Daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.”

Memang sudah maklum kepada kita bahawa bulan Ramadhan itu mempunyai keutamaan yang istimewa. la lebih istimewa daripada bulan-bulan yang lain. Ini adalah kerana bulan Ramadhan itu adalah dikatakan sebagai bulan ibadah. Namun demikian bukan bererti yang pada bulan-bulan yang lain itu kita tidak beribadah.  Allah tetap memerintahkan kita supaya beribadah pada bulan-bulan yang lain.  Sebab itulah dikatakan yang bulan Ramadhan itu sebagai bulan ibadah.

Dan sebabnya mengapa pada bulan Ramadhan lebih-Iebih lagi digalakkan supaya kita beribadah ialah kerana pada bulan Ramadhan itu ada ibadah-ibadah yang khusus. Dan ini kita tidak dapati pada bulan-bulan yang lain. Misalnya, pada bulan Ramadhan, siangnya kita disuruh berpuasa manakala pada bulan-bulan yang lain tidak. Begitu juga di bulan Ramadhan, pada malamnya kita disuruh berterawikh iaItu bersembahyang 20 rakaat yang biasa kita lakukan di Malaysia ini. Ada juga yang membuat 8 rakaat atau 10 rakaat. Namun pada zaman dahulu, kalau kita lihat para solafus soleh, ada yang membuat hingga 28 rakaat. Dan perintah sembahyang berterawikh ini tidak berlaku pada bulan-bulan yang lain. Kalau kita cuba membuatnya pada bulan yang lain, sunat itu tidak sah dan tidak diterima oleh Allah SWT. Dan begitu juga tentang membaca Al-Quran. Walaupun di bulan-bulan yang lain digalakkan membacanya, tetapi di bulan puasa ia lebih-Iebih lagi digalakkan bahkan kita disuruh bertadarus. Bertadarus ini bererti kita membaca Al-Quran beramai-ramai secara seorang lepas seorang, sambil yang tidak membaca itu menyemak. Dan yang selebih baiknya pula ialah dengan memberikan maksud apa yang kita bacakan itu.

Kemudian kebajikan yang kita lakukan di bulan Ramadhan, sama ada sembahyang kita, sedekah kita, nasihat kita,  atau apa saja bentuk kebajikan, maka pahalanya Allah berikan dengan berlipat ganda. Dan ini lebih daripada kebajikan yang kita lakukan di bulan-bulan yang lain. Kerana itulah amal bakti kita hendaklah banyak di bulan Ramadhan kerana ganjarannya lebih.

Lebih-Iebih lagi utamanya bulan Ramadhan ini kerana pada bulan Ramadhan terjadinya “Lailatul Qadar”. Setengah ulama mengatakan bahawa “Lailatul Qadar” itu berlakunya pada hari-hari yang ganjil terutamapada 10 hari puasa yang terakhir.

Seperti pada malam 21, 23, 25, 27 atau malam 29. Ada setengah-setengah ulama pula berijtihad mengatakan Lailatul Qadar itu berlaku pada satu malam di bulan Ramadhan tetapi tidak diketahui pada malam yang mana di antara 29 Ramadhan atau 30 Ramadhan itu. Sebab dikatakan 29 Ramadhan atau 30 Ramadhan ialah kerana puasa kita ini ada kalanya 29 hari dan ada kala 30 hari. Dan di dalam salah satu daripada 29 malam atau 30 malam itu maka berlaku malam Lailatul Qadar. Malam Lailatul Qadar ini begitu tingi sekali keutamaanya bagi orang yang beramal pada ketika itu.

Firman Allah maksudnya: “Lailataul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” (AI Qadr: 3)

Ini bererti yang setiap amalan pada malam itu adalah lebih baik daripada 1000 malam iaitu bersamaan dengan 83 1/4 tahun.  Jadi kalaulah bertepatan dengan malam Lailatul Qadar itu kita sedang beramal, dan walaupun amalan kita itu sedikit sahaja, tetapi ganjaran yang Allah akan berikan adalah lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Dan inilah hikmahnya mengapa Allah tidak memberitahu kepada kita pada malam yang mana Lailatul qadar itu berlaku. Kalaulah kita diberitahu pad a satu-satu malam yang tertentu, maka nescaya semua orang akan berbuat amal pada malam itu dan selepas itu lalai semula. Kerana Allahtidak memberi kita tahu tentang bila malam itu berlaku, maka terpaksalah bersungguh-sungguh kita membuat amal pada tiap-tiap malam yang lain.

