Kejayaan puasa itu diukur setakat mana nafsu dapat dikembalikan kepada fitrah semulajadinya yang suci murni. Pantang larang puasa itu hanyalah untuk mengekang dan menyakitkan nafsu supaya ia terdidik. Yang menghijab kita dengan Tuhan ialah nafsu, kita ikut kehendaknya yang akhirnya kita mengangkatnya menjadi Tuhan

Adapun hukum puasa ini adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. la telah diwajibkan kepada setiap umat Islam yang mukallaf berdasarkan perintah Allah dalam ayat AI Quran yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan ke atas mereka-mereka sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang terpelihara”. (AI Baqarah)

Di dalam ayat ini, telah diceritakan kepada kita bahawa puasa itu bukan saja diwajibkan kepada kita sebagai umat Rasulullah S.A.W tetapi puasa ini juga pernah diwajibkan kepada Rasul-rasul dan umat yang telah lalu. Jadi para Rasul yang bermuladari Nabi Adam a.s  hinggalah kepada Nabi Muhammad S.A.W, mereka semuanya telah diwajibkan kepada mereka itu berpuasa, adalah tidak sama.

Kemudian, kalau kita tinjau lagi amalan berpuasa ini, ia bukan sahaja menjadi kewajipan umat Islam, malahan puasa ini juga adalah menjadi amalan kepada ajaran agama-agama lain, hatta agama yang karut-marut sekalipun. Di dalam agama Hindu misalnya, terdaapat satu daripada ajarannya menghendaki pengikutnya melakukan puasa.

Begitu jugalah dalam agama Kristian, terdapat juga satu daripada perintahnya, menghendaki penganut-penganutnya melakukan puasa. Begitulah seterusnya dalam ajaran agama-agama lain seperti agama Yahudi, agama Buddha dan sebagainya. Ada juga terdapat satu perintah menghendaki penganutnya melakukan puasa. Cuma, bentuk dan cara merek.a itu melakukan puasa itu tidak sama sepertimana yang dilakukan oleh umat Islam.

Jadi, puasa ini bukan sahaja menjadi amalan umat Rasulullah S.A. W seperti kita tetapi juga adalah menjadi amalan para Rasul sebelumnya. Ertinya, ia adalah menjadi adat kebiasaan serta tradisi orang-orang soleh terutamanya kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat, para tabiin dan tabiut tabiin.

Mula-mula marilah kita fahamkan sungguh-sungguh tentang erti puasa. la adalah terbahagi kepada dua pengertian iaitu yang pertama ialah pengertian pada loghah dan yang kedua ialah pengertian pada syariat. Pengertian puasa dari segi loghah atau dari segi bahasa, ia bermaksud menahan diri daripada sesuatu seperti menahan dari daripada makan atau menahan diri daripada minum atau menahan diri daripada bercakap atau menahan diri daripada berjalan dan sebagainya.

Ertinya, seseorang yang menahan diri daripada sesuatu itu adalah dikatakan berpuasa, iaitu berpuasa pada pengertian bahasanya. Berdasarkan pengertian inilah, Abu Hurairah seorang sahabat Rasulullah S.A.W pernah berkata, “Setiap orang yang mencegah diri dari minum, dari makan, dari bercakap, dari berjalan, orang itu dianggap berpuasa.” Begitu juga, orang-orang Arab apabila mendapati kudanya tidak mahu makan, dia akan berkata yang kudanya itu berpuasa. Kalau kudanya tidak mahu berlari, juga dikatakan bahawa kudanya itu berpuasa.

Apa yang perlu kita fahami bukan pengertian puasa dari segi loghahnya, tetapi ialah pengertian puasa dari segi syariat. Menurut pengertian yang terdapat di dalam kitab Tafsir Ibnu Kasir, puasa ialah “menahan diri daripada makan, minum dan bersama-sama dengan isteri pada siang hari dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Dalam kitab tafsir Bayan pula, puasa diertikan “menahan diri daripada makan, minum serta menahan diri dari bersama dengan isteri, dengan niat kerana Allah mulai dari terbit fajar hinggalah tenggelam matahari.

Kesempurnaan puasa itu ialah meninggalkan perkara-perkara yang diharI dalam kitab Tafsir lain pula, puasa dimaksudkan “menahan diri daripada dua tuntutan syahwat iaitu roh dan faraj selama satu hari suntuk, bermula dari terbit fajar hinggalah tenggelam matahari dengan niat kerana menghampirkan diri kepada Allah SW.T.”

Daripada pengertian puasa yang diberikan oleh tiga buah kitab tadi, dapatlah kita fahamkan erti puasa yang sebenarnya dalam Islam iaitulah menahan diri daripada makan dan minum dan daripada bersama dengan isteri pada siang hari, mula dari terbit fajar hinggalah tenggelam matahari dengan niat di waktu malamnya. Kemudian, kesempurnaan puasa itu, yang paling tidaknya ialah dengan meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah, samada perkara-perkara yang dilakukan oleh mata, mulut, telinga, tangan, kaki dan lain-lain anggota.

