kalau kita orang yang susah janganlah bersedih Allah hendak meringankan beban kita, dan Allah boleh memberinya bila-bila masa.

• Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia, yang bersifat sementara,kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selama-lamanya. Terimalah sedikit kesusahan di dunia yang sementara, dalam menegakkan kebenaran, untuk terlepas daripada kesusahan akhirat, yang berkekalan.

• Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.

• Kalau orang alim tidak sedar akan kealimannya (tidak mengaku alim) ini petanda baik, tapi kalau orang bodoh tidak sedar akan kebodohannya ia sangat pelik.

• Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghinakan dirinya sendiri.

• Kalau para pengikut pada seorang pemimpin mabuk dengan pidato dan ucapannya tapi tidak mabuk dengan amal dan akhlaknya, menunjukkan pengikutnya itu tidak boleh diharapkan.

• Kalau perempuan yang tua itu terlalu suka bersolek, mengikut saikologi dia susah hati kehilangan mudanya

• Kalau seorang isteri itu dapat dinikmati bersama oleh orang lain walaupun setakat memandangnya, suami dayus namanya, isterinya khianat.

• Kalau seorang pemimpin itu diikut kerana pidatonya bukan kerana akhlaknya, jangan kita menaruh harapan sangat terhadap kesetiaan mereka itu.

• Kalau seorang pemimpin itu mabuk dengan pengikut atau peminat yang ramai, alamat dia tidak akan sanggup menegur dan mendisplinkan pengikut-pengikutnya.

• Kalau seorang perempuan keluar dengan bersolek dan menampakkan auratnya, disenangi pula oleh suaminya, menunjukkan jiwa suaminya telah mati, dayus namanya kerana sanggup jadikan isteri saham bersama, cuma dia dapat saham lebih utama.

• Kalau seseorang itu amalan dunia serius dibuatnya, dihalusi dan dipercantik, diperbanyak dan diperluaskan, dijaga dan dikawal tapi amalan akhirat dibuat cincai-cincai, tidak dihalusi dan dipercantik tidak dijaga dan dikawal tanda orang itu akan menyesal di Akhirat kelak.

• Kalau seseorang itu dianggap bodoh kerana tidak membuat persiapan di hari tua yang masanya terlalu terbatas.Logiknya lebih bodoh lagilah orang yang tidak membuat persiapan di waktu selepas mati yang masanya tidak berkesudahan.

• Kalau seseorang itu ghairah sangat menasihati orang lain dengan melupakan diri sendiri menunjukkan perjuangannya itu ada kepentingan diri yang tersembunyi.

• Kalau seseorang itu membuat kerja yang dia tidak suka, tapi kena buat juga mungkin dipaksa atau kerana terpaksa untuk sara hidup, boleh jadi banyak perkara, kalau dilakukan bertahun-tahun lamanya, apabila tidak ada iman atau ada tapi lemah, jiwa dia akan derita, jiwa tidak tenang, kesannya menjadi orang emosional, pemarah, kecewa dan putus asa.

• Kalau seseorang jatuh hati kepada seseorang kerana kecantikannya, menunjukkan kasih sayang berdasarkan nafsu. Jika seseorang itu jatuh hati kepada seseorang atas dasar akhlaknya menunjukkan orang itu dirangsang oleh fitrahnya yang masih murni. Ini lebih bersih dari yang di atas.

• Kalau setiap orang berasa dirinya sentiasa diawasi dan diperhati oleh Allah, tentulah akan damai dunia ini dari kejahatan dan kemungkaran.

• Kalau tidak terpesona dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selama-lamanya.

• Kalaulah akal dapat menentukan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram, mana yang benar dan mana yang salah, sudah tentu tidak perlu lagi Allah mengutuskan para Rasul, justeru filasuf ribuan banyaknya telah lahir ke dunia ini.

• Kalaulah ibadah sembahyang, puasa, zakat, haji, membaca Al Quran, zikir boleh datang riyak, ujub, kibir (sombong), sum’ah, megah, yang boleh membatalkan pahalanya, tentu lebih susah lagi menghindarkan mazmumah-mazmumah tadi kalau kita miliki kereta besar dan mewah, rumah besar, pangkat besar, duit banyak, kuasa besar, pengikut yang banyak.