Dengan yang demikian amalan kita menjadi secara istiqamah atau berturut-turut. Maka kalau kita dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar itu, bererti ibadah kita adalah lebih baik dari 83 1/4 tahun kita beramal iaitu seolah-olah kita telah beramal selama 83 1/4 tahun.

Dan kalaulah ada orang yang tidak pernah cuai beribadah sejak 30 kali Ramadhan yang sudah-sudah, dan tiap-tiap Ramadhan itu dia bertemu dengan malam Lailatul Qadar, ini bererti dia telah beramal selama 83 1/4 tahun kali 30 iaitu hampir 3000 tahun beramal. Inilah keistimewaan yang diberikan kepada umat Rasulullah yang tidak pada pada umat Rasul yang lain. Walaupun pada umat Rasul yang lain, umur mereka panjang sampai beratus-ratus tahun tetapi dengan pemberian Allah malam Lailatul Qadar ini, umur umat Rasulullah juga seolah-olah lebih panjang daripada mereka.

RAMADHAN UNTUK ORANG BERTAQWA

Sebab itulah kita mesti beribadah bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan lebin-Iebih lagi pada 10 malam yang akhir pada malam-malam yang ganjil, kalau kita berpegang kepada ijtihad setengah-setengah ulama. tetapi malangnya, pada kebiasaannya umat Islam di negeri kita ini, pada malam-malam yang akhir itulah yang kita cuai beribadah kerana pada malam-malam yang terakhir itulah kita sibuk dengan urusan-u rusan memasak kuih, menjahit baju, kain tingkap, membeli-belah dan sebagainya. Setengah-setengah daripada kita pula ada yang meninggalkan puasanya pada hari-hari  akhir itu kerana terpaksa membuat berbagai kuih untuk menjamu tetamu di hari raya nanti. Menjamu tamu pun wajib juga kata mereka dan tentunya Allah memberikan pahala. Tetapi, masakan Allah memberi pahala kalau perintahnya yang wajib kita tinggalkan.

Dan lebih menjadi kebiasaan lagi bagi kita di negeri ini mencuaikan amalan kita di malam-malam yang akhir itu dengan hanya mendengar orang lain membaca Al-Quran. Seolah-olah sambil tangan bekerja membuat kuih-kuih serta menjahit kain dan sebagainya, mereka tetap mendapat pahala kerana mendengar orang mengaji Al-Quran. Kadang kala pergi ke tempat-tempat orang yang membaca Al-Quran itu dengan meninggalkan amalan yang telah diperintahkan seperti bersembahyang terawikh dan sebagainya. Perlulah diingat bahawa tidaklah salah pergi mendengar orang membaca Al-Quran, tetapi janganlah amalan yang diperintahkan kita tinggalkan. Dan janganlah kita mendengar orang lain saja membaca, kita juga perlu membacanya. Tetapi kalaulah kita duduk mendengar orang lain mempaca, bila masanya kita hendak beramal pada malam-malam yang akhir itu nampaknya, kita sudah memperkecil-kecilkan ibadah pada malam-maiam yang akhir-akhir di bulan Ramadhan sedangkan pada amalam-malam itulah kita perlu lebih kuat beribadah seperti membaca Al-Quran, bersembahyang sunat, berwirid zikir dan sebagainya.

Kemudian di bulan Ramadhan itu, kita digalakkan beriktiqaf, terutama di 10 puasa yang akhir. Rasulullah tidak pernah tinggal daripada beriktiqaf. Tetapi hendak beriktiqaf meninggalkan anak isteri selama 10 hari yang terakhir ini, adalah berat.  Terpaksa berunding dan bermesyuarat untuk mendapat persetujuan. Ertinya, bila kita sudah mahu untuk beriktiqaf, isteri pula tidak suka atau kadang isteri suka, kita pula tidak berupaya atau kadang-kadang sama-sama berat untuk mengerjakan amal itu.