Jadi, puasa itu bukan ertinya sekadar makan dan tidak minum serta tidak bersama dengan isteri di waktu siang hari sahaja. Malah kesempurnaan puasa itu juga perlu dijaga iaitu dengan menahan seluruh anggota yang lain dari melakukan sebarang perkara yang diharamkan oleh Allah SW.T. Dalam ertikata yang lain, kesempurnaan puasa itu mestilah dijaga dengan mulut juga turut berpuasa, mata turut berpuasa, telinga turut berpuasa, tangan turut berpuasa, kaki turut berpuasa dan sebagainya.

Ertinya, mulut jangan berkata-kata tentang hal-hal yang ditegah oleh syarak seperti mengata orang, mengumpat, mengeji, mencarut dan sebagainya. Begitu juga, telinga jangan mendengar perkara-perkara yang Allah haramkan seperti mendengar orang memperkatakan maksiat, mendengar orang mengumpat, mendengar perkara-perkara yang mengkhayalkan seperti muzik-muzik dan sebagainya. Dan tangan pula janganlah hendaknya menyentuh bendabenda yang Allah haramkan serta yang tidak diredhai oleh Allah. Dan kaki pula hendaklah dijaga supaya jangan menghela kita ke tempat-tempat maksiat, ke panggung-panggung wayang dan sebagainya. Begitu juga, mata kita janganlah hendaknya memandang perkara-perkara yang Allah haramkan seperti memandang aurat perempuan, memandang perkara-perkara maksiat dan sebagainya.

Yang demikian itu adalah untuk menjaga kesempurnaan puasa tetapi untuk menghaluskan lagi kesempurnaan berpuasa itu sampai kepada peringkat puasa orang mukarrobin, hati kita hendaklah dikawal supaya jangan mengingati perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SW.T, lebih-Iebih lagi mengingati perkara-perkara yang harus pun, patutlah dielakkan. lni adalah puasa yang paling sempurna.

Seterusnya, marilah kita perhatikan sebab-sebab mengapa Allah meletakkan kewajipan berpuasa itu kepada kita umat Nabi Muhammad SAW. Ada dua sebab iaitu pertamanya, puasa itu adalah ujian untuk kita dan kedua puasa itu adalah suatu rahmat untuk kita. Sebab dikatakan puasa itu adalah ujian untuk kita adalah, Allah hendak menguji siapakah diantara hamba-hamba-Nya yang sabar melakukan perintah berpuasa ini, itulah orang yang benar-benar sabar melakukan perintah Allah S.W.T. Orang yang benar-benar sabar melakukan perintah Allah, itulah orang yang benar-benar cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul serta itulah orang yang benar-benarcinta dan kasih kepada Islam dan ajarannya. Jadi, puasa yang Allah wajibkan ini adalah untuk menguji orang-orang yang benar-benar kasih dan cintakan Allah dan Rasul.

Ertinya, kalau seseorang itu benar-benar cintakan Allah dan Rasul, dia akan melakukan puasa ini sungguh-sungguh. Tidak cukup bagi seseorang hamba itu hanya cakap mulutnya saja cinta kepada Allah dan Rasul tetapi tidak ditunjukkan dengan perbuatan. Adapun perbuatan yang membuktikan seseorang hamba itu benar-benar cinta kepada Allah dan Rasul ialah taat dan patuh menjalankan perintah berpuasa. Inilah yang dikatakan bahawa puasa itu adalah satu ujian dari Allah kepada kita iaitu ujian kecintaan dan kepatuhan kita kepada Allah SW.T.

Kemudian perintah berpuasa pula dikatakan rahmat kepada kita. Sebabnya ialah didalam berpuasa itu terdapat hikmah-hikmah yang baik serta yang amat banyak. Hikmah-hikmah itu adalah terkandung dalam firman Allah tadi iaitu apabila Allah berkata, maksudnya: “Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang terpelihara.”

Dengan kata-kata yang lain, Allah menceritakan kepada kita bahawa orang yang benar-benar dapat melakukan perintah berpuasa itu, mengikut syarat-syarat dan kehendak-kehendaknya, dia akan terpelihara daripada sebarang kejahatan. Dia akan terhindar daripada melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran, samada kejahatan dan kemungkaran diri sendiri atau pun kejahatan dan kemungkaran pada masyarakat.

Bagaimanakah puasa dapat memelihara diri seseorang itu daripada melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran. Caranya ialah, seseorang yang berpuasa itu, dia dapat menahan diri daripada godaan syaitan. Adapun syaitan-syaitan yang menyebabkanberlakunya kejahatan dalam diri seseorang itu dan juga yang menyebabkan berlakunya kejahatan di tengah-tengah masyarakat.

Firman Allah SW.T di dalam AI Quran, maksudnya: “Bukankah Aku (Tuhan) telah memerintahkan kepadamu wahal anak-anak cucu nabl Adam supaya kamu tldak menyembah syaltan.  Sesungguhnya syaitan Itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.