 

Batu yang keras itu air yang lembut dapat melembutkan, tapi hati yang keras itu tiada sebarang benda dapat melembutkan, sebab itu gunung lebih senang diubah dari merubah hati

  • Janganlah kita macam lalat membawa penyakit, macam nyamuk menggigit, macam anai-anai merosak, macam lintah menghisap darah. Tapi jadilah macam lebah, menghasilkan madu, mengubat penyakit.
  • Jarang sekali tamadun yang dibangunkan oleh orang-orang dahulu, yang dapat disaksikan hingga kehari ini, yang bersifat fizikal, dibangunkan oleh orang-orang Kerohanian, tapi, kebanyakannya dibangunkan oleh orang-orang yang berkuasa, dan tokoh dunia.
  • Jarang terhimpun pada seseorang wanita sifat-sifat cantik, cerdik, berani, setia dan terdidik.
  • Jarang-jarang kita dapati pada akhir zaman, seorang pemimpin yang berhimpun padanya sifat-sifat adil, mesra, kasih sayang dan pemurah.
    Jelingan tidak sama ertinya. Jelingan pemimpin mempasti. Jelingan anak takut dimarahi. Jelingan bapa mengawasi. Jelingan kawan meminta simpati. Jelingan musuh sakit hati. Jelingan perempuan jatuh hati.
  • Jemaah Islam ibarat wadah, hendaklah diisi dengan bermacam-macam perkara yang memberi faedah.
  • Jika kebenaran yang kita terima itu pahit, anggaplah ubat. Bukankah ubat yang pahit itu menyembuhkan penyakit.
  • Jika kita marah kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kebaikannya. Begitu juga jika kita suka kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kelemahannya.
  • Jika kita membuat dosa tidak terasa dengan dosa, satu kerana yang dibuat, kedua dosa kerana tidak merasa berdosa.
  • Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
  • Jika kita selalu mengingati dosa kita, kita tidak nampak dosa orang lain, apatah lagi hendak menceritakannya.
  • Jika sesuatu yang kita kehendaki belum dapat susah hati kita. Setelah dapat bimbang kehilangannya, kemudian apa yang didapat itu rasa tidak cukup, lebih-lebih lagi apa yang dapat itu tidak sebanyak orang lain dapat. Timbul pula tamak memburunya. Sampai bilakah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan, sedangkan ketenangan dan kebahagiaan itu sesuatu perkara yang tiada nilainya.
  • Jiwa terhibur boleh menghiburkan jiwa manusia.
  • Kadang-kadang orang yang diberi kuasa oleh pihak yang berkuasa lebih menunjukkan kuasa daripada pihak yang berkuasa. Orang ini bukan sahaja tidak kenal pihak berkuasa, tapi sebenarnya Yang Maha Kuasa pun mereka tidak kenal.
  • Kalau ada satu golongan umat Islam atau satu kaum di kalangan umat Islam kecemerlangan akhlak mereka makin meningkat, makin lama makin terserlah, makin lama makin indah, tanda kaum itu jangka panjang akan menguasai dunia, tapi kalau umat Islam itu kemajuan dan pembangunannya bertambah pesat tapi akhlak makin menurun,gejala masyarakat makin bejat tanda bangsa itu hendak hancur atau rosak.
  • Kalau ada satu kelompok manusia yang hidup miskin,riuh rendah masyarakat memperkatakannya, besar liputan di dalam surat khabar, selepas itu akan disusuli oleh bantuan-bantuan. Tapi kalau ada satu masyarakat umat Islam yang tidak sembahyang tidak seorang pun yang membising-bisingkannya. Apatah lagi untuk hidup hendak dibuat berita di dalam media massa. Begitulah umat Islam di akhir zaman, memandang benda kemiskinan itu lebih merbahaya daripada meninggalkan sembahyang.
  • Kalau belajar ilmu Islam, tapi tidak datang cinta kepada Allah atau tidak bertambah takut kepada-Nya, itu menunjukkan ilmu yang dipelajari tadi tidak ada rohnya, kerana gurunya bukan mursyid.
  • Kalau dalam perbincangan, setiap orang menginginkan kebenaran itu, terkeluar dari mulut orang lain, maka majlis itu akan diberkati Allah, kerana majlis akan bersih daripada konflik jiwa, sifat sombong dan riyak.
  • Kalau dengan usaha kita, kita yakin mendapat kejayaan, ertinya kita telah mentuhankan usaha, atau mentuhankan diri kita secara tidak disedari kita telah melakukan perbuatan syirik.
  • Kalau di dalam hal-hal ibadah boleh datang riyak dan megah, betapalah halnya perkara-perkara dunia lebih-lebih mudah lagi kedatangan riyak dan megah. Kerana itulah periksalah perjalanan hati kita. Ke mana dia hendak membawa kita, kepada Tuhan atau selain-Nya.
  • Kalau di dalam menegakkan kebenaran kita ditimpa kesusahan serta terpaksa meninggalkan kampung halaman, tirulah Rasulullah SAW di dalam kesabaran, kalau kita terpaksa mengembara dan berkelana, ikutilah jejak Nabi Allah Musa a.s, kalau kita dikurung dengan ketakutan, tirulah Nabi Allah Yunus a.s, kalau kita diseksa dan diancam, buatlah seperti Nabi Allah Ibrahim a.s, kalau kita diberi nikmat dan kemewahan, jadikanlah Nabi Allah Sulaiman a.s sebagai teladan, begitulah seterusnya pada para-para Rasul a.s itu ada tauladan dan pengajaran. Sepatutnya orang Islam tidak buntu bila berhadapan dengan cabaran.
  • Kalau di sekolah tempat sumber para pendidik dan pendidikan manusia sudah tidak mampu lagi melahirkan manusia yang berdisiplin lahir dan batin jangan mimpi di kilang, di padang, di hutan reakreasi, di ladang, di pejabat dan lain-lain tempat dapat melahirkan manusia yang terdisiplin lahir dan batin, kerana tempat-tempat ini bukan gelanggang pendidikan.

