Bagi orang mukmin, ilmu adalah penyuluh hidupnya. Pengalamannya adalah pengajaran, iktibar dan penasihatnya. Takutnya kepada Tuhan adalah pengawal diri. Sabarnya adalah perisai hidupnya. Redha dengan Tuhan kerana baik sangka dengan Tuhannya. Tawakalnya adalah harapan masa depannya. Bacaan Al Quran adalah hiburannya dan bercakap-cakap dengan Tuhan. Juga perbualannya dan bercakap dengan Tuhan Pencipta manusia. Selawat adalah penyejuk dan pelembut hatinya. Doa dan permintaannya kepada Tuhannya tanda dia hamba. Hamba adalah hina, lemah, memerlukan pertolongan Tuhannya. Sembahyang adalah pembaharuan ikrar dan membaharukan syahadah. Serta membersihkan jiwa dari mazmumah. Begitulah peranan setengah daripada sifat-sifat mahmudah. Juga setengah daripada peranan mendirikan solat. Kalau begitu cuba gambarkan orang yang tidak bersembahyang. Yang juga memiliki sifat-sifat mazmumah. Ertinya segala masalah berkumpul di kepala dan jiwanya. Bagaimana tidak menderita dan terseksa. Mampukah menanggungnya?

Dalam jalan ke arah Usaha Taqwa, ilmu Fardhu Ain adalah sangat penting dan diperlukan sebagai penyuluh kepada perjalanan menuju Allah  dalam usaha membaiki diri, mempertingkatkan diri, melatih diri, menjadi orang yang bertaqwa serta mendapat redha dan kasih sayang Allah. Maka Fardhu Ain memainkan peranan bagi setiap Muslim sebagai panduan hidup di dunia sebagai persiapan ke alam akhirat yang kekal abadi.

Di dalam ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu Fardhu Ain yang penting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

1. Usuluddin (aqidah)
2. Feqah (syariat)
3. Tasawuf (akhlak)

Dalam pengamalannya, setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi. Sama ada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah dan amaliahnya.

Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Kalau dipisah pisahkan salah satu daripada tiga serangkai itu, maka akibatnya rosaklah yang lainnya. Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. Ia tidak boleh diamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain. Ber`feqah’ saja atau ber`usuluddin’ saja atau berakhlak saja, tentu akan merosakkan ke-Islaman seseorang. Jadi tiga serangkai ilmu ini tidak boleh dipisah-pisahkan dalam seluruh tindakan hidup. Kalau dipisahkan dalam pengamalan seharian, paling tidak seseorang itu akan jadi orang fasiq. Bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kepada kafir tanpa ia sedar.

Dari ketiga-tiga ilmu ini, tapak atau asasnya adalah ilmu usuluddin. Di atas tapak ilmu yang menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang Islam itu, maka ditegakkan syariat (feqah) dan akhlak (tasawuf). Kalau diibaratkan kepada sebuah bangunan, usuluddin itu adalah foundationnya. Bangunan rumah serta peralatanperalatannya itulah syariat dan akhlak. Kalau begitu rumah dan peralatan rumah itu tidak dapat ditegakkan sekiranya foundation rumah tersebut tidak ada. Atau ia tidak kukuh dan tidak kuat. Justeru itu, dalam ajaran Islam:

1. Usuluddin itu adalah asas Islam atau tapak Islam.
2. Syariat dan tasawuf ialah furu’ dan cabang-cabangnya.

Kalau begitu, ilmu usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama. Kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tidak ada nilai di sisi ALLAH, kalau aqidah atau usuluddinnya telah rosak.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu usuluddin ialah:

1. Keyakinan kita dengan ALLAH dan sifat-sifat-Nya sama ada
sifat-sifat yang wajib, sifat-sifat yang mustahil atau sifat-sifat yang harus.
2. Keyakinan kita dengan para rasul dan sifat-sifatnya.
3. Keyakinan dengan kitab-kitab yang pernah diturunkan oleh ALLAH seperti Al Quran, Zabur, Injil dan Taurat.
4. Keyakinan kepada para malaikat.
5. Keyakinan pada Qadha dan Qadar ALLAH.
6. Yakin kepada Syurga dan Neraka serta perkara-perkara lain yang
merangkumi perkara di Alam Ghaib.