Begitu juga, godaan hawa nafsu adalah merupakan penghasut manusia kepada jalan kejahatan. Allah juga berfirman dalam hal ini bagi mengingatkan manusia dalam firman-Nya dalam Surah Yassin ayat 60 yang bermaksud: “Sesungguhnya hawa nafsu Itu sangat mengajak manusla supaya berbuat jahat.”

Dorongan hawa nafsu makin bertambah kuat dengan makan dan minum. la menjadi lebih subur dengan makanan dan minuman yang berzat dan yang memberi tenaga. Jadi, apabila seseorang itu berpuasa, dia akan terpelihara daripada tindakan hawa nafsu. Dengan ertikata yang lain, puasa dapat melemahkan nafsu yang jahat itu.

Adapun syaitan dan nafsu ini saling bekerjasama. Syaitan tidak akan dapat menghasut dan mempengaruhi manusia kalau ia tidak dapat meniti di atas  syahwat atau diatas nafsu. Berertilah bahawa, kalau sekiranya hawa nafsu . seseorang itu kuat, maka lebih hebatlah perjalanan syaitan. Sebaliknya kalau dorongan hawa nafsu seseorang itu lemah, maka sempitlah perjalanan syaitan. Kerana itu, jika dorongan hawa nafsu kita tekan dan kita lemahkan sungguh-sungguh, ketika itu syaitan tidak dapat masuk ke dalam badan kita. Apabila ia tidak dapat masuk ke dalam badan kita, maka tidaklah dapat dia menghasut kita untuk melakukan kejahatan. Yang demikian terpeliharalah diri kita daripada kejahatan.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Sesungguhnya syaitan itu adalah mengikut saluran darah. Oleh itu hendaklah kamu persempltkan jalan syaitan itu dengan melakukan lapar dan dahaga. ”

Seterusnya, dengan berpuasa kita boleh memelihara diri daripada kejahatan lahir dan kejahatan bathin. Anggota lahir kita seperti mata, mulut, tangan, kaki, telinga dan lain-Iainnya akan terpelihara daripada melakukan kejahatan sebabnya salah satu daripada kehendak puasa itu sendiri ialah dengan menahan anggota-anggota lahir kita daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang telah Allah larang dan haramkan.

Tidaklah dikatakan berpuasa kalau anggota-anggota itu masih melakukan maksiat dan juga perkara-perkara yang Allah haramkan. Jadi kalau anggota lahir kita ini tidak dapat kita elakkan daripada perkara maksiat, perkara mungkar serta perkara kedurjanaan, maka mengikut hakikat yang sebenar, kita belum dikatakan berpuasa. Tetapi orang-orang yang benarbenar berpuasa, dia akan dapat mengelakkan daripada kejahatan yang lahir ini. Dia akan menghindarkan kejahata mata, kejahatan telinga, kejahatan mulut, kejahatan tangan, kejahatan kaki dan lainlain anggota lahir.

Begitu juga, orang yang berpuasa dapat terpelihara daripada kejahatan bathin. Umpamanya, terpelihara daripada riak, terpelihara daripada ujub, terpelihara daripada hasad dengki, terpelihara daripada pengaurh bakhil, terpelihara daripada sifat penakut, pendendam dan seterusnya berbagai penyakit bathin yang lain. Jadi, tidak juga dapat dinamakan puasa kalau seseorang itu tidak dapat menghindarkan daripada sifat-sifat mazmumah.

Inilah hakikat puasa yang sebenarnya iaitu dengan berpuasa, kita juga berpuasa daripada segala kejahatan lahir dan kejahatan bathin. Ertinya, hakikat ini boleh kita gunakan untuk menilai puasa diri kita selama ini. Ada orang yang telah berpuasa 30 tahun, ada orang yang sudah berpuasa 10 tahun dan sebagainya tetapi kalau kejahatan-kejahatan lahir dan kejahatan bathin itu tidak dapat dihindarkan, maka ertinya dia belum berpuasa lagi. Oleh itu, hendaklah kita jadikan hakikat ini sebagai ukuran bagi memperbaiki puasa kita.

Selain daripada itu, puasa boleh melatih kita supaya tidak terkejut di musim yang tidak ada makanan. Takdir Allah kita tidak dapat mengetahuinya tetapi bagi kita yang telah lama hidup, kita dapat mengalami bemacam-macam peristiwa termasuklah antaranya musim tidak ada makanan dengan tiba-tiba. Hal ini pernah dialami dalam musim Jepun di mana makanan begitu sukar didapati hingga ada yang mati kebuluran. Tetapi bagi kita yang sudah berlatih berpuasa selalu samada puas awajib di bulan Ramadhan dan puasa-puasa sunat di bulan-bulan lain, bila berlaku keadaan tidak ada makanan, kita tidak akan terkejut lagi. Tetapi bagi orang yang tidak pernah dilatih berpuasa sekurangkurangnya yang wajib dalam satu bulan bagi setahun itu, apabila berlaku takdir dari Allah dengan tiba-tiba tidak akan makanan, masa itu dia tidak sabar, timbul keluh kesah dan akhirnya dia tidak dapat mempertahankan iman lagi. Dia akan sakit hati kepada Allah S.w.T dan dia akan melakukan bermacam-macam kejahatan.