Jadi kenalah kita usahakan untuk mengerjakan amalan Rasulullah ini. Carilah masjid-masjid mana yang sesuai untuk kita beriktiqaf bagi mengadukan diri kita kepada Allah, bagi memohon berbanyak-banyak ampun akan dosa kita kepada Allah. Ini adalah untuk kebaikan diri kita dan juga untuk kebaikan anak-anak dan isteri. Bagi suami-suami, cuba-cubalah tinggalkan isteri kita seorang 10 hari atau kalau tidak berupaya 3 atau 4 hari pun jadilah. Dan si isteri pula cuba-cubalah berpisah dengan suami di hari-hari akhir Ramadhan itu. Isteri-isteri Rasulullah juga berbuat demikian hinggalah wafat Rasulullah SAW. Dan pada masa Rasulullah beriktikaf, isteri-isteri Rasululah yang yang beriktiqaf di dalam rumah mereka. Kerana itu, di dalam bulan Ramadhan, isteri-isteri cubalah kurangkan daripada keluar rumah.

Begitu juga keutamaan di bulan puasa ini mengikut keterangan setengah-setengah hadis, pintu syurga dibuka. Dan pintu neraka ditutup. Iblis-iblis syaitan di belenggu dan dirantai. Dan kerana begitu banyak sekali keutamaan-keutamaan yang terdapat di bulan Ramadhan ini, maka sebab itulah bulan ini dikatakan bulan ibadah.

Sebab itu di dalam syariat kita ada dikatakan (maksudnya) : “Tiap-tiap sesuatu itu ada musimnya, sesugguhnya musim ibadah itu adalah di bulan Ramadhan.”

Nyata bahawa setiap apa pun ada musimnya seperti, buah durian ada musimnya pertandingan Quran pula ada musimnya, main gasing juga ada musimnya. Pendek kata semuanya ada musim. Dan musim ibadah ialah di bulan Ramadhan. Di sinilah fadhilatnya di bulan Ramadhan yang terisi dengan berbagai-bagai keutamaan. Dan kerana itu kita hendaklah berdoa selalu agar dipanjangkan umur oleh Allah supaya kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan ini setiap tahun. Apabila kita dipanjang umur oleh Allah, maka hendaklah kita berubah sikap.

Kalau di bulan yang lain, kita malas beribadah, tetapi di bulan Ramadhan ini kita tambah rajin sedikit supaya ada perbezaannya. Kalau di bulan lain ibadah kita tidak banyak jenisnya, tapi di bulan Ramadhan ini kita tambah sedikit lagi. Kita qadha amalan kita yang tertinggal dahulu. Dan kalau perangai kita di bulan-bulan lain, kita banyak temberang,  pemarah, pemberang dan sebagainya, tetapi di bulan-bulan Ramadhan Inl kita cuba kendur-kendurkan sedikit. Mungkin semuanya tidak dapat diubah tetapi kita cuba sedikit-sedikit supaya nampak perbezaannya, supaya kita dapat menghormati satu bulan yang Allah telah anugerahkan kepada kita, supaya kita juga termasuk orang yang menghormati bulan Ramadhan.

Mengapa bulan Ramadhan itu penuh dengan keutamaan? Sebabnya ialah di bulan Ramadhan bertemu dua hikmah yang besar. Yang pertama ialah hikmah kedatangan Al-Quran. Yang kedua ialah hikmah puasa.

Tentang Al-Quran jelas dinyatakan, dalam ayat 185 surat AI Baqarah, maksudnya: “Bulan Ramadhan bulan yang mana diturunkan padanya AI Quran. Kedudukan Al-Quran itu sebagai petunjuk hidup kepada manusia dan pimpinan hidup kepada manusia. Dan AI Quran itu merupakan Furqan yang dapat menunjukkan mana yang buruk dan mana yang baik, mana yang hak dan mana yang bathil.”

Jadi berdasarkan ayat di atas, jelas AI Quran diturunkan di dalam bulan Ramadhan. Cuma ulama-ulama tafsir berlainan pendapat dalam berijtihad yang mana hal ini telah menjadi khilafiah. Setengah ulama mengatakan bahawa Al-Quran itu diturunkan pada 17 Ramadhan manakala ada setengah ulama pula mengatakan bahawa yang pada 17 Ramadhan itu ialah Al-Quran yang di Lukh Mahfudz itu dipindahkan pada langit yang pertama dan daripada situlah diturunkan kepada Rasulullah SAW sedikit demi sedikit mengikut keadaan dan mengikut suasana. Dan turunnya Al-Quran pada 17 Ramadhan itu ialah yang dikatakan Suratul ‘Alaq.