Maka ilmu usuluddin yang menjadi asas kepada ajaran Islam merupakan ilmu yang paling penting. Ia menjadi perkara utama dan pertama untuk setiap individu Islam yang mukallaf mempelajarinya. Belajar ilmu usuluddin ini hukumnya fardhu ain yakni wajib bagi setiap individu yang mukallaf. Bahkan jatuh berdosa besar bagi orang yang tidak mempelajarinya. Hatta boleh jatuh kufur secara tidak sedar kalau jahil tentang ilmu ini.

Ilmu usuluddin yang berkait dengan ALLAH dan sifat-sifat-Nya, kalau tidak dipelajari, paling mudah untuk menyebabkan terjatuh kepada kufur. Sebab itu dihukumkan wajib bagi setiap mukallaf mempelajarinya terlebih dahulu mendahului ilmu-ilmu yang lain.

Dalam Hadis, Rasulullah SAW ada menyebut:  Awal-awal agama ialah mengenal ALLAH.

Oleh itu ilmu usuluddin itu tidak boleh dicuaikan dari mempelajarinya supaya ia dapat dijadikan pegangan dan keyakinan yang mantap (teguh) di hati tanpa dicelahi dengan unsur-unsur jahil, syak, zan dan waham. Sekiranya dicelahi oleh jahil, syak, zan dan waham, atau salah satu darinya, maka seluruh amal ibadah itu tidak sah atau  tertolak. Ertinya tidak dapat apa-apa di sisi ALLAH. Amalan itu hanya sia-sia sahaja. Walau bagaimana baik dan kemas sekalipun ibadah yang dipersembahkan pada ALLAH, sekiranya dicelahi oleh salah satu daripadanya, maka ibadah itu akan dicampak semula ke muka pengamalnya.

Mengikut kebiasaan, walaupun cantik amalan syariat atau akhlak, ia masih tetap bergantung kepada aqidah. Sekiranya aqidahnya baik, maka baiklah syariat dan akhlaknya. Tetapi kalau aqidahnya rosak, maka rosaklah syariat dan akhlaknya. Tamsilannya seperti sebatang pokok. Kalau pokoknya subur, itu adalah kesan daripada akar tunjang yang kuat tadi. Yang menjadikan ianya berdaun, menghijau, menghasilkan bunga cantik dan harum mewangi serta
buah yang banyak (lebat) lagi sedap rasanya. Sehingga menjadikan kepingin semua makhluk terutama manusia untuk mendekati dan bernaun’g di bawahnya serta mengambil manfaat darinya.

Begitulah juga bagi mereka yang aqidahnya baik, tentunya syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik. Semua hukum-hakam yang lima yakni yang wajib dan sunat dapat ditegakkan, yang haram dan makruh dapat dijauhi, dan yang harus (mubah) terpulang hingga ia mencorak hidup individu dan masyarakat.

Di sinilah pentingnya pelajaran aqidah atau usuluddin ini kerana ia boleh mencorakkan hati seseorang. Sehingga yang lahir dalam tindakan adalah gambaran hatinya itu. Alhasil, kalau sudah ramai yang aqidahnya tepat dan kuat, maka akan lahirlah negara yang aman makmur yang mendapat keampunan ALLAH. Kerana aqidah yang tepat dan kuat itu mendorong hamba-hamba-Nya bersyariat dan berakhlak atau menjadi orang yang bertaqwa.

Kisah menarik di sini...