Dan dengan berpuasa juga boleh terpelihara daripada penyakit. Sebab pusat segala penyakit ialah alat yang menyimpan najis di dalam badan kita dan dalam istilah Arab dikatakan “ma’iddah”. la perlu direhatkan sekali sekala. Kalau ia tidak direhatkan samalah seperti sebuah jentera yang berjalan sepanjang masa dan sepanjang tahun, akhirnya, ia rosak. Dalam hal ini ada satu keterangan daripada sabda Rasulullah yang memberi maksud: “Ma’iddah itu adalah sumber segala penyakit.

Maknanya, ma’iddah atau bolehlah kita istilahkan sebagai seluruh sistem penghazaman makanan di dalam perut kita, di situlah sumber segal a penyakit. Bila sistem itu sudah tidak betul, akan timbul sakit kepala, sakit mata, sakit telinga, sakit dada, lemah badan, darah tinggi dan bermacam-macam penyakit lain. Jadi kalau kita benar-benar berpuasa, maka puasa boleh memelihara kita daripada penyakit.

Kalau kita perhatikan daripada beberapa hikmah yang ada pada puasa itu sepertimana yang kita bentangkan di atas sana, maka kita akan dapati bahawa faedahnya kepada umat adalah banyak. la boleh membawa kepada keselamatan seseorang dan juga keselamatan umat seluruhnya. Maka sebab itulaah ganjaran yang Allah hendak berikan adalah amat banyak sekali. Sebanyak mana nikmat yang terkandung di dalam puasa itu, maka sebanyak itu pulalah pahala yang Allah hendak berikan kepada orang yang berpuasa itu. Malah ganjaran yang Allah hendak berikan adalah melebihi ganjaran-ganjaran bagi kebajikan yang lain-lain.

Kalau akhlak dan peribadi seseorang itu tidak berubah selepas bulan Ramadhan yang mana kejahatannya tetap seperti biasa malah malah kadang-kadang lebih buruk lagi, maka itu menunjukkan bahawa latihan sebulan Ramadhan itu tidak berkesan

Ini adalah kerana, di dalam kitab dikatakan, kalau kebaikan manusia bagi perkara-perkara yang lain selain daripada puasa, ganjarannya kadang-kadang satu dibalas 10 atau kalau ikhlas lagi, ganjarannya adalah satu dibalas 70 atau apabila ikhlas lagi satu dibalas 700. Dan mungkin kalau ikhlas lagi, ganjarannya adalah satu dibalas 7,000 dan mungkin boleh sampai 1 dibalas 700,000 kalau lebih ikhlas lagi. Tetapi ganjaran bagi puasa tidak demikian. Allah tidak menilai puasa satu dengan 70 atau satu dengan 700 atau satu dengan 7,000 dan sebagainya. Ganjaran bagi puasa adalah tidak terhingga atau tidak ada hadnya. la terpulang kepada Allah S.W.T berapa banyak Dia hendak berikan.

Ini jelas di dalam sebuah sabda Rasulullah SAW yang berikut: Terjemahannya: “Demi yang diri aku di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah S.W.T daripada minyak atar. Allah S.W.T ada berfirman, sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya dan makanannya dan minumannya dengan tujuan untuk Aku. Maka sebab itu, puasa itu adalah untuk Aku dan Aku sendiri yang akan memberi balasannya.”

Jadi di dalam hadis ini dikatakan, seseorang itu berpuasa adalah dengan dia meninggalkan syahwatnya, meninggalkan kemahuannya, meninggalkan hawa nafsunya, meninggalkan makan minumnya dan meninggalkan daripada mendekati isterinya di waktu siang hari. Semua itu adalah tujuannya untuk Allah S.W.T. Sebab itu Allah berkata bahawa puasa itu Allah yang punya dan Allah sendirilah yang akan membalasnya.

Padahal kebaikan-kebaikan yang lain. Allah juga yang membalasnya seperti sembahyang Allah juga yang membalasnya, sedekah Allah juga yang membalasnya, berjuang berjihad Allah juga yang membalasnya, haji Allah juga yang membalasnya, dan begitulah juga dengan kebajikan-kebajikan yang lain. Tetapi mengapakah Allah berkata yang puasa ini Allah sendiri yang membalasnya sedangkan perkara kebajikan yang lain tidak disebut demikian? Mengapakah juga Allah mengatakan yang puasa itu Allah yang punya? Padahal sebarang kebajikan Allah juga yang menilai, Allah jugayang membalas dan Allah juga yang memberi pahala dan tidak dikatakan Allah yang punya. Semua ini menunjukkan bahawa puasa itu besar di sisi Allah SWT. Sebab itu puasa itu Allah beri ganjaran yang lebih daripada kebaikankebaikan yang lain.