 

Kalau di dalam hal-hal ibadah boleh datang riyak dan megah, betapalah halnya perkara-perkara dunia lebih-lebih mudah lagi kedatangan riyak dan megah. Kerana itulah periksalah perjalanan hati kita. Ke mana dia hendak membawa kita, kepada Tuhan atau selain-Nya.

• Ilmu dunia sebanyak mana sekalipun dia tidak akan bersih kalau dia tidak diproses. Ia ibarat air yang ditampung sebanyak-banyaknya, kalau air itu tidak diproses dan dibubuh klorin dia tidak akan jernih dan bersih, merbahaya diminum. Begitulah ilmu dunia kalau dia tidak diproses dengan ilmu wahyu, ilmu dunia itu tidak akan terlepas daripada kesalahan dan kesilapan, amat merbahaya kepada akidah.


• Ilmu semakin banyak kalau tidak ditunjang oleh iman dan tidak disaring oleh syariat, jiwa makin lama makin kosong. Kalau begitu kita tidak hairan di barat ahli ilmu ramai yang ditimpa sakit jiwa, bahkan ada yang membunuh diri.


• Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat menyuluh kelemahan dan kekurangan diri serta dapat mendorong untuk beribadah kepada Allah SWT.


• Ilmu yang tidak bermanfaat ialah ilmu yang membuatkan seseorang merasa sombong dan hebat serta tidak mendorong untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.


• Ilmu yang didapati melalui saluran akal terasa letih, adakalanya terasa jemu. Tapi ilmu yang didapati mengikut saluran hati tidak jemu dan tidak letih bahkan terasa indah dan tenang.


• Ilmu yang diperolehi melalui otak adalah kasbi (usaha), dinamakan ilmu nadri. Ilmu yang dijatuhkan ke dalam hati adalah wahbi (anugerah), dinamakan ilham atau laduni.