  • fardhu ain (322)
  • Fardu ain (152)
  • ilmu fardhu ain (55)
  • belajar fardhu ain (33)
  • apa itu fardhu ain (27)
  • ilmu fardu ain (25)
  • maksud fardhu ain (16)
  • apa itu fardu ain (15)
  • maksud fardu ain (9)
  • maksud ilmu fardhu ain (6)
  • ilmu fardhu ain pdf (4)
  • farduain (4)
  • maksud fardhu kifayah (4)
  • kitab fardhu ain pdf (4)
  • fardhu ain dan fardhu kifayah (4)
  • belajar fardu ain (4)
  • faedah amalan fardhu ain (4)
  • cara meningkatkan amalan fardhu ain (4)
  • ilmu-ilmu fardhu ain (3)
  • kepentingan fardhu ain (3)
  • asas fardu ain (3)
  • kitab farzu in (3)
  • fardu ain ilmu (3)
  • ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah (3)
  • kelebihan fardhu kifayah (3)
  • ibadah fardhu ain (3)
  • fardhu ain itu apa (3)
  • apa arti fardhu ain (2)
  • fardhu ain pdf (2)
  • apa fardhu ain (2)
  • belajar ilmu fardu ain (2)
  • fard (2)
  • cara meningkatkan amal fardhu dalam masyarakat (2)
  • cara untuk meningkatkan ilmu fardhu ain (2)
  • Fardhuain (2)
  • kitab fardu ain (2)
  • hukum fardhu ain (2)
  • apakah maksud ilmu fardhu ain (2)
  • konsep fardhu ain (2)
  • hukum fardu ain (2)
  • ilmu fadhu ain (1)
  • Syari\at Usuluddin (1)
  • syak#hl=en-GB (1)
  • sifat syak zan dan waham (1)
  • yang dimaksud dengan hukum farduain (1)
  • ilmu apa saja yg hukumnya fardu kifayah (1)
  • ilmu agama yang wajib dipelajari (1)
  • the important of fardhu ain (1)
  • hukum mempelajari al quran fardhu ain apa fardu kifayah (1)
  • www cara fardhu ain (1)
  • sebab mempelajari fardu kifayah (1)
  • ibadah farduain (1)
  • hukum kepada qada dan qadar adalah pardu ain (1)
  • www fardu aincom my (1)
  • ibadah yang hukumnya farduain (1)
  • tiga ilmu yg di fardhu ain (1)
  • hukum fardhu ien (1)
  • ilmu fardhuain (1)
  • kepentingan mempelajari ilmu fardhu kifayah (1)
  • perkara fardu ain (1)
  • perkara fardhu ain (1)
  • perkara asas fardhu ain (1)
  • langkah untuk meningkatkan fardhu kifayah (1)
  • peranan amalan fardu (1)
  • Penjelasan hukum fardhu ain kepada qada dan qadar (1)
  • mengapa masyarakat perlu mempelajari ilmu fardu ain dan fardu kifayah (1)
  • mengapa ilmu iman dan amal tidak boleh dipisah (1)
  • perkara yang berkaitan dengan fardhu ain (1)
  • qada qadar menurut fardu ain (1)
  • kenapakah fardhu ain dan fardhu kifayah (1)
  • ilmu fardu ain dan kifayah (1)
  • ilmu usulludin (1)
  • sabarnya orang mukmin (1)
  • kepentingan ilmu fardhu ain (1)
  • rahsia pardu kipayah (1)
  • kelebihan fardluain (1)
  • kenapa amalan fardhu kifayah penting (1)
  • kenapa beriman kepada kitab allah hukumnya fardhu ain? (1)
  • kenapa qoda dan qodor hukumnya farduain (1)
  • maksud kata syak zandan waham (1)
  • 15 pekara yang berkaitan dengan fardu ain (1)
  • Apa itu zann? (1)
  • apa maksud dari fardu ain (1)
  • apa maksud fardhu ain dalam islam (1)
  • apa yang dimaksud fardhu ain (1)
  • apa yang dimaksud fardhu ain? (1)
  • apakah asas fardhu ain (1)
  • apakah asas fardhu ain? (1)
  • apakah ibadah fardhu ain (1)
  • apakah maksud fardu ain (1)
  • apakah maksud ilmu fardu ain (1)
  • apakah maksud ilmu fardu ain dan fardu kifayah (1)
  • apakah perkara yang menjadi fardhu ain (1)
  • apa itu zann (1)
  • apa itu fardu ain dan fardu kifayah (1)
  • 3 cara untuk meningkatkan amalan fardhu ain (1)
  • alasan hukum beriman kepada qada fardu ain (1)
  • alasan kenapa hukum qada qadar fardu\ain (1)
  • alasan mengapa qada dan qadar hukumnya fardhu ain (1)
  • all about fardhu ain (1)