Dalam hal ini Allah ada berfirman: “Sesungguhnya akan dibalas orang yang sabar Itu akan pahala tanpa hisab.

Di sini Allah menyebut tentang orang yang sabar dan sabar ini pula ada hubungannya dengan puasa. Seseorang itu tidak boleh berpuasa kalau dia tidak ada sabar. Berpuasa itu penuh mengandungi kesabaran seperti menahan lapar, sabar menahan dahaga, sabar tidak mendekati isteri di waktu siang hari, sabar daripada telinga mendengar maksiat, sabar daripada tangan melakukan maksiat, sabar daripada mulut memperkatakan maksiat, sabar daripada menghalakan kaki ke tempat maksiat, sabar daripada melakukan kejahatan bathin seperti hasad, dengki, riak, ujub, kedekut, takabur dan lain-Iainnya.

Oleh itu puasa ada kaitannya dengan sifat sabar kerana setiap orang yang berpuasa itu mesti memiliki sifat sabar.

Sedangkan siapa saja yang memiliki sifat sabar, ganjarannya adalah pahala tanpa hisab. Maka sesiapa yang dapat berpuasa dengan sabar, pahala puasanya itu adalah pahala tanpa hisab. Allah sendirilah yang memberi pahala itu meng ikut dikehendaki-Nya. Berapa banyak pahalanya, terpulanglah pada Allah sendiri. Tidak siapa yang dapat mengetahuinya. Banyaknya adalah tidak terhingga dan tidak terkira.

Begitu besar sekali ganjaran pahala yang Allah hendak berikan kepada seseorang yang puasa itu. Ertinya, ibadah puasa ini bukanlah ibadah yang pahalanya Allah beri mengikut kadar-kadar seperti 1 dibalas 10 atau 1 dibalas 70 atau 1 dibalas 700 atau 7,000 dan sebagainya. Kerana begitu besar ganjaran pahalanya, maka sebab itulah hikmahnya banyak sekali, samada pad a diri seseorang itu mahu pun pada masyarakat. Oleh itu, puasa yang bagaimanakah yang boleh mendapatkan ganjaran yang besar itu? Dan puasa seperti manakah yang boleh mendatangkan kepada seseorang itu hikmah-hikmah yang besar? Berhubung dengan pahala yang Allah berikan kepada orang yang berpuasa ini, tidaklah kepada sebarang puasa sahaja. Hanya ada puasa-puasa yang tertentu sahaja yang boleh mendapatkan hikmah yang besar serta pahala yang besar.

Di dalam buku-buku karangan ulama-ulama besar zaman dahulu termasuk yang terdapat di dalam Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Ghazali rahimahullahu ta’ala, puasa ini terbahagi kepada tiga jenis. Dengan huraian kita kepada ketigatiga jenis puasa ini, kita kelak dapat menilai di tahap manakah puasa kita pada hari ini yang mana sekian lama ini ada di antara kita yang sudah berpuasa 10 kali, ada yang sudah berpuasa 20 kali dan sebagainya. Jenis puasa yang pertama dinamakan puasa umum. Yang kedua dinamakan puasa khusus. Puasa jenis yang ketiga dinamakan puasa khusus dari segala khusus.

Puasa umum atau asaumul umum ialah puasa orang awam atau puasa orang ramai seperti orang ramai di zaman kita ini. Dengan kata-kata yang lain, saumul umum ini adalah puasa mukmin yang ‘asi atau mukmin yang masih derhaka kepada Allah S.W.T. Saumul khusus pula adalah puasa orang-orang soleh atau dengan katakata yang lain dikatakan almuflihun iaitu orang yang mendapat kemenangan atau dikatakan juga golongan alfaizun iaitu orang yang mendapatkan kejayaan atau di dalam Quran dikatakan juga sebagai golongan ashabul yaminiaitu golongan orang yang mendapat suratan di sebelah kanan di akhirat kelak. Walaupun banyak istilah yang kita gunakan tetapi hakikatnya adalah satu iaitu mereka itulah golongan orang-orang soleh yang memiliki iman ‘ayan.

Dan saumul khusul khusus pula ialah puas aorang khusus dari segala yang khusus iaitu yang dikatakan puasa golongan mukarrobin, orang yang terlalu hampir dengan Allah S.W.T. Orang ini imannya begitu kuat dan jiwanya pula lahir dan bathin adalah begitu bersih. Mereka ini adalah seperti para Rasul-rasul, Nabi-nabi dan para aulia’ iaitu waliwali Allah.

