
Akhirat destinasi yang akhir buat manusia. Tapi malangnya dia telah dilupakan oleh manusia. Persediaan untuk ke sana diabaikan. Tempat persinggahan sementara ke Akhirat ialah kubur atau Alam Barzakh. Border di antara dunia dan Akhirat. Di sana ada peperiksaan, juga telah dilupakan dan dilalaikan orang. Iman dan amal soleh penyelamat manusia di Akhirat sana. Namun ia dicuaikan. Dosa dan derhaka pemusnah kehidupan mereka di Darul Qurar itu. Tapi itulah yang diusahakan dan diperjuangkan. Dunia negara fana yang ditinggalkan. Tapi ia dipandang besar dan diambil berat serta berpenat-penat. Menompok-nompok harta yang akan binasa. Akhirat terus dilupakan. Bila dingatkan hati mereka sakit. Dimusuhi dan dianggap pengacau masyarakat. Dituduh penjahat-penjahat. Begitulah majoriti manusia di dunia. Dunia yang akan ditinggalkan. Menjadi idaman dan buruan. Akhirat tempat tinggal yang kekal abadi dilupakan.
Umumnya sebahagian ulama hari ini mentafsirkan kesederhanaan itu ialah 50-50. Dengan istilah yang masyhur itu, iaitu fifty-fifty, mereka pun membenarkan hal-hal seperti berikut berlaku dalam masyarakat umat Islam.
Teruskan membaca »