AI Quran itu didatangkan adalah untuk menjadi pimpinan hidup kepada manusia. Ertinya, Al-Quran itu memimpin manusia di dalam makan minum, berpakaian, pergaulan, berekonomi, bermasyarakat, berakidah, beribadah, berjihad, berpendidikan, bersiasah, bernegara dan juga dalam soal-soal perhubungan antarabangsa. Jadi hikmah AI Quran itu ialah agar ia menjadi pimpinan kepada manusia supaya manusia itu selamat, iaitu selamat di dunia dan selamat di akhirat. Dan Al-Quran yang dapat memberi pimpinan hidup kepada manusia ini adalah datangnya dari Allah SWT dan bukannya daripada Rasulullah.

Ini memang ada bukti-buktinya serta dalil-dalil yang menunjukkan bahawa AI Quran itu bukan karangan Rasulullah tetapi adalah dari Allah SWT. Ini bererti bahawa Al-Quran itu sendiri ada kekuatan yang mana tidak perlu lagi kita datangkan buktibukti daripada luar untuk menunjukkan yang Al-Quran itu datang daripada Allah. Kebenaran Al-Quran itu dapat kita pertahankan dari apa yang ada di dalam Al-Quran itu sendiri. Marilah kita perhatikan perbahasan berikut.

SABDA RASULULLA SAW: “Sesungguhnya syaitan itu boleh berlari mengikut saluran darah. Sebab itu kamu hendak mempersempitkan saluran-saluran darah itu dengan lapar dan dahaga.”

Ayat Al-Quran itu mudah dihafal dan mudah diingat. Kadang-kadang perkara itu terjadi dengan sendiri tanpa kita sedari seperti ayat AI Fatihah atau ayat Qulhuallah misalnya. Kita sendiri tidak ingat bila sebenarnya kita menghafal ayat-ayat itu. Sungguhpun ia mudah dihafal tetapi ayat-ayatnya tidak mudah ditiru atau cuba-cuba dikarang semula. Manusia tidak dapat mencipta sepertimana ayat-ayat Al-Quran. Ini pernah dicuba oleh pakar-pakar bahasa di dunia terutamanya orang-orang Yahudi yang ingin hendak memecah-belahkan Islam, yang hendak merosakkan Al-Quran dan yang hendak mencabar Al-Quran dari dulu hinggalah sekarang. Tetapi semuanya gagal. Jadi nyata ayat Al-Quran tidak mudah dicipta oleh manusia tetapi ia mudah dihafal dan mudah dibaca.

Sebaliknya kalau karangan manusia, ia mudah ditiru tetapi tidak mudah dihafal. Katalah perlembagaan manusia di dunia hari ini, dapatkah pakar undang-undang yang ada hari ini menghafal fasal-fasal perlembagaan itu. Mungkin 1/4 daripadanya sukar hendak dihafal. Atau kita tanya diri kita sendiri sajalah, adakah kita hafal tentang perlembagaan negara kita? Dalam hal ini yang menjadi wakil rakyat dan wakil parlimen itu pun tidak mungkin hafal dengan perlembagaan negara. Ini bukti menunjukkan yang setiap karangan manusia payah dihafal tetapi mudah ditiru dan dipinda. Sebab itu perlembagaan manusia boleh diubah dari ke masa. Tetapi AI Quran tidak demikian. Keadaannya tetap terpelihara walaupun ada manusia yang hendak cuba menirunya.

Ini buktinya Al-Quran datangnya daripada Allah. Kemudian di dalam Al-Quran dikatakan, (maksudnya) – “Sesungguhnya Kami (Tuhan)-Iah yang menurunkan AI Quran itu dan Kami-Iah yang memelihara Al-Quran.”

Di sini Allah menyatakan bahawa Dia lah yang menurunkan Al-Quran itu dan Dialah yang memeliharanya. Bagimanakah cara Allah memelihara Al-Quran? Ini adalah dengan memudahkan manusia menghafalnya. Ertinya apabila ada orang yang pandai menghafalnya, maka tidak mudah orang lain hendak menipu dengan menirunya atau mengubah ayat-ayatnya. Lambat laun akan ada nanti orang yang mengetahuinya.