Adapun puasa umum atau puasa orang awam atau pun puasa orang mukmin yang ‘asi itu adalah puasa yang mudah sangat. Orang ini bila berpuasa, dia tidak makan dan dia tidak minum dan juga dia tidak mendekati iaitu mensetubuhi isterinya diwaktu siang hari. Ini saja yang dia boleh puasa. Tetapi matanya masih lagi mata keranjang iaitu matanya masih seronok melihat betis orang atau peha orang. Manakala telinga pula masih seronok mendengar lagu-Iagu keroncong atau lagu-Iagu khayal di bulan puasa. Bahkan bagi setengah-setengah orang memang sengaja dighalibkan dengan mendengar lagu-Iagu supaya tidak sedar masa maghrib sudah tiba. Maklumlah, kalau tidak ada benda-benda yang boleh melalaikan masa, amat berat sekali menunggu sampai waktu berbuka. Sebab itu setengah-setengah orang memang sengaja dibimbit radio trasistornya ke sana ke mari supaya terghalib masa yang berjalan.

Orang puasa umum ini pula, tangannya masih lagi mahu memetik daun terup sekurangnya. Manakala mulut pula masih sedap lagi mengumpat, memfitnah, mengata orang dan sebagainya. Seronok lagi menceritakan fasal dunia yang bukan-bukan. Kaki pula masih seronok lagi menghala ke panggung wayang dan ke tempat-tempat peleseran untuk menghalibkan masa. Jadi, kita dapati di sini bahawa orang puasa awam ini masih tidak dapat lagi puasa anggota lahirnya. Kalau anggota lahirnya belum boleh berpuasa, maka yang bathin lebih-lebih lagi susah hendak berpuasa. Sebab itulah puasa orang awam ini masih bersarang lagi dengan riak, ujub, takabur, sombong, hasad dengki, gila pangkat, gila puji dan lain-Iainnya. Inilah yang di katakan puasa umum atau puasa mukmin ‘asi atau mukmin yang derhaka. Sedikit sangat puasanya iaitu berpuasa daripada makan dan minum dan daripada mensetubuhi isterinya diwaktu siang hari. Itu saja.

Oleh yang demikian, puasa awam ini tidak akan memberi kesan kepada diri seseorang itu. la tidak boleh memberi kesan kepada peribadi dan juga akhlak seseorang itu. Puasa orang ini juga tidak akan rnendapat hikmah-hikmah sepertimana yang kita sebut-sebutkan di awal-awal tadi. laitulah puasa jenis puasa orang awam ini tidak dapat memelihara seseorang itu daripada kejahatan nafsu dan syaitan. Bahkan, kadang-kadang orang yang berpuasa jenis ini, makin dia berpuasa makin bertambah kuat nafsunya. Tengok sajalah ketika dia berbuka puasa. Kalau pada hari-hari biasa, waktu dia makan mungkin ada satu dua jenis hidangan saja. Tetapi, bila dia berpuasa, dia siapkan tujuh lapan jenis hidangan. Kemudian ada pula berbagi-bagai jenis kuih muihnya, ada bubur kacang, ada bubur gandum dan sebagainya. Minumannya pula ada dua tiga jenis seperti air orennya, air buah-buahan, air kopi dan lain-Iainnya. Inilah nafsu puasa orang awam.

Puasa seperti ini tidak akan mendapat ganjaran besardi sisi Allah S. W. T. Puasa seperti ini juga tidak boleh membuat seseorang itu merendah diri, tawadhuk, sabar, pemurah dan sebagainya. Orang yang berpuasa begini juga tidak akan timbul rasa timbangrasa dalam dirinya terhadap orang-orang miskin yang sentiasa berlapar itu. Bagi golongan orang yang berpuasa seperti ini, Rasulullah SAW mensabdakan di dalam hadisnya yang bermaksud: “Berapa banyak orang berpuasa tetapl tidak dapat apa-apa daripada puasanya Itu melainkan mendapat lapar dan dahaga sahaja. ”

Tujuan ibadah fardhu dan sunat hendak mendapatkan Tuhan. Dari ibadah hendak menyuburkan takut dan cintakan Tuhan. Dari situ akan sentiasa hidup rasa bertuhan ini di dalam jiwa, di dalam kehidupan. Di mana pergi teringat-ingatkan sahaja Tuhan di dalam jiwa. Rasa bertuhan itulah jiwa mempunyai kekuatan Kekuatan jiwa itulah yang dikatakan jati diri pada hamba Tuhan

Inilah gambaran hal keadaannya orang yang melakukan puasa awam. Dengan gambaran ini juga, dapatlah kita mengukur puasa kita. Apakah puasa kita itu di tahap ini. Kerana kita boleh rasa, apakah dengan berpuasa selama ini, kita telah dapat rasa penderitaan orang orang? Apakah daripada puasa kita itu, akhlak kita telah berubah? Kalaulah puasa kita tidak dapat memberi kesan kepada akhlak dan peribadi kita selama ini, maka hasil daripada puasa itu, kita hanya dapat lapar dan dahaga sahaja. Kita tidak dapat apa-apa hikmah darinya dan kita lidak dapat pahala yang besar darinya. Kalau demikianlah, maka amat malanglah kita berpuasa selama ini yang mana ada diantara kita yang telah berpuasa 10 tahun, 20 tahun dan sebagainya.