• Ilmu yang memberi manfaat, ibarat kawan yang cerdik lagi setia. Ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan kita, tapi kita tidak nampak akan adanya.


• Ingatkanlah lebih dahulu nikmat Allah sebelum makan dan sebagainya agar kita terasa tidak punya apa-apa, barulah kita sedar Allah itu siapa.


• Islam adalah agama yang syumul. Hendaklah kita bangunkan kesyumulannya. Kesyumulan di dalam diri tidak sama dengan kesyumulan di dalam rumahtangga. Kesyumulan di dalam rumahtangga tidak sama dengan kesyumulan di dalam jemaah. Kesyumulan di dalam jemaah tidak sama dengan kesyumulan di dalam negara.


• Islam mensyaratkan lelakilah yang akan menjadi pemimpin biar dalam apa keadaan sekalipun.


• Jadikan Al Quran sebagai jalan, Sunnah Rasul sebagai kenderaan, agar kita sampai kepada Allah.


• Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir. Dari berfikir itu itu rasakan dalam hati kebesaran penciptaNya.


• Jagalah lidah yang lembut ini, dia boleh merosakkan dan boleh membaiki,boleh memecah-belah boleh mendamaikan, boleh menaikkan boleh menjatuhkan,boleh menginsafkan boleh meliarkan, boleh bermusuhan boleh berkasih sayang, boleh membohongkan boleh membenarkan, dengan kata-kata lain lidah adalah penawar, lidah juga adalah racun.


• Jagalah mata lahir dengan sebaik-baiknya, jangan gunakan sewenang-wenangnya kerana ia boleh melemahkan atau membutakan mata hati atau mati batin.


• Jangan anggap setiap yang bijak itu benar, sering berlaku, yang lojik itu salah, dan juga anggap setiap yang tidak lojik itu salah, banyak pula yang benar itu tidak lojik.


• Jangan kaki sahaja yang mengembara tapi hati tidak mengembara. Jangan kaki sahaja yang berpijak di bumi tapi fikiran tidak berpijak di bumi.


• Jangan selalu membuat janji, kerana ia merupakan hutang yang mesti dibayar.


• Janganlah bermesyuarat dengan orang-orang ini, kerana tidak akan dapat natijah yang baik: orang yang sedang sakit, orang yang lapar, orang yang mengantuk, orang yang susah hati, orang yang bodoh, orang yang sedang mabuk cinta.


• Janganlah kita berbangga kalau kita boleh tundukkan manusia dengan kuasa dan senjata serta ugutan penjara sedangkan jiwa mereka tidak dapat ditundukkan. Ia biasa berlaku di dalam sejarah kepada penguasa-penguasa dan penjajah dunia, bukanlah perkara luarbiasa, tapi yang luarbiasa itu orang ramai boleh tunduk pada seseorang itu kerana wibawa dan akhlaknya, sekalipun tidak ada kuasa dan tentera di tangannya.


• Janganlah kita ghairah sangat hendak merebut jawatan pemimpin kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar. Kalau kita diberikan juga jawatan itu tanpa kita minta, sedangkan kita mampu, tidak salah pula kita terima tetapi kenalah kita takut dengan Tuhan.


• Ibu dan bapa kerana mengetahui baik dan buruk yang akan berlaku kepada anak-anaknya, lantaran itulah ada kalanya dia menyuruh dan ada kalanya dia melarang. Yang si anak kerana tidak faham perkara yang tersirat daripada suruh dan larangan oleh ibu dan bapanya, dia rasa tidak senang seolah-olah hendak mengontrol kemerdekaan dirinya. Begitulah juga Allah Taala, ada kalanya menyuruh dan ada kalanya melarang hamba-hamba-Nya. Allah tahu hikmah yang tersirat di sebalik perintah dan larang, tapi hamba-hamba-Nya tidak faham, maka hamba-hamba-Nya rasa tidak senang dan menganggap hendak mengongkong kebebasan dirinya.


• Ibadah biar sedikit cukup, tapi terasa, berjiwa, puas dan memberi kesan kepada jiwa.


Leave a Reply

Your email address will not be published.