Dan di dalam satu ayat lain Allah berkata (dengan maksudnya lebih kurang) : “Kami mudahkan ayat Al-Quran itu untuk dihafal supaya Al-Quran itu terpelihara dan tidak ada siapa yang boleh mengubahnya.”

Ini adalah benar kerana memang sudah ada orang mencubanya tetapi akhirnya ia dapat dikesan. Ada orang yang cuba mengelirukan Al-Quran secara orang tidak sedar tetapi akhirnya ada juga orang yang menyedarinya. Dengan demikian tepat sekali jaminan Allah bahawa Al-Quran itu tidak ada siapa pun yang boleh cuba mengubahnya. Sebab itulah sudah banyak kali orang-orang Yahudi dan orang Kristian cuba mengubah Al-Quran tetapi akhirnya mereka isytihar sendiri. Satu ketika dahulu ada satu ayat yang amat merbahaya sekali yang telah diubah oleh orang Yahudi yang mana orang yang tahu bahasa Arab sahaja yang dapat mengetahuinya. Kita mungkin tidak faham tetapi orang Arab itu faham dan kerana itu kita tidak mudah dikelirukan tetapi orang Arab itu mudah dikelirukan.

Tetapi perbuatan orang Yahudi ini telah dapat dikesan dan setengah-setengah Kerajaan Arab telah mengisytiharkan dan naskah-naskah tersebut dikumpulkan dan disekat pengedarannya.

Begitulah halnya Al-Quran itu yang sentiasa cuba diubah dan dikelirukan oleh orang Yahudi dari masa ke semasa tetapi mereka tidak berjaya kerana di dalam Al-Quran itu sendiri ada keterangan dan ada kekuatan yang menjamin keselamatannya yang menunjukkan ia memang petunjuk hidup kepada manusia daripada Allah.

Jadi hikmah Al-Quran itu adalah berupa satu petunjuk dan pimpinan hidup kepada manusia agar manusia itu mendapat keselamatan dunia dan akhirat. Hikmah yang kedua yang berlaku pada bulan Ramadhan ialah hikmah puasa. Dan diantara hikmah puasa itu ialah puasa boleh menolak was-was syaitan dan boleh memperlemah nafsu.

Ini jelas dinyatakan dalam sepotong hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu boleh berlari mengikut saluran darah. Sebab itu kamu hendak mempersempitkan saluran-saluran darah itu dengan lapar dan dahaga.”

Jadi bagi orang yang benar benar berpuasa, dia dapat memperlemahkan nafsunya. Bila dorongan nafsu sudah lemah, syaitan tidak dapat menghasut manusia, kerana syaitan sentiasa meniti di atas nafsu yang kuat, nafsu yang rakus dan nafsu yang ingin bertindak. Dan untuk melemahkan nafsu ialah dengan berlapar dan dahaga iaitu berpuasa. Jadi orang yang benar-benar berpuasa, syaitan tidak dapat menghasutnya. Kalaupun syaitan dapat menghasutnya, ini hanya berupa acahan-acahan dari jauh dan dari luar. Dia tidak dapat masuk ke dalam mengikut saluran darah, maka dia tidak dapat memperkudakan manusia.

Apabila dalam diri manusia nafsu dan syaitan tidak mempengaruhi dirinya, maka ia mudah menerima petunjuk dari Al-Quran. Sebab yang tidak mahu menerima Al-Quran itu ialah nafsu yang mana syaitan adalah penghasutnya. Dan kerana itu bila manusia menolak perintah Al-Quran seperti menutup aurat atau larangan riba, ini adalah kerana nafsunya tidak mahu menerimanya. Begitulah juga dalam kejahatan-kejahatan yang lain yang manusia lakukan kerana dorongan oleh nafsu yang dikuda oleh syaitan. Kerana itu untuk manusia boleh menerima Al-Quran, nafsu dan syaitan mestilah diperlemahkan.