Jadi, kalaulah demikian keadaannya, maka hendaklah kita berikhtiar memperbetulkan puasa kita dengan menjaga benar-benar perintah Allah di bulan puasa ini. Kita jaga semua anggota lahir kita serta kita jaga juga kejahatan bathin kita. Tetapi, malang juga bagi kita di akhir zaman ini kerana hendak menjaga perkara-perkara itu semua adalah amat susah. Kita perhatikan sajalah pergaulan kita, tempat kerja kita, makan minum kita, dalam perjalanan kita, di dalam masyarakat kita dan sebagainya. Semuanya, kita berhadapan dengan maksiat. Kadang-kadang kita berdiri dengan maksiat di hadapan mata kita, seperti orang yang berpakaian baju jarang, kain terbelah betis, terbelah peha, dada bertingkap, belakang bertingkap dan sebagainya. Kalau kita yang terpandang itu pun rosak puasa kita, betapa lagilah anak-anak gadis serta perempuan-perempuan yang mendedahkan aurat itu?

Ertinya, mereka sudah tentulah tidak berpuasa! Bererti yang puasa mereka langsung Allah tidak terima. Bukan saja Allah tidak terima puasa mereka, malah mereka telah melipat gandakan dosa mereka dengan mendedahkan aurat itu. Kerana, bukan saja mereka melakukan dosa bagi diri mereka sendiri, malah mereka telah mencacatkan ibadah orang lain kerana mereka mendedahkan aurat. Kerana itu, anak-anak gadis dan perempuan-perempuan hendaklah insaf sedikit dan berikhtiar membantu orang ramai yang berpuasa agar jangan rosak pahala mereka akibat dari berpakaian ternampak betis, ternampak peha, ternampak dada dan sebagainya. Bila lagilah kita hendak sedarnya, kalau di bulan puasa begini pun tidak mahu ikut perintah Allah. Bukankah mati itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, tidak kira muda dan tidak kira tua.

Kemudian bagaimana pula dengan puasa orang khusus atau saumul khusus. Ini adalah orang soleh. Kalau kita dapat berpuasa jenis ini bermakna puasa kita sudah dapat dipertingkatkan kerana puasa ini adalah puasa orang golongan abrar atau golongan muflihun atau alfaizun. Orang yang berpuasa seperti ini dapat berpuasa daripada segala yang diperintah Allah kecuali menahan hatinya daripada mengingat hal-hal dunia yang halal yang harus. Ertinya, dia tidak makan dan tidak minum serta tidak mendekati isterinya di waktu siang hari, Dia juga memelihara semua anggota lahirnya seperti mata, telinga, tangan, kaki dan lain-Iainnya daripada melakukan maksiat. Dan dia juga memelihara hatinya daripada riak, ujub, takabur, gila puji, gila harta dan lain-Iainnya. Cuma dia tidak boleh elakkan hatinya daripada mengingat dunia yang halal dan harus baginya.

Umpamanya, dia masih teringat kepada isterinya dan dia juga teringat kepada makanan berbukanya, hidangan-hidangan dan kuih-kuih dan sebagainya. Orang yang saleh masih dada rasa untuk makan makanan yang sedap-sedap. Perbuatan mereka yang mengingat perkara-perkara yang dibolehkan itu dikatakan khilaful aulia iaitu menyalahi utama. la bukan jatuh kepada dosa tetapi ia kurang baik. Bagi golongan mukarrobin atau orang yang hampir dengan Allah, perbuatan orang soleh ini mereka anggap kurang baik dan mereka menganggapnya sebagai satu kejahatan. Walaupun perbuatan orang soleh itu tidak mendatangkan pahala mereka anggap sebagai orang yang lalai.

Jadi orang yang berpuasa jenis ini dapat menahan diri dari segala-galanya kecuali mengingati hal-hal dunia yang halal dan harus. Namun, kalau kita dapat berpuasa sepertimana puasa orang soleh ini, maka itu adalah tersangat baik. Kerana, kalau perbandingannya sebagai pangkat di dunia kita ini, di akhirat esok kita digolong sebagai “Divisyen 3″ akhirat. Tarafnya seperti kerani, guru, ustaz-ustaz dan sebagainya. Tentulah baik! Kalau demikianlah, cuba kita selidik balik diri kita ini. Apakah puasa kita ini di dalam katagori ini?  Kalau ada, maka Alhamdulillah. Tetapi, rasa-rasanya adalah berat. Kerana suasana hari ini tidak tidak dapat membantu kita seperti rumahtangga kita, tempat kerja kita, di perjalanan, di pasar-pasar dan sebagainya. Di mana-mana saja kita akan bersua dengan maksiat seperti tersua dengan orang mendedah peha, terdengar orang memainkan muzik, terikut-ikut dengan orang mengumpat, kita pun turut mengumpat sama dan lain-Iainnya. Jadi, dalam 30 hari kita berpuasa itu, kadang-kadang jatuh kepada puasa mukmin ‘asi. Mungkin sekali-sekalalah kita dapat puasa orang soleh. Itupun kalau kita jaga betul-betul.