Hiburan orang mukmin itu adalah beribadah. Mengingat Tuhan dan mengagungkan-Nya. Berkhidmat dengan manusia. Memberi, bersedekah, menolong dan membantu hamba-hamba Allah. Mengagih-agihkan harta di kalangan yang patut menerimanya. Kalau dia tidak dapat menolong orang, hatinya susah kerana menolong orang itu adalah hiburannya…

Dengan demikian, kalaulah manusia itu dapat berpuasa dengan sebaik-baiknya hingga dapat menundukkan nafsu, maka dengan sendirinya fitrah semulajadi manusia ini hidup semulajadi dan sememangnyalah fitrah semulajadi manusia ini taat sepanjang masa kepada Allah, kerana itu manusia ini menerima kembali Al-Quran iaitu sebelum roh itu dimasukkan ke dalam jasad manusia lagi, dia telah mengaku Allah. Jadi, apabila fitrah semulajadi manusia ini hidup dan bercahaya kembali, maka dengan mudah sahaja dia menerima kebenaran Al-Quran yang didatangkan oleh Allah. Cuma bila fitrah ini dikaburkan oleh nafsu dan syaitan, maka yang akan hidup ialah nafsu dan syaitan. Bila nafsu dan syaitan yang hidup, manusia ini akan dihalakannya kepada tempat yang disukai oleh nafsu dan syaitan.

Dalam hal ini, kalaulah kita sempat berhadapan dengan bulan Ramadhan, kita dapat menilai diri kita atau diri orang lain sama ada ibadah kita diterima Allah atau tidak dengan memerhatikan kesan pada diri seseorang selepas bulan Ramadhan nanti. Bulan Ramadhan ini adalah merupakan bulan latihan bagi manusia dan kerana itu kita dapat melihat perubahaan peribadi manusia selepas bulan Ramadhan nanti. Seperti juga seseorang yang pergi naik haji itu, kita dapat lihat sana da hajinya diterima atau tidak dengan memerhatikan perubahan peribadinya selepas dia menunaikan hajinya.

Kalau peribadinya tidak berubah malah lebih buruk lagi, ini menunjukkan yang ibadahnya tertolak. Jadi orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dapat menilai samada ibadah puasanya diterima atau tidak dengan melihat perubahan peribadinya. Kalau peribadinya banyak berubah selepas bulan Ramadhan, ini bererti yang ibadahnya diterima oleh Allah SWT tetapi kalau sikap dan peribadinya tidak berubah malah lebih jahat dari dahulu, maka bererti amalannya ditolak oleh Allah SWT.

Kisah menarik di sini...

  • keutamaan puasa ramadhan 30 hari (7)
  • kenapa puasa 29 hari (3)
  • keutamaan puasa ramadhan (2)
  • kenapa puasa 30 hari (2)
  • mengapa kita digalakkan bersedekah pada bulan Ramadhan (2)
  • madah ramadhan (2)
  • keutamaan puasa ramadhan 10 hari pertama (2)
  • keutamaan ramadhan minggu pertama (1)
  • keutamaan puasa ramadhan tiap hari (1)
  • madah di bulan ramadhan (1)
  • keutamaan sepuluh hari pertama puasa ramadhan (1)
  • madah ramadhan yang pergi (1)
  • malas beribadat di bulan ramadhan (1)
  • mengapa puasa 30 (1)
  • orang yang malas beribadah (1)
  • puasa boleh kecilkan saluran darah (1)
  • puasa setengah hari pada 30 ramadhan (1)
  • soa diterima amal bulan Ramadhan dan dipanjangkan umur (1)
  • 10 hari kedua puasa penuh (1)
  • keutamaan puasa dan amalan bulan ramadhan (1)
  • 29 ramadhan (1)
  • beribadat dengan baik di bulan ramadhan (1)
  • doa bulan ramadhan (1)
  • hikmah puasa ramadhan 30 hari puasa mendapatkan (1)
  • ibadah harI akhir ramadan (1)
  • kenapa puasa 29 hari sahaja (1)
  • kenapa puasa ramadhan 30 hari (1)
  • kenapa ramadhan 29 hari (1)
  • kenapa salah ramadhan? (1)
  • keutamaan 10 hari hari puasa ramadhan (1)
  • keutamaan hari hari Ramadhan (1)
  • keutamaan ibadah dalam bulan ramadhan (1)
  • keutamaan malam ke 28 ramadhan (1)
  • keutamaan malam ramadhan (1)
  • tambah amal dibulan ramadhan (1)