Kemudian, puasa khusus dari segala khusus ialah puasa golongan mukarrobin iaitu puasa orang-orang yang hatinya hampir dengan Allah. Mereka berpuasa daripada segala yang lahir dan bathin hinggakan berpuasa daripada mengingati dunia yang harus. Hatinya sepanjang masa, setiap ketika hanya mengingati Allah. Hatinya tenggelam lahir dan bathin didalam memuja dan memuji Allah SWT. Ini adalah puasa Rasul-rasul, Nabi-nabi dan Aulia-aulia Allah. Tentu sekali kita tidak akan dapat mencapai peringkat ini.

Mendapat dunia menjemukan. Mendapat Tuhan tidak menjemukan. Dapat dunia tidak membahagiakan. Dapat Tuhan dapat segala-galanya. Dapat dunia hanya sebahagian. Mendapat Tuhan mendapat Zat yang kekal abadi. Mendapat dunia mendapat sesuatu yang binasa. Sama ada kita meninggalkan dia, atau dia meninggalkan kita. Mendapat dunia ia sentiasa menipu kita. Mendapat Tuhan ertinya kita mendapat kawan setia.

Namun, kalau kita dapat puasa orang soleh pun, jadilah. Tetapi yang malangnya puas kita pada hari ini hanya baharu di tingkat yang pertama iaitu puasa umum. Saban tahun kita berpuasa iaitu ada yang 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun dan sebagainya, tetapi masih lagi darjah satu. Nampaknya, masih lagi di tingkat pertama, walaupun seseorang itu orang alim atau orang pandai hingga boleh bersyarah sana sini. Jadi, kita dapati di dalam masyarakat Islam hari ini, ada ornag yang alim pun tetapi puasanya masih lagi puasa awam.

Sebab nilai awam di sini bukan letak kepada alimnya seseorang itu tetapi terletak pada nilai ketaqwaannya kepada Allah. Kerana itu, kadang-kadang kita dapati ada orang alim tetapi masih lagi awam tetapi kadang-kadang ada orang yang ilmunya awam tetapi ketaqwaannya sudah mengatasi orang alim. Sebab itulah juga kita tidak hairan kalau ada orang yang ilmunya tinggi tetapi puasanya masih awam. Ertinya rugi sajalah puasanya kerana tidak mendatangkan apa-apa hikmah dan pahala tetapi mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Sehubungan dengan ini, kita akan dapat mengesan puasa seseorang itu selepas bulan Ramadhan. Bermaknanya, kita nanti akan dapat mengetahui samada latihan berpuasa itu telah dapat memberi kesan kepada seseorang itu atau tidak selepas bulan Ramadhan. Kalau sekiranya akhlak dan peribadi seseorang itu meningkat selepas bulan Ramadhan itu, maka itu menunjukkan bahawa latihan berpuasa baginya telah memberi kesan. Atau pun kalau seseorang itu memang sudah bertaqwa dan juga soleh, kalau pun tidak bertambah ketaqwaan dan kesolehannya, sekurang-kurangnya dia dapat me mpertahankan ketaqwaannya dan kesolehannya selepas sebulan Ramadhan itu, maka itu pun sudah baik. Ertinya latihan di bulan Ramadhan itu telah memberi kesan.

Manakala sebaliknya, kalau akhlak dan peribadi seseorang itu tidak berubah selepas bulan Ramadhan yang mana kejahatannya tetap seperti biasa malah kadang-kadang lebih buruk lagi, maka itu menunjukkan bahawa latihan sebulan Ramadhan itu tidak berkesan. Dalam soal ini juga tidak ketinggalan jugalah dengan ibadah-ibadah lain seperti ibadah haji iaitu kita dapat melihat samada ibadah haji seseorang itu diterima atau tidak dengan melihat akhlak dan peribadinya serta taqwanya selepas dia balik dari naik haji.

Apabila puasa daripada awal lagi sudah bimbang, kalau-kalau puasa tidak sampai ke sudah, di tengah perjalanan batal tak sampai ke petang, begitulah aku berpuasa setiap Ramadhan, nak menunggu ke petang terasa bimbang

Incoming search terms:

  • tahap puasa (2)
  • jenis puasa awam (2)
  • janganlah berpuasa itu (2)
  • puasa - usahataqwa (1)
  • puasa jaga mulut (1)
  • puasa mendatangkan taqwa (1)
  • puasa orang taqwa (1)
  • puasa Usahataqwa (1)
  • saumul awam saumul khusus (1)
  • puasa - usaha taqwa (1)
  • peringkat puasa sebenar benar puasa (1)
  • peringkat puasa (1)
  • menunggu ramadhan (1)
  • image gelisah (1)
  • gelisah (1)
  • bimbang Tuhan (1)
  • ayat-ayat dalam al quran tentang alfaizun orang yang mendapatkan kebahagiaan dudia dan akhirat (1)
  • adapun puasa untuk allah (1)
  • 3 tahap puasa hikmah (1)